Followers

Friday, November 5, 2010

Bukit Uhud mendahului Galas

Tahniah kepada yang menang,takziah kepada yang kalah.Orang yang digelar 'YB' baru perlu berkhidmat kerana anda dipilih oleh rakyat.Galas dan Batu Sapi ceritanya sama situasinya berbeza.Syukur kepada Allah memberi kemenangan kepada BN dan meletakkan kekalahan kepada Pakatan Rakyat.Maknanya,Allah masih sayang Pakatan Rakyat.Kita dibuai rekod kemenangan selama ini,dan apabila kekalahan menimpa,itu maknanya misi ke Putrajaya masih kabur lagi.Saya tidak tahu kekalahan ini akan menjadi pengajaran atau sebaliknya.Benarlah kata George Santayana seorang ahli falsafah,"sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya".Saya nampak BN mengambil pengajaran di atas kekalahan mereka sebelum ini.Mereka tewas hampir 8 pilihanraya kecil sebelum ini dan saya fikir jika ada pilihanraya selepas ini,mereka mampu memenaginya kembali.Ada beberapa faktor saya lihat mengapa PR tewas di Galas.


1. Pengaruh luar biasa Ku Li.
Kita tidak boleh menafikan faktor Ku li merupakan faktor terbesar mengapa tumbangnya Pas kali ini.Saya letakkan 60-70% peratus faktor kekalahan Pas disebabkan faktor ini.Ku li merupakan 'Big Giant' di Gua Musang.Sebut sahaja Kuli,pasti ramai yang mengenalinya.Faktor Kuli lebih kurang sama seperti pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika PRU 12 lalu.Cuma pengaruh Kuli hanya terbatas di Gua Musang bukan di peringkat nasional.Hanya Bahagian Gua Musang sahaja yang berani mencalonkan Ku li untuk menjadi Presiden UMNO.Ketika Ku Li menjadi Presiden Semangat 46 dahulu,Galas,Paloh dan Nenggiri semuanya jatuh ke dalam tangan Semangat 46.Ramai ahli-ahli UMNO keluar untuk bersama Ku Li.Namun apabila Ku Li menyertai UMNO,mereka juga mengikut jejak langkah yang sama. Itualah pengaruh Ku Li dalam politik negara khasnya Gua Musang.Walaupun ada yang mendesak untuk membawa Ku Li ke jawatankuasa disiplin kerana menyokong Isu Royalti Minyak,lihat sehingga kini tiada tindakan dilakukan.Meletakkan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya merupakan strategi yang amat bijak.Lihat bagaimana Ku Li memimpin BN ketika pilihanraya ini,walaupun ada serangan peribadi,beliau tidak kembali membalas tetapi bertahan dan mematahkan serangan ini.Jawapan beliau cukup ringkas dan memuaskan hati.Saya nampak ini yang perlu dipelajari oleh kita.Seranagn peribadi sebenarnya memakan diri ketika ramai yang memandang tinggi Ku Li.Beliau sanggup merempuh hutan belantara dan berjumpa dengan orang asli untuk berkempen.Tidak ramai ahli politik seperti beliau dalam negara ini,disukai kawan dan lawan.

2. Strategi yang 'tidak kena'
Sejak dari awal kempen lagi,saya sudah dapat merasakan kempen Pas mempuyai masalah.Dari sudut jentera tiada masalah tetapi strategi yang terlalu agresif sebenarnya memakan diri.'Desprate' untuk menang mungkin salah satu sebabnya.Penduduk Galas memerlukan masa menerima Pas setelah kemenangan pada PRU 12 lalu.Banyak strategi memakan diri khasnya di kawasan orang asli.Dalam aspek ini kita perlu menilai kembali strategi yang berkesan yang boleh memikat pengundi khasnya di luar bandar.Serangan peribadi perlu dielakkan kerana ia bakal memberi impak negatif kepada pengundi.Sebenarnya Pas berkelebihan tetapi kita gagal menggunakan kelebihan itu.Walaubagaimanpun,strategi ini perlu diperhalusi agar di masa hadapan kita mampu beroleh kemenangan yang lebih baik.Walaupun ceramah ramai orang mendengarnya,tetapi ia tidak bermakna tanpa sentuhan peribadi bersama pengundi.Saya melihat ini merupakan perkara yang perlu diperhalusi kembali.

3. Isu tempatan vs Isu nasional
Pas terjerat dengan isu tempatan berbanding isu nasional.Walaupun isu nasional berpihak kepada Pas,namun Galas bukan Shah Alam,Petaling Jaya,Seputeh atau bandar-bandar besar yang lain.Orang-orang luar bandar lebih cakna tentang isu-isu disekitar mereka berbanding isu kenaikan harga minyak.Saya nampak banyak isu yang gagal diselesaikan menyebabkan rakyat di Galas kecewa.Isu tanah sebagai salah satu contoh yang mungkin memakan diri Pas jika lambat diselesaikan.Anda boleh rujuk Malaysiakini sebagai contoh untuk hal ini.Pas tewas dikebanyakan kawasan orang asli.Jika isu ini diselesaikan sebelum pilihanraya lagi, sudah tentu undi popular di kawasan orang asli ini mampu dipertahankan.

4. Orang Cina dan 1 Malaysia
1 Malaysia ialah ungkapan yang bakal memerangkap BN tapi ia juga boleh menjadi aset yang berharga kepada BN.Orang Cina di Galas dahulu menyokong Pas tapi pada pilihanraya kali ini,ia menunjukkan sebaliknya.Propaganda ini berkesan memerangkap Pas disebalik Pas terkial-kial mencari isu ampuh untuk di bawa ke Galas.Saya yakin,orang cina di Galas dan di luar Galas lain,tapi ambil ini sebagai pengajaran dan berfikir bagaimana penerangan perlu dilakukan bagi menyedarkan mereka slogan ini retorik semata-mata.

5. Pas tiada isu
Di Manek Urai,Pas membawa isu Royalti Minyak untuk menarik undi.Di Galas semestinya isu ini tidak boleh digunakan kerana Ku Li yang bertindak sebagai 'mentor' berada di pihak lawan.Jadi isu ini tidak dibangkitkan langsung.BN bijak memanipulasi isu tempatan di saat Pas mencari-cari isu yang dapat memberi impak yang besar kepada pengundi.Ketiadaan isu ini merupakan salah satu sebab mengapa Pas gagal bertindak dengan baik di Galas.Isu merupakan propaganda dan ia bakal memberi kesan jika kita menggunakan ia sebaiknya.

~Mahasiwa hari ini,pemimpin masa hadapan~