Followers

Thursday, May 19, 2011

Menangani sebuah Krisis Kefahaman Terhadap Perjuangan ini.

Menangani sebuah Krisis Kefahaman Terhadap Perjuangan ini.


Krisis Kefahaman.


Kekeliruan dan kecelaruan fikrah yang dialami oleh pemimpin dan anggota sebuah gerakan Islam adalah suatu penyakit yang parah mengakibatkan berlakunya salah faham terhadap perjuangan dan matlamatnya.


Seringkali tindakan yang tidak berasaskan kefahaman yang jelas dan tepat, menghasilkan natijah yang yang salah dan tersasar dari matlamat yang murni.


Lebih malang kiranya salah faham itu membentuk satu manhaj perjuangan yang salah sedang mereka merasakan itu adalah suatu yang benar. Akhirnya mereka berjuang di atas landasan yang salah untuk tujuan yang salah pula.


Apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah perlunya kita merungkai krisis kefahaman ini agar kekeliruan dan kecelaruan dapat di atasi dan kembali meletakkan mereka di atas landasan perjuangan yang benar bersama misi dan visi yang tepat. Seterusnya mendapat redho daripada Allah swt.


Saidina Omar al Khattab pernah menegaskan :


تفقهوا قبل أن تسودوا


Fahamilah oleh mu ( akan perkara agama dan urusan kepimpinan/perjuangan ) sebelum kamu dipilih menjadi pemimpin .


من يرد الله به خيرا يفقه في الدين


Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya Ia diberi faham tentang agama .


Riwayat Imam Bukhari dan Muslim


Pertama : Memahami Ghayah .


Ghayah adalah matlamat akhir yang ingin kita capai dalam perjuangan ini. Justeru itu , ghayah atau matlamat akhir kita Allah Jalla wa A’la . Segala yang kita lakukan dalam perjuangan ini tidak boleh bermatlamatkan selain dari Allah azza wa jalla kerana kelak menjadikan kita menyeleweng dari petunjuk Ilahi.


و أن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه و لا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله


“ dan sesungguhnya inilah jalanku yang lurus , maka hendaklah kamu mengikutinya dan jangan kamu mengikut jalan – jalan yang lain kerana kelak akan menyelewengkan kamu dari jalan Allah swt.”


Surah al Ana'am : 153


Apabila kita benar – benar memahami bahawa matlamat akhir kita ialah Allah swt. , maka kita akan memiliki jiwa yang optimis terhadap kemenangan Islam yang kita perjuangkan dan hati yang tenang sekalipun berhadapan dengan cabaran yang getir lantaran tawakkal yang kukuh berpaut kepada Allah swt.


Allah swt. sebagai matlamat akhir perjuangan ini meletakkan kita ikhlas dantajarrud dalam perjuangan demi mencapai nilai dan standard tawajjuh kepada Allah swt.


Saat itu , tidak akan berlaku lagi pergelutan dingin merebut jawatan keranahubbur riyaasah atau gila jawatan atau berasa resah dan penat sehingga mahu menarik diri dari medan perjuangan yang serba mencabar ini .


Sebaliknya bangga dan puas dengan apa yang dilakukan untuk Islam ini , sekalipun hanya sebagai penampal poster dan pengedar handbill justeru matlamat akhirnya ialah Allah swt. yang pasti memberikan ganjaran bernilai terhadap usaha untuk menegakkan agamanya.


Saya harap semua pemimpin dan anggota jamaah kembali menghayati slogan perjuangan kita yang saya lihat sedikit sebanyak makin diabaikan :


الله غايتنا
Allah Matlamat kita
الرسول قدوتنا
Ar Rasul Ikutan Kita
القرآن دستورنا
Al Quran Perlembagaan Kita
الجهاد سبيلنا
Al Jihad Jalan Perjuangan Kita
الموت في سبيل الله أسمى أماننا.
Mati Syahid di atas Jalan Allah setinggi – tinggi cita – cita Kita .


Kedua : Memahami Hadaf .


Hadaf ialah matlamat semasa atau objektif yang ingin dicapai bersama perjuangan ini. Gagal memahami hadaf atau objektif memungkinkan kita berjuang tanpa sebarang pencapaian atau paling tidak menjadikan kita sukar dan semakin jauh dari destinasi.


Sebagai contoh , antara hadaf yang ingin kita capai ialah tertegaknya daulah islamiyyah di atas tanahair kita.


Mereka yang memahami hadaf atau objektif perjuangan ini akan memastikan dirinya berjuang gigih tanpa lengah dan membazirkan waktu dengan perkara yang tidak mendatang faedah buat diri dan perjuangannya.


Apa yang lebih penting untuk tahqiqul hadaf , kita terlebih dahulu diwajibkan menghayati objektif yang ingin dicapai . Sebagai contoh tadi , Daulah Islamiyyah menjadi salah satu hadaf kita yang ingin dicapai , maka kita dituntut supaya memahami dan menghayati terlebih dahulu nilai dan ruh Daulah Islamiyyah di dalam jiwa dan kehidupan kita.


Al Imam Hasan Hudhaibi pernah menyebut :


أقيموا دولة الإسلام في قلوبكم تقم على أرضكم


Tegakkan Negara Islam dalam diri kamu nescaya ia akan tertegak di atas tanahair kamu


Malang , andainya kita meletakkan Daulah Islamiyyah sebagai objektif perjuangan ini sedang kita bukan sahaja tidak memahami prinsip dan ciri – ciri daulah islamiyyah bahkan tidak menunjukkan syakhsiyyah sebagai seorang pejuang yang berjuang untuk menegakkan syariat Islamiyyah .


Manakan tidak , semangat berkobar – kobar untuk menegakkan Negara Islam tetapi ibadat kita “hancur” , tawakkal kita lemah dan fikrah kita hambar . Tentu sahaja semangat tidak memadai untuk mencapai objektif yang telah kita gariskan .


Begitulah apabila kita turut meletakkan Dakwah Islamiyyah antara objektif kita. Kita mestilah terlebih dahulu menghayati criteria ad daaei atau pendakwah yang berkesan. Bahkan kita sewajibnya menguasai methodology dakwah yang efektif berasaskan maudhu’ dakwah yang tepat dan bersesuaian dengan tahap madu’u .


Bertindak melulu dalam usaha dakwah tanpa memahami dan menghayatinya inilah yang melahirkan pelbagai polemic dan kontraversi . Ada yang menggunakan perkataan kesat dan kasar dalam ucapan atau ceramah , akhirnya menjauhkan madu’u dari perjuangan kita .


Demikian juga sebuah penampilan yang tidak sesuai dengan masyarakat atau audien sehingga menimbulkan rasa jengkel di hati madu’u .


