Followers

Sunday, December 7, 2008

Erti Sebuah Pengorbanan

Sejarah Sebuah Pengorbanan

Perayaan ‘Eiduladha yang disambut setiap tahun bermula pada tanggal 10 Dzulhijjah menyikap seribu satu kenangan yang sepatutnya kita mengkaji dan mempunyai perasaan ingin tahu di sebalik pensyariatan ibadah korban ini.Ketahuilah,di sana terdapat isyarat yang jelas daripada Allah Taala akan keperluan berkorban masa,tenaga dan harta benda demi agama Allah Taala.Tanpa pengorbanan dalam agama,buah fikiran dan harta benda,tidak mungkin syariat Allah dapat ditegakkan.

Renungkanlah pengorbanan agung yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim as yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as,satu-satu anak kesayangan baginda Nabi Ibrahim as demi pengorbanan dalam menurut perintah Allah Taala.Inilah contoh suri tauladan seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang.Begitu juga kepatuhan dan pengorbanan seorang isteri,Siti Hajar kepada suaminya tercinta untuk tinggal keseorangan di tengah padang pasir yang gersang di bumi Makkah,merupakan suri model isteri misali yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya kerana menyahut seruan daripada Allah Taala dan taat akan suruhan suaminya dalam menyampaikan titah perintah Raja dan Tuhan seluruh Alam.

Demikian juga kerelaan seorang anak,Nabi Ismail as untuk disembelih oleh bapanya kerana semata-mata menurut juga perintah Allah Taala,ini semua merupakan suatu petanda bahawa pengorbanan yang dibutuhkan tidak mengenal usia.Justeru itu,di sini bermakna sama ada golongan tua,muda-mudi mahupun kanak-kanak,pengorbanan harus diterapkan mengikut acuan Islam dan kemampuan semasa,secocok dengan usia dan kekuatan diri masing-masing,namun di sana masih lagi menjalar konsep pengorbanan yang telah dimodelkan oleh ketiga-tiga insan yang mulia ini.Inilah intipati pengajaran dari pengorbanan agung yang telah diterokai oleh Nabi Ibrahim as,Siti Hajar dan Nabi Ismail as,seharusnya kita sebagai generasi mendatang yang mendokong risalah yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad saw sebagai kesinambungan risalah yang sama yang dibawa oleh para anbia’ terdahulu mesti mempunyai prinsip dan sikap yang sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh mereka itu.Perlu bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan akidah tauhid dan melaksanakan syariat Allah Taala.

Allah Taala berfirman;
“Setelah kedua-duanya berserah diri,dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah,serta kami menyuruhnya;”Wahai Ibrahim!Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu.Demikianlah kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.Dan kami tebuskan anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar.Dan kami kekalkan baginya nama yang harum dikalangan orang yang datang kemudian”
as Sofaat (37:103-107)"

0 comments:

Post a Comment