Followers

Saturday, May 7, 2011

Ibu: Tarbiyahlah anakmu

Diambil daripada kertas kertas kerja/tazkirah Ustaz Nasaruddin Tantawi

Kasih ibu terhadap anaknya tidak bermusim , berbeza kasih anak buat ibu hanya pada saat dan tika tertentu .

Barangkali lah [ pada hemat saya ] , dunia hari ini perlukan "hari ibu" untuk memaut ingatan dan kasih insan bergelar anak buat ibu mereka .

Dunia seperti insaf betapa hari ini ibu menjadi bahan antik yang disimpan atau diperosok ke rumah orang - orang tua dan sebahagiannya ditinggal sendirian membilang hari mati .

Kecil sizenya dan sedikit pula jumlahnya buat manusia bertaraf ibu yang mampu mengecap kebahagiaan disamping anak - anak hingga ke akhir hayat mereka .

Hanya anak - anak yang soleh/ah memiliki keupayaan menjaga dan membelai sang ibu biar usia memamah seri wajahnya sehingga sang ibu ini menghembuskan nafas akhirnya dengan tenang di pangkuan anak .

Namun anak yang sanggup bertahan dengan karenah ibu tua bukan mudah dicari . Saya membenarkan kata - kata entah dari siapa yang mengatakan : Ibu seorang boleh membelai dan membesarkan sepuluh orang anaknya namun anak yang sepuluh ini belum tentu dapat membelai dan menjaga ibunya yang seorang .

Sempena hari ibu ini , selain saya turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia kepada semua insan bergelar ibu khasnya ibu saya Siti Mariah bt Derani, suka saya mengucapkan jua suatu yang berlainan dari ucapan orang lain .

Ucapan yang saya maksudkan itu ialah " Ibu ! Tarbiyahlah anak - anakmu agar mereka menjadi insan yang soleh dan seterusnya turun ke medan lantas berjuang untuk menegakkan agama Allah swt . Saya kira , anak seperti inilah akan membuatkan ibu bangga dan bahagia ."

Firman Allah swt :


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya ( penyejuk mata hati ), dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang bertaqwa.


( Surah al Furqan . Ayat : 74 )


Anak adalah anugerah Ilahi yang menjadi amanah ke atas setiap ibubapa , bukan sahaja untuk mengasihinya bahkan juga memelihara dan mendidik agar ia membesar sebagai insan yang soleh dan bertaqwa kepada Allah swt. Justeru itu , Nabi saw menegaskan :[1]


ما من مَوْلُودٍ إلا يُولَدُ على الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أو ينصرانه أو يُمَجِّسَانِهِ


Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah . Maka ibubapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi , Nasrani atau Majusi .


( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim )


Anak adalah merupakan asset atau permata hidup kita. Mereka membantu hayat rumah tangga kita dan juga keceriaannya . Mereka jugalah penyambung warisan keluarga dan ummah , malah Nabi saw. sangat berbangga dengan ramainya jumlah ummat Baginda di akhir zaman . Sabda Rasulullah saw. [2]


تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم


Kahwinilah oleh mu akan isteri yang penyayang dan boleh melahirkan anak , maka sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummat.


( Riwayat Abi Daud dan an Nasa’I )


Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak bukan suatu yang mudah , sementelah pula kita hari ini terpaksa membesarkan anak di zaman yang terlalu rosak persekitarannya.[3]


Ibubapa perlu memberikan komitmen yang tinggi terhadap pendidikkan anak yang pastinya tidak terhad kepada memberi pelajaran akademik tetapi juga mendidik jiwa mereka agar sedia untuk melaksanakan suruhan Ilahi .


Melengkapkan asuhan mereka sehingga mampu memiliki keperibadian mulia sebagai benteng kukuh menghalang pencemaran akhlak dewasa kini.


