Followers

Wednesday, September 30, 2009

PRK Bagan Pinang:Isa menang mudah

dsc00818

Assalamulalaikum dan salam 1 Malaysia.

Kedua-dua calon telah diumumkan.Keputusanya,Isa lwn Zul.Ternyata telahan saya selama ini silap.Apabila saya mendengar kedua-dua berita ini,saya yakin Isa bakal menang mudah dan boleh mendapat majoriti yang besar.Mengapa saya berkata sedemikian?.Bukan niat saya untuk merendahkan keputusan pimpinan pusat tetapi kita bercakap soal strategi untuk menang dan saya dapat lihat disini faktor calon adalah faktor penentu kalah atau menang.

1.Isa merupakan anak jati Bagan Pinang manakala Zulkifli merupakan anak jati Lenggeng.Jika umno menggunakan isu anak tempatan,sudah tentu orang-orang disana mengundi Isa.

2.Zulkifli masih tidak mengetahui keadaan sebenar Bagan Pinang dan peluang inilah yang dinanti BN untuk menyerang Zulkifli.

3.Isa amat dikenali khususnya di Bagan Pinang namun walaupun title yang dipengang pj,namun penduduk disini tidak mengenali Zulkifli berbanding Isa.

4.Kita perlu ingat bahawa yang mengundi di sana bukan orang Pas sahaja tetapi terdiri juga org BN.Penduduk Bagan Pinang mahukan orang yang yang selalu berdamping dengan mereka dan bukan orang luar.

5.Zulkifli mungkin gagal menrik undi pos berbanding Ramli yang merupakan bekas tentera.Purata gaji tentera di bagan pinang hanya 700-1500 ringgit shj dan mereka mahukan orang yang boleh memperjuangkan nasib mereka.

Sekian dari saya penduduk Bagan Pinang

Tuesday, September 29, 2009

PRK Bagan Pinang:Satu analisis...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjJL3M4Y5lilrqLile8R-TAqDFH6mPmascS1Xq_CcHyAyi7x-0G-c1YXfCAj48LFg84Fab2v3UtjLk9qONVuez_nDy9QpyWk9LJa7TEZwD_KL_-SdsRgOHtJCBq-N7UL4kv4g0NgmIpbtI/s400/bagan-pinang-byelection.pngAssalamulaikum dan salam 1 malaysia.Saya ingin membuat satu analisis mengenai PRK yang bakal diadakan tidak lama lagi.Saya bukanlah arif tentang analisis PRK ini,namun ini adalah pemerhatian saya sepanjang saya bergelumang dengan masyarakat di bagan pinang ini.

1.Secara tuntasnya,dapat dilihat bahawa Bagan Pinang merupakan kubu kuat BN dan masih belum kalah di kawasan ini walaupun sudah 12 kali pilihanraya.Jumlah undi pos pula kira-kira 4 ribu lebih dan pengundi awam sekitar 9 ribu lebih sahaja.
2.Komposisi kaum disini lebih memihak kepada melayu iaitu 66% dan selebihnya bukan melayu.Peratus bukan melayu pula hanya 33.9% iaitu separuh daripada jumlah pengundi melayu.
3.Bagan Pinang termasuk dalam parlimen Telok Kemang yang mana dikuasai PKR.Hanya 2 dun sahaja dikuasai BN iaitu Linggi dan Bagan Pinang.Yang selebihnya dikuasai pakatan rakyat.
4.Pas berjaya mengurangkan majoriti pada pilihanraya umum lepas iaitu 2333 berbanding 2004.Jika undi pos tidak dikira,Pas hanya tewas lebih kurang 400 undi sahaja.Tambahan pula,Pas menang di upu yang mana majoritinya kaum india iaitu Ladang Atherton,Pekan Siliau dan Sua Betong.
5.Sekarang kita beralih pula kepada strategi untuk menang.Disini ada dua perkara konkrit yang perlu diambil perhatian iaitu faktor nasional dan faktor calon.Dari pemerhatian saya,isu tempatan perlu diambil lebih perhatian daripada isu nasional.Sebab apa?.sebab penduduk disini majoritinya melayu.Isu nasional mungkin menjadi kredit untuk kaum lain iaitu cina dan india.
6.Faktor calon pula merupakan strategi yang terpenting untuk menang.Saya berdoa agar TS Isa Samad tidak bertanding.Walaupun orang yang tinggal diluar N9 mengharapkan Isa bertanding kerana isu rasuah,namun isu ini tidak 'lut' di Bagan Pinang.Penduduk tempatan mahukan Isa disebabkan jasa kepada penduduk yang telah ditaburkan wang awal2 lagi.Namun,jika Isa tidak dicalonkan,harapan PAS untuk menang mungkin ada.Sama ada undi protes atau tidak,kita sama2 nantikan.
7.Bagi Pas pula,andaikata dilantik PJ iaitu Zulkifli Omar untuk menjadi calon,ia adalah kesilapan yang besar.Walaupun dengan status pj,namun penduduk tempatan tidak mengenali beliau.Rata2 penduduk disini lebih senang dengan YDP Telok Kemang iaitu Ramli Ismail.Ramli secara amnya merupakan penduduk disini dan berjiwa rakyat.Jika isu calon tempatan diketengahkan,awal2 lagi Pas sudah tewas jika meletakkan Zulkifli.
8.Bagan Pinang dan Permatang Pasir adalah 2 tempat berbeza.Bagam pinang ialah kubu kuat BN manakala Permatang Pasir merupakan kubu kuat PAS.Tidak hairanlah jika Salleh Man menang disana.Jika strategi itu digunakan semula semata-mata mahu zulkifli ke DUN N9,percaturan ini ternyata silap.
9.Pengundi Pos merupakan halangan bagi PAS.Namun sepanjang pemerhatian saya,tentera tiada masalah dengan Pas.Yang hanya dituntut hanya keberanian mengundi Pas sahaja.
10.Jika Pas berjaya menguasai undi bukan melayu secara keseluruhan,Pas hanya memerlukan 25-30% undi melayu sahaja dam 30% undi pos bagi mnjamin kemenangan.Namun kerja kuat dari setiap jentera juga dituntut untuk merealisasikan harapan ini.

Sekian analisis.Jika ada kesilapan harap ditegur....
Salam Bagan Pinang

PRK Bagan Pinang,Port Dickson

Assalamulaikum dan salam sejahtera.Nampaknya laman sesawang ini sudah lama tidak di upgrade.maklumlah.....sibuk memanjang.Namun apa yang mendorong aku 'menghidupkan' kembali blog ini adalah kerana pilihanraya kecil Bagan Pinang yg secara kebetulan dalam kawasan aku.Aku memang cemburu kerana setiap kali pilihanraya kecil,aku gagal menyumbangkan tenaga untuk islam.Namun takdir Allah segalanya telah berlaku.Allahyarham YB Azman Mohd Nor pulang menghadap Allah.Disebabakan aku berada dekat dengan kejadian pilihanraya ini,insyallah aku akan memberikan berita terkini dan langsung kepada semua untuk melihat secara dekat apa yang berlaku.

Salam Bagan Pinang.....