Firman Allah swt :


فبما رحمة من الله لنت لهم ولو كنت فظا غبيظ القلب لانفضوا من حولك


Maka dengan rahmat Allah , engkau ( Muhammad saw ) berlaku lemah lembut terhadap mereka . Sekiranya engkau bersikap keras dan berhati kasar , tentulah mereka menjauhkan diri dari sekitarmu .


Surah Aali Imran : 159


Sebagai pemimpin biarpun di mana jua peringkat kepimpinan kita dan sebagai anggota sekalipun kita hanya ahli biasa , berilah perhatian terhadap persoalan ini. Fahami objektif atau hadaf ini sedalam – dalamnya .


Kita bukan berdakwah dan berceramah untuk mencari publisiti , apalagi laba duniawi . Kita berdakwah untuk membawa mesej perjuangan kita kepada masyarakat agar mereka menerima Islam.


Bertolak dari keinsafan ini , sampaikan Islam dengan penuh penghayatan terhadap kandungan Islam itu sendiri dan jiwailah ia dalam penyampaian kita agar dakwah kita menembusi jiwa madu’u.


Firman Allah swt :


ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى احسن .


Berdakwahlah mengajak manusia kembali kepada tuhanmu dengan hikmah , nasihat yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang terbaik.


Surah an Nahl : 125


Ketiga : Memahami Manhaj .


Landasan dan hala tuju perjuangan Islam sewajarnya difahami secara jelas sebagaimana jelasnya Islam itu sendiri sebagai cara hidup yang diwahyukan Ilahi .


Al Quran dan Sunnah mendasari manhaj perjuangan kita . Kita bergerak dan membentuk polisi perjuangan berasaskan wahyu dan sunnah bukan nafsu dan aqal yang terpisah dari wahyu Allah .


Firman Allah swt :


ثم جعلناك على شريعة من الأمر فاتبعها و لا تتبع اهواء الذين لا يعلمون .


Kemudian kami telah meletakkan engkau di atas syariat ( peraturan agama ) , maka ikutlah peraturannya dan janganlah engkau mengikut nafsu mereka yang tidak mengerti.


Surah al Jaathiyah : 18


Secara organisasinya , jamaah kita berperlembagaan dan dipimpin melalui konsep syura. Kita telah menggariskan polisi dan manhaj perjuangan ini serta menurunkannya kepada setiap peringkat jamaah .


Ianya mesti difahami dan dihayati . Pengamatan saya mendapati masih ramai yang kabur mengenainya biarpun mereka telah lama menyertai jamaah . Fenomena ini berlaku kerana mereka menyertai jamaah tanpa memahami dan mendalami manhaj perjuangan.


Sebagai contoh , Jamaah kita mengambil pendekatan Muwaajahah bissilmisebagai polisi perjuangan kita di Malaysia . Pendekatan ini merumuskan satu jawapan yang akhirnya membawa penyertaan kita dalam persada politik tanahair sekaligus menyertai pilihanraya.


Pihak yang tidak memahami manhaj kita sering menuduh bahawa kita salah dan bercanggah dengan syara’ kerana menyertai pilihanraya dan demokrasi . malangnya ada dikalangan ahli jamaah terpedaya dengan tuduhan tersebut. Ini adalah kerana mereka tidak memahami manhaj perjuangan sendiri .


Ada pemimpin yang turut keliru terhadap manhaj perjuangan mereka sendiri. Ini suatu yang sangat malang , namun ianya satu reality .


Realiti ini berlaku kerana sebahagian mereka tidak menyertai usrah atau liqa’ fikri anjuran jamaah sebagai medan untuk memahami dasar dan manhaj perjuangan. Saya sifatkan mereka yang menyertai jamaah tetapi tidak menyertai usrah sama seperti mereka masuk sekolah tetapi tidak masuk kelasnya.


Biarpun sekolah itu adalah sekolah yang ternama dan tersohor dengan kegemilangannya, tetapi keengganan memasuki kelas hanyak mengekalkan kebodohan dan kejahilan mereka. Tiada apa yang dapat mereka pelajari tanpa memasuki kelas.


Ketidakfahaman terhadap manhaj perjuangan inilah menyaksikan pelbagai aliran yang bercanggah cuba disogok kepada ahli jamaah .


Ada yang cenderung membawa aliran syiah semata – mata kerana tersilau dengan kehebatan Iran , sedang Iran bukan hebat kerana mereka syiah dan kita lemah bukan kerana kita ahli sunnah wal jamaah.


Mereka menjadi kuat kerana kesediaan pemimpin dan rakyat mereka menolak ideology barat dan menggerakkan kebangkitan rakyat mereka di atas nama jihad untuk menentang kuasa besar dunia yang digelar mereka sebagai syaithanul akbar.


Sementara masyarakat kita yang mendakwa diri mereka sebagai ahli sunnah wal jamaah tetapi menganut faham dan ideology barat serta mengikis semangat jihad daripada diri mereka. Ini menjadikan diri mereka lemah dibawah pengaruh barat .


Lantaran itu , membawa masuk fahaman atau aliran syiah ke dalam jamaah ini untuk menjadikannya kuat adalah suatu langkah yang salah dan tidak membawa sebarang faedah . Sebaliknya apa yang penting ialah menyalakan semangat jihad dikalangan ummah dan mendidik mereka agar menolak fahaman dan ideology asing dari terus menguasai minda dan jiwa ummah.


Begitu juga ada pihak yang cuba menyeludup aliran liberal memasuki jamaah untuk mengelirukan ahli dan terdapat juga yang anti ulama’ dengan tanggapan serong bahawa ulama’ tidak pandai dan mampu memimpin serta jahil berorganisasi.


Semuanya adalah terhasil daripada kekeliruan terhadap manhaj perjuangan sendiri .


Keempat : Memahami Bia’h . ( reality )


Kebenaran Islam mestilah disampaikan melalui kaedah dan cara yang benar , pula penampilan dan method yang tepat dan sesuai .


Perkara ini memerlukan kita memahami bia’h atau reality yang dihadapi dengan ijtihad yang tepat supaya Islam dapat sampaikan dengan baik kesetiap hati sanubari masyarakat , sementara dalam masa yang sama kita mestilah memelihara prinsip Islam.


Kita mestilah terbuka tetapi jangan hanyut dalam arus massa sebagaimana kita mestilah berprinsip tetapi jangan jumud dalam berfikir dan bertindak.


Tidak memahami bia’h menyebabkan kita bertindak salah dengan meletakkan suatu yang benar pada tempat yang salah dan masa yang salah pula.


