Assalamulaikum dan salam perjuangan.
Pertandingan debat ukhuwah yang berlangsung selama 5 hari beturut-turut akhirnya melabuhkan tirai semalam.Tidak diduga HS yang tewas kepada IRK sebelum ini tidak disangka-sangka menjadi juara dengan margin 5.Tindakan penganjur membuat perubahan di saat-saat akhir merubah segalanya.Jika diperingkat kumpulan,LAW 1 dan IRK begitu gah memenangi 2 perlawanan,namun kedua-duanya tersungkur pada pusingan separuh akhir.Pada peringkat akhir saya beranggapan Law 2 akan menang,namun yang amat mengejutkan sebaliknya berlaku.Mari kita analisis mengapa kedua-dua 'pasukan pilihan' serta pasukan IRK gagal ke peringkat akhir.
1)Perubahan format petandingan pada saat akhir
Pihak penganjur pada mulanya menyatakan juara kumpulan akan layar ke peringkat akhir.Jika teori ini diguna pakai,LAW 1 dan IRK akan ke peringkat akhir berdasarkan margin 6 dan 5.Namun pihak penganjur mengubah sistem debat kepada peringat separuh akhir terlebih dahulu.Apa yang saya pertikaikan,mengapa sistem ini diubah sedangkan pertandingan peringkat akhir hampir melabuhkan tirai.Mengapa pihak penganjur tidak mengambil pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan!
2)Tajuk tidak ilmiah dan bersifat semasa.
Tidak dinafikan pihak penganjur mengambil tajuk debat berdasarkan debat diraja.Tetapi saya berpandangan dalam kita berdebat biarlah ilmu kita bercambah bukan hanya sekadar debat sahaja.Hanya ada beberapa tajuk sahaja yang saya fikir matang dan boleh dibahaskan.Tajuk yang diberikan pula dilihat 'bias' kepada satu pihak sahaja.Contohnya tajuk ppertandingan akhir iaitu Perkahwinan bukti cinta sejati.Jika anda menjadi pembangkang apa yang ana ingin katakan.Saya tidak nafikan pihak pembangkang juga mempunyai isi tetapi isi mereka tidak sekuat pihak kerajaan.Tajuk pada peringkat separuh akhir juga sama situasinya menyebabkan LAW 1 dan IRK tewas.
3)Kecelaruan konsep
Disini saya analisis mengapa IRK tewas.Facebook:Duri dalam daging.Apa yang menjadi persoalan saya,jika maksud yang kami utarakan betul sekalipun,jika pihak hakim kata salah, maka kami akan kalah juga.Apa sebenarnya maksud duri dalam daging? Ia sama sekali berbeza dengan api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.Inilah mnyebabkan kami tewas disamping masalah kesihatan saya mengganggu perlawanan tersebut.Saya sudah dapat rasakan kami akan tewas jika pemahaman kami berbeza.
Ini adalah analisis semata-mata.Saya mengalu-alukan komen daripada semua pihak yang sudi memberikan pandangan.Apa yang menyedihkan sepanjang penglibatan saya dalam debat ialah saya tewas kerana ditipu penganjur iaitu semasa di sekolah rendah apabila sekolah kami tiba-tiba ditarik kemenangan dan debat rafest.Jadi ingin saya katakan,SAYA TIDAK AKAN TERLIBAT DAN MASUK LAGI DENGAN MANA-MANA PERTANDINGAN DEBAT DAN BERSARA SEPENUHNYA DARI PERTANDINGAN INI!!!!
Followers
Sunday, January 10, 2010
Debat Rafest:Suatu Analisis
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam'alaik..erm..berdasar analisis nta yg ana bru je bc..
p'soalan ana..
1)knape pihak penganjur mengeluarkan tajuk yg SUNGGUH xrelevan lgsg u diperdebatkan..tajuk2 mcm 2 bkn sj xm'buka minda malahan xm'cbr lgsg.
2)ape yg pihak pembangkang perlu bangkang mengenai tajuk 2?
Salam,
Umi setuju dgn anakanda.Kenapa tidak adakah tajuk yang lebih ilmiah?
Pihak penganjur tidak sedar atau separa sedar,pendebat-pendebat ini sudah berada di university?
Tak apa teruskan perjuangan.Pentas pembangkang menanti kedatangan anak muda seperti anakanda..
salam alaik,
baguslahlah RAFEST nilai ade debat, kat PJ xda pon////
Pasl depat, same gak kes2 debat dalam studrnt LEVEL 6. banyknya tajuk2 debat antara kelas dan tajuk argumentative ada;lah bias.dan tidak mencanbah pemikiran mahasswa, seperti tajuk darjah 6 sahaja.
em....
persoalan saya adalah :
1. rasanya, smua tajuk perdebatan kdg2 bias sebelah kerajaan or pembangkang..rasanya encik lebih pakar dlm pertandingan debat ni.
2. DEBAT "RAFEST" JE pon, nak heboh2 knapa pulak?
3. apa saja tajuk yang diberi, haruslah diterima dengan adanya oleh peserta..tiap2 tajuk boleh kita ilmiahkan walaupun tidak ilmiah..sebagai contoh, pd pertandingan akhir, TAJUK : PERKAHWINAN BUKTI CINTA, pihak kerajaan menggunakan "PERLAMBANGAN" sekaligus menjadikan usul ini menjadi satu benda yang ilmiah..mereka menggunakan ekonomi Malaysia-China, bukn kepada perkahwinan/cerai..jadi, pihak pembangkang perlu bersedia..apa salah budaK HS?