Terlebih penting ialah memiliki Aqidah yang benar dan Spiritual yang yang mantap agar mereka selamat pula dari gejala riddah dan ajaran sesat yang kian luas menular .


Pengajaran dari wasiat Lukmanul Hakim .


13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".


14. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).


15. Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya Engkau mempersekutukan denganku sesuatu Yang Engkau - Dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah Engkau taat kepada mereka; dan bergaulah Dengan mereka di dunia Dengan cara Yang baik. dan Turutlah jalan orang-orang Yang rujuk kembali kepadaKu (dengan Tauhid dan amal-amal Yang soleh). kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu Segala Yang kamu telah kerjakan.


16. (Luqman menasihati Anaknya Dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau Yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di Dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana Sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi amat meliputi akan Segala Yang tersembunyi.


17. "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan Yang mungkar, dan Bersabarlah atas Segala bala bencana Yang menimpamu. Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat melakukannya.


18. "Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, danjanganlah Engkau berjalan di bumi Dengan berlagak sombong; Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.


19. "Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".


Intisari Tarbiyyah dari Wasiat Luqman :


· Membina Aqidah kukuh agar tidak syirik .

. Asuhan agar mentaati Ibu bapa .

· Meyakini pembalasan Ilahi. ( syurga neraka & dosa pahala )

· Melaksanakan Ibadah asas seperti solat

· Mencegah dari terjerumus ke lembah maksiat .

. Sabar menghadapi apa jua musibah tatkala melayari bahtera kehidupan .

· Jauhi sifat tercela seperti Takabbur dsbnya.

· Hiasi diri dengan sifat mahmudah seperti merendah diri dsbnya.

Inilah silibus utama dalam Pendidikan Anak yang perlu kita laksanakan.


Antara lainnya sabda Rasululullah saw. :[4]


مُرُوا أَوْلادَكُمْ بِالصَّلاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عليها وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ في الْمَضَاجِعِ


Perintah anak – anak kamu supaya mendirikan solat sedang usia mereka telah meningkat 7 tahun dan pukullah mereka ( jika mereka enggan ) apabila umur mereka meningkat 10 tahun dan asingkan tempat tidur mereka ( lelaki dan perempuan )


( Hadis Sohih Riwayat Imam Ahmad , Abi Daud , al Hakim dan al Baihaqi )


PETUA ALIM ULAMA’ DALAM MENDIDIK ANAK .[5]


ANAK NAKAL .


1. Baca Surah al Fatihah dan hadiahkan kepada Baginda Rasulullah saw.
2. Selawat al Fatih : 100 kali
اللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَ الْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ وَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَ الْهَادِيْ إِلىَ صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمَ وَ عَلَى آلِهِ وَ أَصْحَابِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَ مِقْدَارِهِ اْلعَظِيْمِ .
3. Surah Aali Imran . Ayat : 83 [6]
4. Ayat al Kursi . 170 kali
5. Surah at Taubah . Ayat 46 : 100 Kali .



Ayat – ayat tersebut dibaca pada air dan gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian .


ANAK DEGIL .


Baca ayat “ Salam Yassin ” : Ayat ke 58 dari surah Yassin .
Baca atau amalkan ayat ini tatkala matahari hampir terbenam atau di tengah malam jumaat sebanyak 313 kali . Sebelum membacanya , terlebih dahulu baca surah al Fatihah sebanyak 5 kali di hadiahkan kepada Rasulullah saw , Alim Ulama’ , Para Syuhada’ , Ibu bapa dan muslimin muslimat seluruhnya.


MELAHIRKAN ANAK YANG MENJAUHKAN DIRI DARI MAKSIAT.


Kepada pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata , hendaklah memperbanyakkan membaca surah at Taubah . Semoga anak yang bakal lahir menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa.


Semoga Allah memberkati kita semua .