Kajian terhadap tahap keupayaan minda masyarakat dan tuntutan ummah terhadap kehadhiran perjuangan kita serta keperluan jamaah dalam mendepani cabaran masa kini menjadi syarat dan bukti kita memahami bia’h.


Kita tidak boleh syok sendiri dan mementingkan diri serta mencari kepuasan sendiri tanpa memikirkan apakah pendekatan kita sesuai dengan zaman dan method kita diterima masyarakat umum ?


Kelima : Memahami Isti’dad . ( persediaan )


Allah berfirman :


و اعدوا لهم ما استطعتم من قوة و من رباط الخيل ترهبون به عدو الله و عدوكم


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu akan musuh Allah dan musuh kamu .


Surah al Anfaal : 60


Kita tidak boleh berjuang semborono tanpa persiapan . Sungguhpun perjuangan ini membawa Islam sebagai dasar perjuangannya , kita tidak diajar menyerah kepada taqdir tanpa usaha gigih untuk membawa Islam kembali ke orbitnya yang mengatasi segala ideology yang dicipta oleh manusia.


Persediaan dan persiapan yang akan dilakukan mestilah pula mengambil kira kekuatan yang ada pada musuh dengan tidak lupa untuk menangani kelemahan yang ada pada kita .


Saidina Omar al Khattab menyatakan :


إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة اذا نشأ في الإسلام من لا يعرف الجاهلية


Akan terungkai tambatan Islam serungkai demi serungkai dari leher ummat Islam apabila berleluasa di dalam Islam mereka yang tidak mengetahui sepak terajang jahiliyyah.( musuh )


Persiapan kita mesti mantap terhadap 2 faktor kemenangan .


Faktor pertama ialah Faktor Penentu iaitu Allah Qadhi Rabbul jalil.


Hubungan kita dengan Allah mestilah akrab guna meraih taufiq dan nusrah buat perjuangan yang kita dokong ini justeru ia lah Tuhan yang akan menentukan kemenangan dan kejayaan kita .


Jangan putuskan hubungan antara kita dengan Allah swt. malah jangan biarkan hubungan kita dengan Allah berlangsung dalam keadaan hambar .


يا ايها المزمل قم اليل إلا قليل نصفه او انقص منه قليلا
او زد عليه و رتل القرآن ترتيلا إنا سنلقى عليك قولا ثقيلا


Wahai orang yang sedang berselimut ! bangunlah pada malam hari kecuali sedikit iaitu separuh atau kurang sedikit dari itu atau lebih dari seperdua itu dan bacalah al quran dengan tartil , Sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yang berat kepadamu.


Surah al Muzammil : 1 - 5


Faktor kedua ialah Faktor Membantu .


Kita tidak boleh memandang sebelah mata terhadap factor - factor ini sekalipun ia hanyalah factor yang membantu . Faktor ini tergolong dalam ikhtiar yang diwajibkan oleh syara’ kepada kita .


Faktor ini dalam bentuk dana ekonomi yang kukuh , organisasi dan jentera penggerak yang mantap , anggota yang ramai , pengaruh yang lebar dan sebagainya.

Monday, May 16, 2011

Saya tidak mahu jadi cikgu,tetapi mahu jadi murabbi

Saya tidak mahu jadi cikgu,tetapi mahu jadi murabbi

Murabbi? Cikgu? Apa bezanya? Kadang-kadang orang berkata bahawa cikgu dan murabbi merupakan perkataan yang sama maksudnya.Bagi saya,cikgu dan murabbi membawa 2 pengertian yang berbeza.Cikgu bermaksud hanya mengajar tetapi belum tentu mendidik.Terikat dengan silibus sekolah dan buku teks.Murabbi bukan hanya mengajar,bahkan mendidik,menyelami perasaan bahkan lebih jauh dari itu.Saya anti cikgu? Semestinya tidak.Tetapi ramai hari ini hanya menjadi cikgu sahaja tetapi tidak menjadi Murabbi.Mungkin sistem pendidikan secular dalam negara kita menyebabkan cikgu mengikut acuan sebegitu.Dan yang lebih menyedihkan lagi,tugas guru itu hanya daripada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja.Itu sahajakah tugas guru? Kadang-kadang,ada pelajar lepasan SPM atau diploma yang memilih maktab sebab kerja sudah dijamin menjadi guru.Tambahan pula dengan profession guru yang semakin mencabar dilambak pula dengan kerja-kerja yang tidak berkaitan mengurangkan sifat murabbi yang ada pada guru itu.


Nabi Muhammad Murabbi yang terbaik.


Sudah tentu Nabi Muhammad S.A.W semestinya murabbi yang terbaik didunia yang patut menjadi ikutan.An Nahlawi menggariskan 10 syarat dan sifat menjadi seorang guru yang bersifat murabbi.

  1. harus memiliki sifat rabbani, ertinya seorang guru harus mengaitkan dirinya kepada Tuhan melalui ketaatan pada syariatnya.

    2. harus menyempurnakan sifat rabbaniahnya dengan keikhlasan, artinya aktivitas pendidikan tidak hanya utntuk sekedar menambah wawasan melainkan lebih dari itu harus ditujukan untuk meraih keridaan Allah SWT. serta mewujudkan kebenaran.

    3. harus mengajarkan ilmunya dengan sabar.

    4. harus memilki kejujuran, ertinya yang diajarkan harus sesuai dengan yang dilakukan.

    5. harus berpengetahuan luas dibidangnya.

    6. harus cerdik dan berketrampilan dalam menciptakan method pengajaran yang sesuai dengan semasa.

    7. harus mampu bersikap tegas dan meletakan sesuatu sesuai dengan tempatnya.

    8. harus memahami anak didik baik karakter maupun kemampuannya

    9. harus peka terhadap fenomena kehidupan.

    10. harus bersikap adil terhadap seluruh anak didik.

Tanggungjawab, sifat dan syarat seorang guru yang ditetapkan oleh beberapa ahli pendidikan (khususnya pendidikan Islam), semuanya sudah ada dalam diri Nabi Muhammad SAW., bahkan lebih sempurna dari apa yang ditetapkan oleh para ahli tersebut.Nabi Muhammad SAW. sebagai seorang guru yang telah dipersiapkan oleh Allah SWT sejah menjadi rasul hingga baginda wafat. Dalam menyampaikan misi yang diserahkan kepadanya, Nabi Muhammad SAW. benar-benar telah tampil sebagai sosok guru yang sempurna, guru yang pantas menjadi tauladan para guru, tidak ada perkataan beliau yang tidak sesuai dengan perbuatannya, Nabi Muhammad SAW. selalu memulai dari diri sendiri, prilaku yang dia tampilkan mengandung materi ajar dengan sendirinya. Kesederhanaan , kejujuran, kecerdikan, kesabaran, keadilan dan kepekaan Nabi Muhammad SAW. terhadap para sahabat adalah sifat-sfat beliau yang dengan sendirinya menjadi materi pembelajaran yang perlu ditauladani.Kajian yang berakhir pada kesimpulan akan keberhasilan pendidikan dan pengajaran yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. bukan sahaja dilakukan oleh umat Islam, tetapi juga dilakukan oleh orang-orang yang beragama bukan Islam, salah satu diantaranya adalah penelitian yang dilakukan oleh Dr. James E. Royster dari Island State University yang telah melakukan kajian intensif tentang Muhammad SAW sebagai seorang guru teladan dan manusia ideal.

