Followers

Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli Nordin:Duri Dalam Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Peguam terkemuka dan juga ahli parlimen Kulim-Bandar Bahru,Zulkifli Nordin sekali lagi mencetuskan ketegangan.Manakan tidak,laporan polis yang dibuatnya terhadap ahli parlimen Shah Alam,Khalid Samad jelas menunjukkan beliau seorang berfikiran antagonistik.Bagi saya,tindakan beliau ini hanya menyulitkan lagi keadaan di saat negara menghadapi situasi tidak tenteram dengan isu penggunaan kalimah Allah.Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meminta beliau menarik balik laporan polis namun beliau masih berkeras dan mahu Khalid Samad menarik balik kenyataanya.Penyelaras Pakatan Rakyat,Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan pandaganya yang mahukan Zulkifli Nordin dipecat.Secara peribadi,saya fikir pemecatan bukan satu langkah yang terbaik.Walaupun ramai yang mengatakan beliau sudah memakai 'topeng UMNO' sebelum ini,kita perlu ingat beliau merupakan ahli parlimen PKR.Saya pada awalnya mengagumi beliau kerana kelantangan beliau adalam isu murtad yang hangat diperkatan dahulu yang terjadi di Perak.Saya juga puas berfikir mengapa beliau tidak dicalonkan oleh PAS sedangkan beliau ahli PAS dan kemudian lari sebelum dikutip PKR.Namun situasi hari ini telah menjawabnya.Benarlah kebijaksaan syura Pimpinan Pas yang sama sekali menolak beliau dari menjadi calon.Walaupun beliau menganggap tindakan beliau berperinsip,namun saya mengatakan tindakan ini tindakan kurang bijak seorang wakil rakyat.Walaupun bersetuju atau tidak,kita perlu rasional dalam setiap perbuatan kita.Kita perlu berfikir adakah tindakan kita ini mampu menyelesaikan masalah atau hanya menambah musibah.Jangan hanya mengikut hawa nafsu dan emosi kerana nabi sendiri tidak mengajar umatnya bersikap demikian.Jangan kita berfikiran keanak-anakan yang menjadikan kita aset besar musuh menyerang kita.Jika ada jalan yang lebih berhikmah gunakanlah,kerana Islam mementingkan kedamaian.Jika dahulu beliau menjadi idola saya,hari ini tidak lagi.Mungkin suatu hari nanti,beliau merupakan lawan saya.....

4 comments:

tinta permata said...

Salamullahi 'alaikum warahmatuhu wabarokatuh.

Satu perkongsian yang amat bermakna. Dan sesungguhnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada rahsia di sebaliknya. Mana mungkin Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Hari ini kita melihat adanya 'Duri Dalam Daging' seperti yang enta katakan. Mungkin hari esok adanya 'Gunting Dalam Lipatan' atau 'Sambil Menyelam Minum Air Kolam' dan sebagainya. Hal ini merupakan satu kekangan bahkan juga merupakan satu peluang kepada kita supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati akan setiap perkara.

Mengapa Allah menjadikan sedemikian? Barangkali Allah ingin menguji bagaimana kita menanganinya. Allah tidak akan memudahkan segalanya jika kita ingin berjuang. Pasti ada sedikit ujian, mehnah dan tribulasi yang Dia selitkan supaya iman kita dapat ditingkatkan.

Moga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran atas apa yang telah berlaku. Yang pasti, Allah jua lah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Semoga dapat terus istiqamah dalam mencurahkan buah fikiran untuk bacaan semua.

Siiru 'ala barokatillah.

Wallahu a'lam.

Muhammad Hanafi Bin Sulaiman said...

salam alaik... saya juga telah lama terfikir sama seperti anda.. Daripada isu sumpah bai'ah dalam PAS, dan beberapa rentetan yang semakin menular..

Saya juga terfikir mengapa majlis syura PAS tidak mengambilnya sebagai calon... Kini, mungkin 1 dugaan dr Allah.. Bersama2 la menyelesaikan dengan cara berhemah.

Menurut pandangan Dato Zahid Ibrahim, saya sangat bersetuju, sebabnya, Dato Seri Anwar suruh tarik balik report, dia enggan, siapa ketua skrg?? Bukankah dalam perjuangan Islam menurut kata ketua itu penting??

conan27 said...

salam..
em,juz nk bg pendapat.
cuba follow blog zulkifli nordin ni...
sy xrasa dia bersalah dlm kes ni..
kenal dulu orgnya sblum nk judge ape2..
syukran....

mumtaz said...

salam,secara jujurnya sy amat mengagumi zulkifli nordin ni.
memg x dinafikan yg sy juga pernah terfikir knpa dia tidak dipilih dlm parti PAS.
tp bagi sy,xkisah la di mana pun dia berada.
asalkan dia letakkan Islam di depan(no 1).
itu prinsip dia yg saya kagum dan sy rasa xramai ahli politik boleh bertindak sedemikian.
beliau selalu dtg memberi ceramah di surau rumah sy.
dan saya dpt kenal orgnya mcm mana.
walaupun parti PAS yg membuat kesalahan,dia akan bersuara.
kerana dia selalu berkata
"Tuhan akan tanya saya di pdg mahsyar nti"
cuba lawati blognya, zul4kulim.blogspot.
wallahu a'alam...

Post a Comment