Followers

Wednesday, October 13, 2010

Merungkai sebahagian soalan untuk masa hadapan

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60an?
Tujuan post ini ditulis bukan untuk mengeruhkan keadaan.Saya sudah agak ramai yang akan mengecam saya jika saya mengeluarkan post itu semalam.Sebab itu saya kata dari awal,saya mengharapkan komen dan cadangan.Terima Kasih kepada yang memberi komen tersebut.Ingin saya tegaskan sekali lagi,saya amat terbuka kepada sesiapa yang ingin mengkritik saya dan menghentam saya.Tajuk yang saya berikan mungkin nampak tidak sesuai sebahagian penyokong Fahmi sebenarnya.Tapi tajuk saya itu berbentuk soalan,bukan untuk memperlekehkan Student Power.Sama sekali tidak! Apabila anda datang ke program ceramah atau seminar,apa yang anda bawa pulang terpulang kepada apa yang anda fikir sendiri.Saya bersetuju dengan apa yang Fahmi cakap bahawa jawapan itu kembali kepada kita kerana kita mahasiswa kini.Tentang ideologi yang saya katakan,saya tidak tuduh anda sosialis dan sebagainya.Cuma saya tidak bersetuju tentang pandangan anda tentang politik termasuk politik kampus.Saya tidak bersetuju dengan non partian anda termasuk pro-m dan pro-a.Itu cuma pandangan saya dan terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.Saya juga tidak bersetuju bahawa pemimpin hari ini boring dalam pengucapan mereka seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain.Bagi saya Anwar Ibrahim merupakan pemidato yang hebat yang ada pada hari ini.Beliau mampu memrubah landskap politik negara pada tahun 2008.Itu pandangan saya dan bukan bererti saya fanatik Anwar Ibrahim.

Perlu belajar dengan mereka
Saya katakan sekali lagi,saya bersetuju dengan Fahmi tentang apa yang dibawa untuk mengimbau kembali sejarah yang digelapkan.Saya amat berterima kasih! Bukan sahaja sejarah gerakan mahasiswa tetapi sejarah Malaysia sebenarnya.Saya merasakan saya telah ditipu oleh matapelajaran yang dinamakan sejarah itu di sekolah rendah dan menengah.Perlu ada golongan yang kembali memperjuangkan kebenaran sejarah.Keberanian itu perlu diteladani.Kita perlu belajar dengan sejarah dan itu guru yang terbaik untuk kita.Kita juga perlu belajar bagaimana mereka mampu mempengaruhi massa bersama dengan mereka.Tetapi zaman sudah berubah dan kita perlu menguasai perimeter zaman tersebut.

Berlapang dada dalam menerima pandagan orang itu wajar!
Kadang-kadang,ada juga manusia yang tidak boleh menerima pendapat orang lain.Pendapat dia sahaja betul.Dalam berdiskusi anda kadang-kadang perlu anda perlu menganggap bahawa semua pendapat itu betul.Ilmu yang ada di dunia ini luas,dan perbezaan pendapat itu mencambahkan ilmu yang lain sebenarnya.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya hari ini,tetapi kita perlu faham kita bukan sesiapa.Saya tidak pernah langsung berkata semua pendapat saya adalah terbaik dan betul.Kadang-kadang kita juga melakukan kesilapan.Saya mengharapkan perbincangan itu sihat tetapi lain pula yang jadi.Saya sudah agak dan saya sudah fikirkan apa yang terjadi.Kita perlu matang dalam menerima pendapat orang lain.Saya pun tidak pernah mengkritik apa yang Fahmi pakai dan sebagainya.Itu hak masing-masing.Don't judge a book by its cover..

Student Power
Syabas dan credit kepada Fahmi Reza yang berani memberi public lecture ini.Pada pandangan saya,budaya ini perlu diteruskan dalam memberi pandangan.Saya mendoakan anda mampu kembali ke UM dan UITM untuk memberi public lecture ini.Anda boleh abaikan pendapat saya jika ia merupakan satu liabiliti kepada anda.Setiap manusia berlainan pandangan dan pendapat.Kita raikan bersama.Saya dahagakan perbincangan yang sihat dan terbuka.Walaupun ada yang saya tidak bersetuju tetapi kita tidak boleh menutup telinga bagi mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak yang kita tidak setuju itu.Saya meminta maaf jika tulisan ini gagal mengeruhkan keadaan.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

0 comments:

Post a Comment