Royster membahas kesan-kesan kaum muslimin terhadap nabi mereka. Bagi Royster, Nabi Muhammad SAW. telah mengajarkan kebenaran dengan ucapan dan mengamalkan kebenaran itu dalam kehidupannya, salah satu kesimpulan Royster yang dikutip oleh Abdurrahman Mas’ud dari hasil penelitiannya berjudul “Muhammad as. A Teacher and Exampler” ialah :

“ Muhammad a teacher, exampler and ideal man fulfills in Islam a role that can hardly be overestimated. From him hundreds of milions of Moslem derive both meaning for personal existence and means for character development and spiritual achivement. In terms of continuing influence on the list of those who have shaped the world. Surely it would be markedly diferenct had he not been.

Salah satu kesimpulan Royster di atas menunjukan bahwa Nabi Muhammad SAW. tidak hanya menjadi guru bagi generasi masanya tersebut sahaja, tetapi juga bagi seluruh kaum muslimin pada masa sekarang, dengan kata lain guru itu adalah Nabi Muhammad SAW. dan murid-muridnya adalah seluruh kaum muslimin di dunia Islam. Ketika itu Nabi Muhammad SAW. merupakan seorang guru yang dekat bagi para sahabatnya, bagi kaum muslimin berikutnya Nabi Muhammad SAW. menjadi seorang imaginary educator.

Sebagai utusan Allah SWT. segenap aktiviti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selalu berada dalam pengawasan sekaligus bimbingan Allah SWT., tetapi bukan bererti hal ini menunjukan bahwa Nabi Muhammad SAW. sebagai orang yang pasif, kerana Allah SWT. hanya menunjukkan hal-hal yang bersifat umum dan global, sedangkan petunjuk dari perintah Allah SWT. tersebut menbentuk kreativiti dan kecerdasan tertentu.

Dalam pendidikan Rasulullah SAW. telah memberikan banyak pelajaran bagi para pendidik berkenaan dengan method pendidikan, yang boleh dilakukan oleh para pendidik di sekolah mahupun di rumah oleh orang tua yang memberikan pendidikan pada anak-anaknya. Seorang pendidik tidak dapat mendidik murid-muridnya dengan sifat utama kecuali apabila ia memiliki sifat utama dan ia tidak dapat memperbaiki mereka kecuali apabila ia soleh, karena murid-murid akan mengambil keteladan darinya lebih banyak dari pada mengambil kata-katanya. (Al-Hamd, 2002 :27).

Untuk dapat menjadikan “teladan” sebagai salah satu strategi, seorang guru dituntut untuk mahir dibidangnya sekaligus harus mampu tampil sebagai contoh yang baik. Bagaimana mungkin seorang guru menggambarkan beliau boleh mengajarkan cara yang baik jika ia tidak menguasai teknik-teknik sebagai seorang guru yang tidak akan dapat menyuruh muridnya fasih membaca al-Quran jika dirinya tidak menguasai ilmu membaca al-Qur’an dengan baik. Guru matematik akan dapat memberi contoh cara mengira yang baik jika dia menguasai cara mengira dengan baik, jangan harap seorang guru bahasa Malaysia akan dapat mengajar membaca puisi dengan baik jika dirinya saja tidak mahir dalam bidang ini, demikianlah seterusnya dengan disiplin ilmu yang lain.


Indahnya jika guru memimpin muridnya menjadi pejuang


Guru bersifat murabbi perlu memimpin muridnya menghayati islam yang syumul lantas memberi kefahaman untuk turun ke medan juang menegakkan islam.Inilah yang sukar mencari guru sebegini dalam masyarakat kini yang ikhlas mengajar dan mendidik tanpa mengharapkan balasan daripada orang ramai.Guru atau Murabbi yang terbaik ialah memimpin tangan muridnya ke medan juang menegakkan Islam dan memberi kefahaman Islam kepada masyarakat.Saya sehingga kini terkesan dengan sajak Usman Awang 1979:


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Saturday, May 14, 2011

Membina Institusi Naqibah

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلله فلن تجد له وليا مرشدا . والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين ، أما بعد ...


Mukaddimah:


Cabaran dan ujian adalah sunnatullah yang akan diberikan kepada setiap mukmin bahkan terhadap perjuangan Islam, berdasarkan firman Allah swt: al Ankabut : 1 - 3 :


Maksudnya: Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.


Terdapat sesetengah cabaran dan isu yang menyebabkan perjuangan Islam lemah dan lumpuh, tetapi ada juga cabaran yang menghasilkan kekuatan baru kepada Jamaah Islam. Jamaah yang tidak kukuh dari aspek penyusunan dan barisan pimpinan, biasanya tidak mampu bertahan lama apabila dipukul dengan cabaran dan ujian (luar dan dalam). Manakala jamaah yang berada dalam keadaan baik dan tersusun di semua peringkat, cabaran dan isu boleh melahirkan kekuatan baru. Ujian itu akan meningkatkan daya juang dan keyakinan.


Pada keseluruhannya jamaah yang kuat dan tersusun adalah suatu yang dicita-citakan kerana ia akan memiliki benteng pertahanan yang kukuh dan strategi yang berkesan. Untuk tujuan tersebut, catatan ringkas ini dicadangkan sebagai garis panduan dan bahan pemikiran ke arah melahirkan barisan tenaga kerja jamaah yang mantap yang dapat meneguhkan jamaah khususnya muslimat dalam mendepani cabaran dan isu yang mendatang. Ia merangkumi beberapa noktah yang dirasakan perlu mendapat perhatian muslimah.


PENGERTIAN NAQIBAT


Naqibat berasal daripada perkataan: نقب على القوم- نقابة ertinya : seseorang yang mengurus dan mengendalikan urusan masyarakat. Firman Allah Taala : Al-Maidah : 12


Maksudnya: Dan Demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi Sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman Dengan Segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman Yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu.