4. terimalah kekalahan dgn hati yang terbuka..mungkin kekalahan ini mengajar kita.."mungkin ada hikmah disebalik kekalahan",cek balik, niat berdebat apa..ikhlas atau nak menunjuk-nunjuk?
fikir-fikirkanlah....
hem,
dhla x tengok debat final, nak komen2 pulak..budak LAW pun dh mengaku kalah dengan HS bila perlambangan di guna pakai...kamu salah ulas..
salam..sekadar berkongsi pendapat..walaupun sudah lama berlalu debat tersebut,namun saya terpanggil untuk menjelaskan segala kekeliruan y tlh diutarakan di blog ini,.Firstly,PERUBAHAN DISAAT AKHIR.Ape y dpt sye ulas adalah menjadi hak penganjur untuk melakukan sebarang perubahan dan juge untuk berlaku adil agar pasukan yang berjaya ke final is qualified.Sementare itu berkaitan dengan usul y tidak ilmiah...ingin sye nyatakan bahawe usul2 perdebatan adalah berikut:1)BOLA SEPAK MALAYSIA: HAMPAS BUKAN TERAS,2)BIOTEKNOLOGI PEMANHGKIN EKONOMI NEGARA,3)FACEBOOK:DURI DALAM DAGING,4)MANSUH PPSMI BUKAN LANGKAH TERBAIK,5)AFDLIN SHAUQI:P.RAMLEE MASA KINI DAN USUL DI PENTAS FINAL:PERKAHWINAN BUKTI CINTA(ada lagi beberapa usul y tdk disebut)..jika kita teliti dalam analisis y dilakukan dan bersikap objektif,usul2 y dibentangkan adalh merangkumi pelbagai aspek iaitu ekonomi,hiburan,isu semasa,dan sukan.Jadi,tidak timbul isu kurang ilmiah kerana usul y dibentangkan sesuai diperingkat amatur dan menjadi kesilapan dan kelemahan para pendebat y gagal dalam pembentangan hujah y mantap,bukan pada usul.Mengenai isu bias atau berat sebelah,ingin di tekankan di sini ketika Hs vs Irk di pusingan ke dua,dengan usul bioteknologi pemangkin ekonomi negare,jelas usul memihak kepada kerajaan y diwakili Irk.di tambah pula dengan bilangan juri y hanye seorang,jelas berlaku ketidak adilan dan ketelusan dalam penghakiman.Justeru ape y ingin ditekankan adalah dalam perdebatan menang atau kalah terletak kepada kebijaksanaan para pendebat untuk memanipulasi hujah2 dan setiap usl mempunyai peluang 50/50..jadi kalau tidak tahu menari jgn lah disalhkan lantai y tidak rata pula..di pentas final pula..pihak pembangkang mempunyai peluang y cukup besar untuk menang sekiranye membidas segala hujah2 pihak kerajaan namun mereka twas kerana hjah y dibawa tidak memadai ditambah dengan kejutan y dilakukan oleh pihak kerajaan..Ape2 pon,pemimpin y kuat tdk mudah menyrah dgn ujian sekecil ini.Malulah menggelar diri ini pemimpin jika kekalhan sekecil ini menjadi alasn untuk tidal lagi menyertai debat di masa hadapan.Semua pasukan y menyertai diakui mempunyai kelebihan masing2 namun tuhan juga y berkuasa di atas segalanye..jika diambil hikmah diatas setiap y berlaki itu,nescaye tidak timbul perasaan tidak puas hati atau sewaktu dengannye sebaliknye menganggap ianye merupakan tarbiyaah drpd tuhan diats niat mahupun segala perkare y tdk disedari,zahir atau batin..sekadar pendapat..peace no war...
Salam sejahtera.
Ingin saya ulas komen yang dibangkitkan.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas komen anda berikan.Saya amat menghargai setiap komen yang di berikan oleh pengunjung yang sudi datnag ke blog saya.Baik,rafest sudah berlalu.dan kita juga sudah tahu siapa pemenangnya.Post yang sy berikan tempoh hari adalah sebagai satu pandangan sisi saya.Berbagai komen bercampur baur diutarakan.Pada saya perlambangan itu mesti relevan dengan situasi.Adakah hubungan antara negara itu juga diibaratkan sebagai perkahwinan? Saya fikir perlambangan bg egara ini ialah seperti tanah melayu 'berkahwin' dengan sabar sarawak dan membentuk Malaysia.Sama situasi dengan Singapura dan bercerai dengan Malaysia bg menubuhkan negara sendiri.Yang kedua,tentang tajuk.Saya bersetuju bahawa ia bergantung kepada kreativiti pendebat untuk mengolah walau apa cara sekalipun tajuk yang diberikan.Saya ingin bertanya,jika kita berdegar degar mempertahankan hujah afdlin shauki atau menentangnya sekalipun apa yang kita akan dapat.Berbahas soal pencapaian,gaya,dan lain-lain hanya membuang masa.Afdlin shauki tetap begitu dan P.Ramlee telah mati.Itu jawapanya.Saya juga berpendirian bahawa biarlah tajuk itu seimbang dan jika berat kepada kami,kita bersama menentang.Tentang penganjur,saya ingin tegaskan disini,kita perlu berpengan pada apa yang dikatakan sebelum ini.Ya.itu hak penganjur tetapi adakah kami hanya mampu ikut sedangkan tiada hak bersuara ibarat lembu dicucuk hidung.Satu yang menghairankan saya jika ada kumpulan menarik diri akan didenda mengikut akta fscc.Mana akta tersebut???? Buktikan???Seolah olah kita menjadi boneka pihak penganjur pula.
Post a Comment