[1] Sohih Bukhari Jil. 1 / Mukasurat 456 . Hadis No. 1293 ( Terbitan Dar Ibnu Kathir 1987 / cetakan ketiga ) Sohih Muslim . Jil . 4 / Muka surat 2047 . Hadis No. 2658 ( Terbitan Ihya’ Turas al A’rabi )
[2] Sunan Abi Daud . Jil. 2 / Muka surat 220 . Hadis No : 2050 . Terbitan Darul Fikri . Sohih . di keluarkan oleh an Nasa’I dlm Kitabun Nikah Bab Karahiyatun Tazwijul A’qim . Jil .6 Muka surat 373 . Hadis No. 3227
[3] Terdedah kepada gejala social yang merosakkan akhlak dan moral , malah turut mengancam aqidah dengan pelbagai sogokan ideology dan ajaran yang asing dari Manhaj an Nabawiyyah ( antara contoh : Sebagaimana kes murtad yang didedahkan oleh Mastika bln Oktober 2006.)
[4] Sunan Abi Daud . Jil 1 / Muka surat : 133 . Hadis No. 495 Terbitan Darul Fikri . Musnad Imam Ahmad . Jil . 2 / muka surat 180 hadis No. 6689 al Hakim dalam Al Mustadrak . Jil . 1 / muka surat 197 dan Sunan al Baihaqi . Jil 3 / muka surat 84
[5] Rujuk buku : Amalan Pelembut Hati . Susunan al Ustaz Hanif bin Hj. Ghazali . Terbitan Madrasah Zubaidiyyah . Merbok Kedah .
[6] Imam Tabarani meriwayatkan hadis daripada saiyidina Anas bin Malik Bahawa nabi saw. telah bersabda :
من ساء خلقه من الرقيق و الدواب و الصبيان فاقرءوا في أذنه :

Monday, January 24, 2011

"Kisah Sultan Abdul Hameed II Pemimpin Khilafah Islam Terakhir.

"Kisah Sultan Abdul Hameed II Pemimpin Khilafah Islam Terakhir.

Sejarah Islam yang kita patut tahu.

Antara lain tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khilafah Othmaniah Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean.

Namun begitu selepas berabad-abad, pengaruh itu beransur pudar. Menjelang masa-masa kejatuhannya, muncul pemimpin Khilafah Othmaniah iaitu Sultan Abdul Hamid II. Dengan segala kuasa yang ada, ia cuba untuk terus mempertahankan pemerintahan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya dari bahaya yang semakin mengancam, khasnya dari kekuatan Barat dan Yahudi.

Sultan Abdul Hamid II dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama lengkapnya adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan dan merupakan anak kedua Sultan Abdul Majid I (dari isteri keduanya).

Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hamid sejak muda, sudah boleh berbahasa Turki, Arab, dan Parsi di samping mengetahui bahasa Perancis. Dia juga gemar mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi.

Sewaktu orang tuanya, Sultan Abdul Majid meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz telah diangkat menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak terlalu lama memegang jawatan Khalifah. Dia dipaksa berhenti dari jawatannya dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Othmaniah.

Penggantinya adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, namun dia pun disingkirkan dalam masa yang singkat kerana dianggap tidak layak. Pada tarikh 31 Ogos 1876, Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah menggantikan saudaranya, Murad V.

Umat memberikan baiat dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia telah berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hingga tahun terakhir memerintah pada 1909, dia tinggal di Istana Yildiz. Abdul Hamid menyedari, seperti yang diungkap dalam catatan hariannya, tentang pembunuhan bapa saudaranya dan pergantian kepimpinan yang selalu disebabkan adanya konspirasi menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).

Para sejarawan mengkaji secara mendalam tentang perwatakan Abdul Hamid. Menurut mereka, Abdul Hamid mewarisi jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting.

Dia juga menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan konspirasi, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang terus terjadi.

Diperalat oleh orang kepercayaannya sendiri.
Cubaan pertama yang dihadapi Abdul Hamid adalah Midhat Pasha (1822-1885). Ada dakwaan bahawa Midhat berasal dari kaum Yahudi Dunnama.