Dalam sejarah dakwah Islamiah pula, Rasulullah saw pula telah mengambil bai'ah pada waktu malam di Aqabah/Mina daripada 12 orang yang terdiri daripada 3 orang mewakili golongan Aus dan 9 orang mewakili golongan Khazraj.


Naqib di dalam Harakah Islamiah bermaksud : seorang ahli jamaah yang mempunyai kelayakan thaqafah, khasais dan iltizamat yang mantap dan diamanahkan untuk memimpin dan mentarbiyah ahli-ahli jamaah mengikut wasilah-wasilah tertentu (umum dan khusus).


NAQIBAT DALAM KACAMATA JAMAAH ISLAM


Di dalam bahagian ini saya akan menggambarkan kedudukan naqibat sebagai sebuah institusi/markaz yang amat penting dalam jamaah Islam. Naqibat merupakan tenaga penggerak yang amat penting dalam jamaah, sebab itu muslimat tidak akan mampu mendepani cabaran dan isu dengan baik sekiranya berlaku kepincangan dalam institusi naqibat.


Akibatnya muslimah akan menghadapai persoalan : Bagaimanakah ahli dapat dipimpin arah perjuangan mereka? Bagaimanakah ahli dapat ditarbiyah rohani, jasmani dan thaqafah mereka? Seterusnya muslimah akan menghadapi kesukaran-kesukaran untuk menyerahkan mandat penting dalam mengendalikan tugas-tugas jamaah.


Semua persoalan dan kesukaran itu tidak akan terungkai dan terjawab selagimana tidak wujud dalam saf jamaah suatu barisan tenaga naqibat yang mempunyai kelayakan dan persediaan yang cukup mantap.


Naqib di dalam kacamata jamaah Islam merupakan sepohon pokok yang baik dan berguna kepada manusia dan alam seluruhnya. Firman Allah Taala : Ibrahim : 24


Maksudnya: Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.


Ini bererti institusi Naqibat adalah merupakan pokok-pokok yang tersebut yang menghiasi taman gerakan Islam. Untuk menghasilkan kekuatan dan keutuhan jamaah maka setiap pokok itu hendakhlah dirangkai dengan pokok-pokok yang lain dengan ikatan-ikatan berikut :


- Ikatan iman dan amal

- Ikatan ukhuwwah dan mahabbah.

- Ikatan saling hormat-menghormati

- Ikatan kerjasama dan jihad

- Ikatan syura

- Ikatan taaruf, tafahum dan takaful

- Ikatan perasaan.


Rangkaian para Naqibat ini akan melahirkan suatu kesatuan. Kesatuan itu pula akan menghasilkan kekuatan dan keutuhan. Allah swt menggesa supaya meneguhkan kesatuan ini melalui firmannya : As-Saf : 4

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Ayat di atas sebenarnya mengarahkan supaya diwujudkan suatu rangkaian para naqibat yang sehati sejiwa, satu kefahaman, satu matlamat dan hasrat perjuangan.


Inilah suatu perkara yang amat sukar dicapai oleh umat Islam. Namun begituusaha-usaha melahirkan barisan tenaga nuqaba’ yang baik dan mantap adalah merupakan tugas asasi kepada jamaah kita, kerana bertolak dari rangkaian tenaga inilah jamaah dapat mengatur pelbagai usaha ke arah melahirkan ahli-ahli yang bermutu.


Setelah memahami kedudukan institusi naqibat, maka dapatlah kita nyatakan bahawa para naqibat adalah bertanggungjawab sebagai :


1) Madrasah-madrasah kecil kepada jamaah bagi menyalurkan ilmu dan tarbiah kepada ahli-ahli mengikut manhaj / muqarar yang ditentukan oleh jamaah.


2) Mursyid, tempat rujuk dan bernaung kepada ahli-ahli jamaah dalam melicinkan perjalanan hidup mereka.


3) Cermin dan tempat mengukur kekuatan dan kemantapan jamaah dan ahli-ahli. Sekiranya Nuqaba’/ Naqibat lemah, maka kita dapat bayangkan realiti jamaah dan ahli-ahli .


4) Benteng pertama kepada jamaah dalam mempertahankan kekuatan dari serangan dan tekanan-tekanan musuh dari luar.


5) Tentera-tentera jamaah yang bertanggungjawab mengawal keselamatan sempadan jamaah dari dicerobohi oleh syaitan dan musuh-musuh.


6) Pengawal-pengawal yang bekerja mengawal keselamatan dalaman jamaahdari sebarang anasir yang boleh menghuru-harakan kestabilan organisasi dan ahli-ahli atau pergerakan dalaman jamaah.


Bertolak dari tanggungjawab di atas, maka para naqibat hendaklah mempunyai persiapan berikut :


1) Membersihkan hati dan perasaan dari perkara-perkara yang tidak baik seperti sifat-sifat keji: nifaq, hasad, mementingkan diri sendiri, malas dan sebagainya. Sebaliknya tanamkan di dalam jiwa sifat-sifat yang mulia seperti ikhlas, sedar dan bersungguh-sungguh, kasih sayang, hormat-menghormati sesama sendiri dan sebagainya.


2) Menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap kebesaran dan keagungan Allah swt.


3) Menghayati sepenuhnya keagungan Rasulullah saw sebagai perutusan Allah swt kepada ummat akhir zaman.


4) Meyakini kesempurnaan Islam dan masa depannya (kemenangan).


5) Meyakini bahawa wadah perjuangan yang didokong adalah wadah yang diredhai Allah dan menepati kehendak-kehendak syara'.


6) Menghiasi diri dengan syakhsiah yang mulia.


7) Meyakini bahawa Amal Jama’ie dan amalan syura adalah kaedah perjuanganyang dijamin oleh Allah swt.


8) Meyakini bahawa pengorbanan dan kesabaran adalah tangga-tangga kejayaan.


CIRI-CIRI ASAS PARA NAQIBAT


Apa yang dimaksudkan dengan ciri-ciri asas para naqibat ialah : Ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh para naqibat bagi menjamin suatu pengendalian usrah yang sempurna dan berkesan, seterusnnya menjayakan peranan mereka sebagai naqibat di luar usrah.


PERTAMA : CIRI-CIRI MURABBI


Naqib ialah seorang Murabbi yang mempunyai syakhsiah yang unggul, semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk mentarbiah, melatih, mendidik, membina akhlak, sikap dan perjalanan hidup ahli-ahli sehingga mampu memikul amanah perjuangan di semua peringkat. Para Murabbi adalah orang-orang yang tidak mengenal putus asa, malah menghadapi tugas-tugas pentarbiahan dengan meletakkan sepenuhnya pergantungan kepada pertolongan dan hidayah Allah swt.


