Followers

Monday, October 18, 2010

Galas dan Batu Sapi petunjuk PRU 13?


Galas dan Batu Sapi

Galas dan Batu Sapi bakal menjadi tumpuan bulan hadapan.Galas,dun yang berada dalam Parlimen Gua Musang dan Batu Sapi merupakan parlimen yang terdiri daripada dun Sekong dan Karamunting.Pilihanraya di Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya,Che Hashim Sulaima dari Pas dan di Batu Sapi,penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan pada 9 oktober lalu.Galas merupakan kerusi milik Pas dan Batu Sapi merupakan milik PBS,parti komponen BN.

Tarikh pengundian serentak
SPR mengishtiharkan tarikh serentak kedua-dua sekali iaitu 4 November 2010.Walaupun Pengerusi SPR sendiri secara peribadi tidak bersetuju dengan tarikh yang sama,namun saya sudah jangkakan tarikh yang berlangsung akan sama seperti yang terjadi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Saya rasakan BN mempunyai kelebihan jika tarikh berkenaan serentak berdasarkan beberapa faktor.Antaranya kedua-dua kawasan yang terpisah dengan Laut Cina Selatan ini bakal memberi kelebihan kepada BN kerana jentera pembangkang khususnya DAP dan PKR akan lebih tertumpu kepada Batu Sapi manakalan PAS akan berkampung di Galas.Contohnya di Sibu,saya nampak 'Miracle' DAP menang di sana adalah disebabkan muafakat Pakatan Rakyat disamping pengundi Cina yang banyak membantu.

Pakatan Rakyat sukar di kedua-dua kawasan ini.
Manik Urai merupakan eksperimen yang baik mengapa saya katakan Pas amat sukar menang di kawasan ini.Kubu kuat Pas sejak zaman-berzaman pula mudah goncang,inikan pula Galas.Geografi kedua-duanya hampir sama,luar bandar dan Galas mempunyai masyarakat orang asal yang ramai iaitu hampi 2000.Sudah tentu politik jambatan,jalan,sekolah dan lain-lain akan dihidangkan di sepanjang pilihanraya kecil kedua di Kelantan ini.Batu Sapi pula cukup menarik jika BN mahu menjadikan pengundi cina sebagai bahan uji kaji terbaru mereka.Selepas DAP marampas Sibu,BN terdesak untuk memenangi kawasan ini.Jika SAPP dan PKR bertanding,BN mempunyai harapan yang cerah untuk menang.Undi mereka akan berpecah dan BN mudah mempertahankan kawasan ini.Satu perkara yang perlu diatasi oleh BN ialah masalah dalaman mereka di Sabah sendiri namun saya tidak nampak ini sebagai satu liabiliti.Penduduk Sabah lain berbanding penduduk semenanjung.Walaupun sudah ada gelombang kebangkitan di Sabah,namun strategi yang rapuh bakal menghancurkan kesemua perancangan tersebut.

Petunjuk PRU-13
Pilihanraya pasca Bujet 2011 sebenarnya sudah nampak tanda-tandanya.Saya sekali lagi mengatakan bahawa,Pilihanraya Galas dan Batu Sapi merupakan petunjuk PRU 13.Jika BN menang kedua-dua pilihanraya ini,parlimen dijangka dibubarkan pada bulan Mac serentak dengan Sarawak.Namun jika tewas,saya menjangkakan BN akan membubarkan parlimen pada tahun 2012 memandangkan mereka perlu memulihkan mood rakyat.Pilihanraya di Sibu merupakan petunjuk tepat kenapa pilihanraya Sarawak tidak diadakan dalam masa terdekat.Nasihat saya,bersedia lebih awal dan jangan harapkan kepada ramalan semata-mata

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~


0 comments:

Post a Comment