Followers

Sunday, October 10, 2010

Mempertahan kemenangan vs mencari kemenangan?

Menang itu susah,kalah itu mudah.
Ada orang kata,mempertahan kemenangan jauh lebih sukar daripada mengisi kemenangan.Ada juga orang kata apabila menang,ada yang gagal mengisi kemenangan tersebut.Semuanya merupakan persepsi yang mana anda boleh fikir apa jawapanya.Apa makna kemenangan sebenarnya? Manusia secara fitrahnya suka kepada kemenangan tetapi jijik dengan kekalahan.Itu fitrah.Anda boleh tanya sesiapa sahaja tentang perkara ini.Sebagai manusia,kita juga sebenarnya memerlukan kekalahan untuk mengajar kita agar tidak lalai dan alpa.Contoh mudah,perang Uhud yang menyebabkan tentera Islam tewas kerana gagal mengikuti arahan.Sama juga jika kita ambil contoh yang lebih moden sedikit,musnahnya pelabuhan Pearl Harbour milik tentera Amerika pada 7 Disember 1941 oleh tentera Jepun dengan semagat Kamikaze pada waktu tersebut akibat kelalaian sendiri.Kekalahan bakal melonjak pihak yang kalah menjadi cemerlang.Anda boleh lihat pelbagai sejarah tamadun dunia yang mengalami suka dan duka.Mereka mampu menjadi kuasa dunia disebabkan kegagalan yang mereka lalui.

Dalam konteks pilihanraya menang dan kalah itu adat.Tidak kira pilihanraya manapun yang anda masuk,sebelum bertanding,anda ada 50% peluang untuk menang dan 50% peluang untuk kalah.Semasa ia berlansung, peratus peluang menang dan kalah akan meningkat dan menurun.Anda boleh buat apa sahaja untuk menang jika anda terdesak untuk menang.Tipu,rasuah dan sebagainya anda boleh lakukan.Tiada masalah.Cuma,anda sebenarnya mengkhianati pengundi jika melakukan perkara tersebut.Mudahkan untuk menang? Jika kita tinjau sirah Nabi S.A.W sepanjang perperangan hanya perang Khandak yang berlaku di Madinah.Kenapa? Kerana memepertahankan lebih sukar daripada mencari kemenangan.Bila-bila masa sahaja Madinah ketika itu boleh tumbang di tangan orang kafir jika silap strategi.

Strategi faktor penting kemenangan
Dalam mana-mana pertempuran,strategi cukup penting dalam menjadi asas kemenangan pihak yang bertanding.Merencana strategi bukan mudah,melaksanakanya pun pasti sukar.Bukan semua strategi menjadi dan buka semua taktik berhasil.Pada pemerhatian saya,sekecil-kecil perkara yang kita lakukan pun perlu berstategi.Walaupun anda ingin membeli nasi di kafe,startegi anda perlu betul.Pukul berapa? Jalan mana? Berapa lama? Orang yang tidak mempunyai strategi ibarat orang yang tidak ada sistem.Permainan bola sepak sebagai contoh,jurulatih akan merencana taktik dan strategi untuk menang.Anda boleh tanya kepada jurulatih terhebat di dunia jika mereka tiada strategi, mana mungkin Barcelona dan Machester United boleh menjadi kelab terhebat.

Dalam pilihan raya saya lihat serangan peribadi lebih banyak digunakan berbanding mengurus strategi.Ini tidak betul dan inilah sebenarnya faktor kekalahan PAS di Bagan Pinang.Saya minta maaf jika PAS terasa tetapi itu hakikatnya.6 tahun saya duduk di Bagan Pinang,memahami sosio budaya masyarakat dan serangan peribadi bukan cara yang bijak untuk meraih undi simpati daripada rakyat.Pilihanraya Permatang Pauh dan Permatang Pasir di Pulau Pinang juga menunjukkan kecenderungan yang sama.Walaupun PAS mempertahankan Permatang Pasir,tetapi majoriti berkurangan.Saya lihat ini sebabnya.Sudut pandang sisi saya ini mungkin boleh dipertikaikan jika ada yang mahu.Maklumlah,saya bukan penganalisis politik yang handal cuma budak hingusan yang baru belajar.

Belajar dari kesilapan
Jangan malu untuk belajar dari kesilapan.Sesungguhnya,kesilapan itu merupakan guru yang terbaik bagi mengajar manusia yang keras hati tidak menerima kenyataan.Muhasabah dan bedah siasat itu perlu dalam mana-mana organisasi jika ingin berjaya.Jika anda menerima,anda akan berja,jika tidak anda berduka.Jangan takut mengaku kesalahan dan sedia membetulkan kembali kesalahan tersebut.Manusia itu tidak lari dari kesilapan dan siapalah kita sbagai manusia.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~



0 comments:

Post a Comment