KEDUA: CIRI-CIRI GURU ATAU MU'ALLIM


Naqib adalah seorang mu’allim yang mempunyai persiapan ilmu dan thaqafah yang luas, memiliki semangat yang tinggi untuk mencurahkan seluruh ilmu pengetahuan kepada ahli-ahli usrah dan membimbing mereka di dalam bidang keilmuan.


Ditegaskan di sini bahawa para Naqibat hendaklah mendalamkan pembacan dan pengetahuan tentang Usuluddin, Syariah dan Akhlak, serta ilmu-ilmu lain berkaitan dengan dakwah, psikologi dan sosiologi.


Qodiman berkata:


العلم لا يعطيك بعضه إلا إذا أعطيته كلك


Maksudnya: Tiadalah memberikan ilmu itu sebahagiannya melainkan apabila kamu memberikan seluruh diri kamu kepadanya.


KETIGA: CIRI-CIRI SEORANG IBU


Naqibat adalah seorang ibu (yang bertanggungjawab) menumpukan sepenuh perhatian, kasih sayang, belaian mesra kepada anak-anaknya dengan menaruh harapan yang tinggi agar anak-anaknya menjadi manusia yang berguna dan berjasa kepada agama setelah dewasa nanti.


Sifat-sifat seperti ini mesti dimiliki oleh para naqibat. Segala tindak-tanduknya adalah bertitik-tolak dari rasa kasih sayang dan kasih mesra dengan niat mendidik ahli-ahli usrah supaya berjasa kepada Islam.


KEEMPAT: CIRI-CIRI UKHT MUSLIMAH


Naqibat adalah seorang ukht Muslimah yang sejati yang hidup bersama dengan ahli-ahli usrah di atas landasan persaudaraan Islam, bersedia memberi teguran dengan baik dan menerima nasihat dan pandangan dengan rasa senang hati.


Apabila kita meneliti keempat-empat ciri asas di atas, kita dapati bahawa hubungan antara naqibat dengan ahli usrah seluruhnya ditegakkan di atas rukun-rukun usrah berikut : al-Ta’aruf, al-Tafahum dan al-Takaful. Para naqibat dan ahli usrahnya yang tidak menghayati ketiga-tiga rukun ini secara mendalam tidak dapat menjayakan keempat-empat ciri asas di atas dan begitulah sebaliknya.


PENGUKUHAN NAQIBAT DALAM MENDEPANI CABARAN DAN ISU


Selepas mengetahui keperluan naqibat untuk menguasai ilmu asas dalam aqidah, ibadat, muamalah Islamiah dan peri pentingnya menjelmakan syakhsiah Islamiah dalam kehidupan mereka, mereka juga dituntut untuk mempunyai kemampuan mengaitkan perkembangan dan isu semasa dengan persoalan ibtila', istidraj, ujian-ujian Allah, tanda-tanda kemurkaan Allah, azab Allah di dunia, azab Allah di akhirat, menghuraikan bagaimana umat terdahulu menerima balasan di dunia lagi terhadap perbuatan yang mereka lakukan. Ayat al Quran berikut dikaitkan dengan apa yang sedang berlaku sekarang sebagaimana firmanNya dalam surah Ar Rum: 4 :


Maksudnya: Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).


Oleh hal demikian, untuk mendepani seribu satu cabaran dan isu yang semakin kompleks perlu wujud mekanisma pengukuhan dan takwin di kalangan para naqibat sebagaimana berikut:


1) Mengetahui tujuan sebenar penciptaan manusia.


Allah swt berfirman: al Hijr: 98


Maksudnya: Dan Sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara Yang tetap) yakin.


Renungilah jawapan seorang sahabat ra Rub'ie bin 'Amir terhadap soalan Rustum panglima tentera Rom, yang menggambarkan kefahaman beliau tentang tujuan penciptaan manusia, katanya:


لقد ابتعثنا الله لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة


Maksudnya: Kami adalah tentera yang dihantar oleh Allah swt untuk mengeluarkan sesiapa yang berkehendak daripada penyembahan sesama manusia kepada penyembahan pencipta manusia, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.


2) Mengambil Qudwah Rasulullah saw dan para sahabat.


Berbanding agama lain, hanya Islam yang menekankan konsep qudwah dan uswatun hasanah. Ini disebabkan oleh kedudukan diri baginda saw sendiri yang telah menunjukkan qudwah dan contoh kepada umat Islam dalam pelbagai aspek. Firman Allah swt: al Fath: 29


Maksudnya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat ruku' dan sujud, Dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan Ibadat mereka Yang ikhlas).

Demikianlah sifat mereka Yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman Yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya.

(Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan berkembang biaknya umat Islam itu. (dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.


Kita dapat mengambil qudwah daripada seluruh kehidupan Rasulullah saw; baginda sebagai anak saudara (kekeluargaan), baginda sebagai suami, menantu, ayah, datuk (kekeluargaan), baginda sebagai ketua tentera (keselamatan), baginda sebagai ketua negara (politik dan pentadbiran), dan sebagainya.


Allah swt telah mengakui keluhuran pekerti Rasulullah saw melalui firmanNya dalam surah al Qalam: 4 :


Maksudnya: Dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.


3) Mestilah optimis dengan kemenangan dan menjauhi pesimis.


Islam melarang umatnya daripada mempunyai perasaan putus asa, kecewa, dan pesimis dalam sesuatu isu dan keadaan. Firman Allah swt :


Maksudnya: Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum Yang kafir".


Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa golongan yang berputus asa adalah tergolong di kalangan orang-orang kafir. Lembaran sejarah ketamadunan Islam membuktikan kepada kita tiadanya perkataan putus asa dan pesimis dalam kamus kehidupan seorang muslim. Ia mengingatkan kita bagaimana kecekalan dan keyakinan khalifah pertama Abu Bakar as Siddiq dalam memerangi gerakan ar riddah dalam masa yang sama pada mulanya beliau tidak mendapat sokongan padu daripada para sahabat yang lain. Tetapi beliau tetap yakin dan percaya serta tidak putus asa dalam usahanya itu.


Begitu juga dengan kekuatan keyakinan dan perasaan optimis Salahuddin al Ayyubi ketika berhadapan dengan tentera Salibiyah, bahkan juga keazaman Saifuddin Qutuz yang berjaya mematahkan kemaraan tentera Tatar daripada memasuki Mesir.