Midhat Pasha terlibat secara rahsia dalam usaha penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hamid melantik Midhat Pasha sebagai ketua Majlis Menteri-Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu.

Abdul Hamid memerlukan jaminan untuk pemerintahannya stabil. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi keras kepala. Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas disingkirkan, ia meninggal dunia. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai.

Pasukan Khilafah Usmaniah membuat persiapan untuk menjadi pasukan ketiga terkuat di dunia dengan kekuatan tentera darat mencapai 700,000 orang. Sultan Abdul Aziz juga melawat Mesir, Perancis, Inggeris, dan Jerman.

Tujuan lawatan itu ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia. Tujuan lain adalah untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia.

Tidak lama kemudian, Inggeris mencadangkan diadakan pertemuan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan ‘perdamaian’ di Balkan. Perjanjian pertemuan akhirnya memaksa Khilafah Usmaniah untuk melaksanakan beberapa reformasi.

Maka, Midhat Pasha menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Termasuk di dalamnya pembentukan sebuah perlembagaan demokrasi dan undang-undang sekular.

Dikelilingi oleh negara-negara besar, undang-undang itu jelas bertentangan dengan Islam, yang jika dilaksanakan akan bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara-negara Eropah lain.

Abdul Hamid, para ulama serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah menolak memenuhi desakan negara-negara besar. Inggeris berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. Untuk menghalang niat jahat ini, Abdul Hamid cuba mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari belenggu Midhat.

Midhat didakwa merancang pembunuhan Sultan Abdul Aziz. Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Usmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan akan membuat Russia lebih kuat dan lebih berbahaya.

Pada waktu itu Balkan yang merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan Daulah Islam Othmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan Austria. Abdul Hamid berusaha membangkitkan penduduk Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi ketika perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan lain dan mengenepikan Daulah Islam Usmaniah. Ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hamid menyedari bahawa persekongkolan untuk memusnahkan Negara Islam Usmaniah lebih besar daripada yang disangkakan.

Persekongkolan itu melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Dari dalam, adalah Panglima Pasukan Awni Pasha yang cuba mengheret Daulah Islam Usmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hamid. Abdul Hamid mengetahui jika terjadi peperangan, maka Rusia, Inggeris, Austria, Hungary, Serbia Montenegro, Itali, dan Perancis akan menyerang kerajaan Usmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas. Kejatuhan Daulah Islam Othmaniah tinggal menunggu waktu.

Thursday, January 20, 2011

Mahasiswa UIAM perlu berani perjuangkan hak!

Mahasiswa merupakan entiti penting dalam landskap pembinaan sesebuah masyarakat dalam negara.Mereka merupakan golongan pendesak dan suatu ketika dahulu menjadi agen jurubicara rakyat.Sejarah menceritakan pelbagai suka dan duka dibawa golongan intelektual ini dalam memastikan hak mahasiswa dan rakyat dapat diperjuangkan.60-an dan 70-an merupakan titik penting dalam sorotan ini dan anak muda ketika itu bangkit menentang ketidakadilan dalam sistem pemerintahan negara pada ketika itu.Namun,sejauh mana mahasiswa hari ini mengambil berat hal-hal sedemikian? Hanyak kelompok minoriti yang masih berani memperjuangkan hal ini.Sedih apabila melihat mahasiswa kini dikurung jasad dan roh perjuangan mereka yang akhirnya kita hanya lihat mahsiswa yang paginya pergi kelas,malamnya belajar dan tidur.Mereka akan mengulangi perkara yang sama sehingga graduasi nanti.Ya,itulah peranan sebenar mahasiswa bukan? Iaitu belajar! Hakikatnya, mahsiswa sebenarnya bukan dilahirkan di meja belajar tetapi mahasiswa itu lahir dari medan perjuangan.


