Followers

Thursday, January 20, 2011

Mahasiswa UIAM perlu berani perjuangkan hak!

Mahasiswa merupakan entiti penting dalam landskap pembinaan sesebuah masyarakat dalam negara.Mereka merupakan golongan pendesak dan suatu ketika dahulu menjadi agen jurubicara rakyat.Sejarah menceritakan pelbagai suka dan duka dibawa golongan intelektual ini dalam memastikan hak mahasiswa dan rakyat dapat diperjuangkan.60-an dan 70-an merupakan titik penting dalam sorotan ini dan anak muda ketika itu bangkit menentang ketidakadilan dalam sistem pemerintahan negara pada ketika itu.Namun,sejauh mana mahasiswa hari ini mengambil berat hal-hal sedemikian? Hanyak kelompok minoriti yang masih berani memperjuangkan hal ini.Sedih apabila melihat mahasiswa kini dikurung jasad dan roh perjuangan mereka yang akhirnya kita hanya lihat mahsiswa yang paginya pergi kelas,malamnya belajar dan tidur.Mereka akan mengulangi perkara yang sama sehingga graduasi nanti.Ya,itulah peranan sebenar mahasiswa bukan? Iaitu belajar! Hakikatnya, mahsiswa sebenarnya bukan dilahirkan di meja belajar tetapi mahasiswa itu lahir dari medan perjuangan.


Mahasiswa UIAM hari perlu mempunyai anjakan paradigma yang baru.Anjakan yang dimaksudkan ialah bukan hanya menjadi pelajar semata-mata tetapi perlu lebih daripada itu.Lapangan kita bukan sekadar di meja belajar dan dalam nota akademik tetapi lapangan kita jauh dari itu.Mereka lupa disamping menjadi pelajar,mereka juga mempunyai hak dalam menentukan baik dalam kampus atau di luar kampus.Ini yang tidak diambil endah oleh kebanyakkan mahasiswa baik di UIAM mahupun di luar.Realitinya,mahasiswa khususnya diperkotak-katikan oleh pentadbiran universiti.Kita tidak mahu menjadi entiti sepeti lembu dicucuk hidung,hanya mengikut apa yang disuruh.

Kita sudah tentu tidak lupa bahawa sistem pilihanraya dalam kampus merupakan sistem terburuk dalam sejarah negara.UIAM tidak terlepas dari sistem ini bahkan lebih teruk daripada kampus-kampus lain.Peraturan diubah-ubah sesuka hati,sistem e-voting,tidak boleh mewakili entiti-entiti tertentu dan banyak lagi memberi gambaran hakikatnya demokrasi itu dipermain-mainkan disini.Hasilnya,anda akan lihat peratusan undi yang rendah,kempen yang lesu akibat banyak sekatan dan sebagainya.Kampus Pusat Asasi juga ditarik hak demokrasi dan majlis perwakilan pelajar hanya dibuat melalui proses temuduga.Kesemua ini merupakan sebahagian daripada coretan yang berlaku salah satu kampus di Malaysia.Walaupun hakikatnya UIAM 'terlepas' daripada AUKU,namun peraturanya lebih kurang sama dengan AUKU.

Mahasiswa merupakan aset kepada negara umumnya.Kita tidak mahu golongan ini dipergunakan untuk tujuan politik sempit sesetengah pihak.Tidak kira daripada Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa,kita menginginkan demokrasi yang sihat dalam kampus kita.Mahasiswa hari ini lebih mengambil berat aspek kebendaan daripada memperjuangkan hak meraka.Hakikatnya,hari ini mahasiswa sudah lesu,longlai dan beku dalam memperjuangkan hak mereka kerana idelisme mereka sudah lama di penjara.Bangkitlah mahasiswa menuju 2011 dengan lebih berani dan bijak.Menjadi suatu kerugian jika golongan ini gagal dimanfaatkan sebaiknya.

-Mahasiswa hari ini,Pemimpin masa hadapan-

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

0 comments:

Post a Comment