Apa yang menghairankan kita ialah kenapa dengan tiba-tiba kita selaku pendokong pas berputus asa daripada sebarang usaha memperkemaskan jentera parti selepas sedikit ujian kekalahan dalam pilihanraya? Kita perlu melakukan sebagaiman yang dilakukan oleh panglima Khalid bin al Walid dalam peperangan Yarmouk yang telah melantik Miqdad bin 'Amru untuk membacakan surah al Anfal kepada tentera Islam, manakala Abu Sufian sebagai penceramah dan tukang cerita bagi membangkitkan semangat dan motivasi tentera Islam dengan kisah-kisah kegemilangan tentera Islam terdahulu dalam peperangan Badar al Kubro, Khaibar, Mu'tah dan lain-lain.


Renungi dan hayatilah firman Allah swt: an Nisaa': 104:


Maksudnya: Dan janganlah kamu lemah (hilang semangat) dalam memburu musuh (yang menceroboh) itu; kerana kalau kamu menderita sakit (luka atau mati) maka sesungguhnya mereka pun menderita sakitnya seperti penderitaan kamu; sedang kamu mengharapkan dari Allah apa yang mereka tidak harapkan (iaitu balasan yang baik pada hari akhirat kelak). Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


4) Mengetahui bahaya yang sedang melanda dunia Islam.


Naqibat mesti mengetahui perkembangan dan isu semasa dunia Islam antarabangsa kerana apa yang berlaku di Malaysia adalah juga hasil perancangan musuh di peringkat antarabangsa yang digerakkan secara kolektif dan terancang. Perbezaan yang wujud hanyalah character dan nama, manakala skripnya adalah sama dan seragam di seluruh dunia. Firman Allah swt: Ali Imran: 118:


Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.


Hal ini lebih jelas dalam ucapan Raja Louis ke 9 di hadapan tentera Salibiyah selepas dibebaskan daripada penjara Dar Ibnu Luqman, Mansurah Mesir, katanya:


إذا أردتم أن تهزموا المسلمين فلا تقاتلوهم بالسلاح وحدة فقد هزمتم في معركة السلاح ولكن حاربوهم في عقيدتهم


Maksudnya: Jika kamu ingin menewaskan orang-orang Islam maka jangan perangi mereka dengan senjata semata-mata, telah terbukti kamu tewas, akan tetapi tumpukanlah serangan kamu terhadap aqidah mereka.


Selepas kejatuhan Soviet Union, pesaing tunggal kepada kuasa besar Amerika Syarikat dan pelobinya Yahudi adalah agama Islam. Tragedi 11 September telah dimanipulasikan untuk mengkambinghitamkan Islam dan umatnya. Kerajaan Afghanistan telah menjadi mangsa pertama, diikuti dengan Iraq dan kini mereka sedang berkira-kira untuk menyerang Iran ataupun Syria. Ini bagi merealisasikan penubuhan Israel Raya oleh Yahudi di tengah-tengah peta negara-negara Arab dengan selesa tanpa sebarang tentangan daripada blok negara-negara Islam.


Malaysia tidak terkecuali daripada perancangan jahat antarabangsa ini dengan beberapa isu yang berlaku diantaranya isu Sekolah Agama Rakyat (SAR), Kelab Mujahidin Malaysia (KMM), Interfaith Commission (IFC), dan sebagainya. Oleh itu sekiranya agenda musuh di peringkat antarabangsa ini dapat dikenalpasti maka memudahkan kita mengetahui apakah punca dan motif setiap isu yang berlaku di negara kita.


Benarlah fiman Allah swt dalam surah al Baqarah: 120:


Masudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.


5) Memperdalami uslub (teknik) paling berkesan dalam dakwah.


Ucapan yang paling baik adalah seruan kepada Allah swt dan ajaran Islam. Ia merupakan seruan kebenaran agar manusia dapat dikeluarkan daripada kegelapan taghut dan kejahilan kepada sinar keimanan dan keintelektualan. Firman Allah swt: Fussilat: 33:


Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Di kalangan manusia terdapat variasi penerimaan sesuatu seruan. Rasulullah saw telah menyatakan perumpamaan perbezaan tersebut sebagaimana tanah yang Allah swt jadikan dengan pelbagai jenis. Apabila hujan turun ada tanah yang boleh menakung air, ada yang boleh menakung tetapi hanya sebentar cuma, dan ada tanah yang poros langsung tidak boleh menakung air.


Oleh itu, naqibat perlu mahir ketika menyampaikan mesej dakwahnya. Inilah yang dinamakan hikmah sebagaimana firman Allah swt: an Nahl: 125:


Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.


Namun demikian persoalan uslub ini bukanlah yang paling utama kerana ia merupakan khilaf di kalangan para ulama' dalam menentukan teknik yang paling baik atau sesuai dengan sesuatu masa dan keadaan. Para ulama' sepakat menyatakan kewajipan amar ma'ruf dan nahi mungkar. Inilah yang perlu difokuskan dan diutamakan. Rasulullah saw bersabda:


عن النعمان بن بشير رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مثل القائم في حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا على سفينة فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسفلها فكان الذين في أسفلها إذا استقوا من الماء مروا على من فوقهم فقالوا : لو أنا خرقنا في نصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا فإن تركوهم وما أرادوا هلكوا جميعا وإن أخذوا على أيديهم نجوا ونجوا جميعا ( رواه البخاري )


Maksudnya: Perumpamaan di antara orang yang menjaga hukum Allah swt dan mereka yang melanggarnya adalah seperti satu kaum yang melakukan undian ketika menaiki sebuah kapal, maka sebahagian mereka mendapat undian duduk di bahagian atas kapal dan sebahagian yang lain di sebelah bawah. Kumpulan yang mendapat undian duduk di bahagian bawah kapal akan melalui sebelah atas apabila hendak mengambil air, lalu mereka berkata: Apa kata kalau kita tebuk sahaja sebelah bawah bahagian kita untuk ambil air, jadi kita tidak akan menyusahkan mereka yang duduk di bahagian atas. Sekiranya mereka ini dibiarkan sahaja melakukan kehendak mereka, maka mereka semua akan tenggelam, sebaliknya kalau mereka dipimpin (dicegah dan ditegur) maka mereka semua akan selamat.


Selain itu, perlu dijelaskan di sini bahawa di antara uslub (teknik) yang paling berkesan dalam dakwah ialah perbuatan seorang da'ie mestilah bertepatan dengan perkataannya, bermuamalah dengan penuh keikhlasan dan membuat kajian bi'ah terlebih dahulu. Ia boleh dibincangkan secara lebih terperinci dengan mengadakan bengkel perbincangan methodologi dakwah guna merumus cadangan serta kaedah-kaedah baru dalam urusan dakwah.


6) Memperteguh aqidah qadha' dan qadar.


Pengukuhan terakhir bagi naqibat yang ingin saya sentuh ialah dalam persoalan aqidah iaitu berkaitan dengan qadha' dan qadar. Keteguhan dalam persoalan ini menjamin keutuhan keyakinan dan ketenangan jiwa seseorang muslim. Ini kerana dia yakin bahawa semua cabaran dan ujian yang dilaluinya pasti mempunyai hikmah tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah swt. Kerja buat musuh dan gangguan mereka tidak mampu memudharatkan jemaah kita melainkan dengan izin Allah swt.


Kefahaman ini adalah berdasarkan hadith Rasulullah saw yang berbunyi:


عن أبي العباس عبد الله بن عباس رضي الله عنهما قال : كنت خلف النبي r يوما فقال : يا غلام إني أعلمك كلمات : احفظ الله يحفظك احفظ الله تجده تجاهك إذا سألت فاسأل الله وإذا استعنت فاستعن بالله واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك ، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك ، رفعت الأقلام وجفت الصحف (رواه الترمذي)


Maksudnya: Berkata Ibnu Abbas: Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah saw, baginda bersabda: Wahai budak, aku ingin mengajar kamu beberapa perkara: Peliharalah (kewajipan) Allah swt nescaya Allah swt akan memeliharamu, jagalah (hak-hak) Allah nescaya kamu akan dapatiNya membantumu, apabila kamu meminta mintalah kepada Allah, apabila kamu memerlukan bantuan mintalah bantuan daripada Allah, ketahuilah sesungguhnya jika suatu umat berpakat untuk memberikan manfaat kepadamu nescaya mereka tidak boleh memberi manfaat kepadamu melainkan sesuatu yang telah Allah swt tentukan kepadamu, dan jika mereka semua berhimpun untuk memudharatkanmu nescaya mereka tidak mampu melakukannya melainkan dengan sesuatu yang telah Allah swt tentukan ke atasmu, telah diangkat pena dan telah kering lembaran suhuf.


Ini menunjukkan tipu helah UMNO dan BN terhadap PAS dan BA bukanlah segala-galanya. Mereka tidak punya kuasa manfaat dan mudharat sebaliknya semuanya adalah dengan kehendak dan ketentuan daripada Allah swt.Keyakinan aqidah seumpama inilah yang perlu dipasakkan dalam hati kita. Yakinlah sesungguhnya usaha yang kita lakukan, peluh yang kita titiskan, harta yang kita infaqkan, masa yang kita luangkan dan perasaan yang kita korbankan tidak akan dipersiakan oleh Allah swt. Firman Allah dalam surah ar Rum: 47:


Maksudnya: Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman.


Di samping itu, kerja buat yang kita lakukan juga perlu disusuli dengan tawakkal yang pasrah membulat kepada Allah swt. Kerana hanya Allah swt sahaja yang maha memberi hidayah kepada hambanya, kita hanya diminta berusaha dan berikhtiar, membuat proposal dan program tetapi Allah swt sahaja yang akan memberikan kefahaman kepada masyarakat lalu menerima agenda kita, begitu juga pencapaian sasaran objektif dan matlamat serta kesan yang mendalam kepada peserta sesuatu program. Serahkanlah segala urusan kita kepada Allah swt dengan hakikat tawakkal sebenar sebagaimana tawakkal seekor burungyang disebut oleh baginda saw:


عن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : لو أنكم تتوكلون على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا ( رواه الترمذي )


Maksudnya: Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah swt dengan sebenarnya nescaya Allah swt akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana dia memberi rezeki kepada burung yang keluar dengan perut kosong dan kembali dalam keadaan kekenyangan.


KUALITI NAQIBAT DAN MUSLIMAT


Saya juga ingin mengenengahkan di sini secara ringkas tentang kualiti naqibat yang diperlukan dalam rangka mendepani cabaran dan isu dengan cemerlang. Di antaranya ialah:


1) kualiti ikhlas

2) kualiti taqwa

3) kualiti akhlak

4) kualiti mental

5) kualiti kerja

6) kualiti kemahiran

7) kualiti thaqafah


Kualiti tujuh perkara tersebut perlu dilunasi oleh kita semua kerana ia merupakan pemangkin ke arah pembinaan tenaga kerja naqibat yang berdaya saing dan berketerampilan. Ia juga menjamin kelangsungan istiqamah dalam perjuangan Islam.


Perkara istiqamah sangat penting dalam Islam kerana ia menjadikan seseorang itu kekal dalam jalan dakwah walau berhadapan dengan seribu satu mehnah dan tribulasi. Dia tidak mudah terpengaruh dengan suasana dan suara-suara yang menghasut. Berkenaan dengan perkara ini baginda saw bersabda:


لا تكونوا إمعة تقولون إن أحسن الناس أحسنا وإن ظلموا ظلمنا ولكن وطنوا أنفسكم إن أحسن الناس أن تحسنوا وإن أساءوا فلا تظلموا ( رواه الترمذي )


Maksudnya: Janganlah kamu menjadi seperti orang yang tidak mempunyai prinsip (pegangan) dengan berkata : sekiranya manusia baik maka kami akan baik dan jika mereka melakukan kezaliman maka kami pun akan berbuat zalim. Akan tetapi tetapkanlah diri kamu sekiranya manusia baik maka kamu akan lakukan yang lebih baik dan sekiranya mereka melakukan keburukan maka janganlah kamu melakukan kezaliman.


PENUTUP


Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa kejayaan muslimah dan naqibat mendepani cabaran dan isu adalah bergantung kepada sejauh mana kemampuan kita mengukuhkan institusi naqibat dan kualiti diri muslimat itu sendiri. Melahirkan suatu barisan tenaga muslimat dan naqibat yang mantap dan bermutu adalah suatu jaminan dan syarat kejayaan jemaah dalam proses pembentukan sebuah jemaah yang kuat dan kukuh.


Sebaliknya kegagalan dan kepincangan di peringkat naqibat akan memberikan kesan yang buruk kepada pembentukan ahli jamaah. Hasilnya jamaah akan menghadapi kepincangan dan kelemahan yang silih berganti dan sukar di atasi. Apatah lagi untuk mendepani cabaran yang sedikit dan isu yang sangat remeh.


Saya berkeyakinan bahawa program-program seumpama ini yang merupakan sebahagian daripada usaha pemerkasaan muslimat dan naqibat perlu digerakkan dan diteruskan secara berkala guna memperbaiki kelemahan dan kekurangan. Manakala kekuatan yang dimiliki pula perlu untuk dikongsi secara kolektif dan dimanfaatkan secara maksimum.


Oleh:Ust Nasaruddin Hassan Tantawi