Mahasiswa UIAM hari perlu mempunyai anjakan paradigma yang baru.Anjakan yang dimaksudkan ialah bukan hanya menjadi pelajar semata-mata tetapi perlu lebih daripada itu.Lapangan kita bukan sekadar di meja belajar dan dalam nota akademik tetapi lapangan kita jauh dari itu.Mereka lupa disamping menjadi pelajar,mereka juga mempunyai hak dalam menentukan baik dalam kampus atau di luar kampus.Ini yang tidak diambil endah oleh kebanyakkan mahasiswa baik di UIAM mahupun di luar.Realitinya,mahasiswa khususnya diperkotak-katikan oleh pentadbiran universiti.Kita tidak mahu menjadi entiti sepeti lembu dicucuk hidung,hanya mengikut apa yang disuruh.

Kita sudah tentu tidak lupa bahawa sistem pilihanraya dalam kampus merupakan sistem terburuk dalam sejarah negara.UIAM tidak terlepas dari sistem ini bahkan lebih teruk daripada kampus-kampus lain.Peraturan diubah-ubah sesuka hati,sistem e-voting,tidak boleh mewakili entiti-entiti tertentu dan banyak lagi memberi gambaran hakikatnya demokrasi itu dipermain-mainkan disini.Hasilnya,anda akan lihat peratusan undi yang rendah,kempen yang lesu akibat banyak sekatan dan sebagainya.Kampus Pusat Asasi juga ditarik hak demokrasi dan majlis perwakilan pelajar hanya dibuat melalui proses temuduga.Kesemua ini merupakan sebahagian daripada coretan yang berlaku salah satu kampus di Malaysia.Walaupun hakikatnya UIAM 'terlepas' daripada AUKU,namun peraturanya lebih kurang sama dengan AUKU.

Mahasiswa merupakan aset kepada negara umumnya.Kita tidak mahu golongan ini dipergunakan untuk tujuan politik sempit sesetengah pihak.Tidak kira daripada Aspirasi dan juga Pro-Mahasiswa,kita menginginkan demokrasi yang sihat dalam kampus kita.Mahasiswa hari ini lebih mengambil berat aspek kebendaan daripada memperjuangkan hak meraka.Hakikatnya,hari ini mahasiswa sudah lesu,longlai dan beku dalam memperjuangkan hak mereka kerana idelisme mereka sudah lama di penjara.Bangkitlah mahasiswa menuju 2011 dengan lebih berani dan bijak.Menjadi suatu kerugian jika golongan ini gagal dimanfaatkan sebaiknya.

-Mahasiswa hari ini,Pemimpin masa hadapan-

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Wednesday, January 19, 2011

Siapa sebenarnya pemimpin yang sejati?

"Jika dahulu, para sahabat R.A sangat takut jika dipilih menjadi seorang pemimpin, tetapi sekarang, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi pemimpin. Semua mengaku yang terbaik dan sanggup menjatuhkan lawannya dengan apa cara sekalipun!

Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).
Memilih pemimpin bukanlah perkara remeh, sebab calon yang dipilih itulah yang akan membawa tag pemimpin rakyat untuk membuat dan menjalankan dasar-dasar yang menentukan nasib ribuan malah jutaan jiwa umat. Suka tidak suka, calon yang terpilih itulah yang akan menulis dakwat sejarah di negeri ini. Walau apapun sejarah itu masih tanda tanya besar, apakah akan menjadi dakwat emas yang sentiasa dikenang atau dakwat hitam yang sentiasa dikenang dengan kenangan hitam. Mampukah dia menjadi pemimpin sejati atau menjadi pemimpin yang mengkhianati amanat rakyat.

Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus kita sedari juga bahawa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Oleh itu, ia memerlukan kecekapan, kelayakan dan aktiviti yang utama untuk memimpin bawahannya.

Melihat ciri-ciri pemimpin, sebagai seorang Muslim, tentu kita tidak boleh sembarangan memilih pemimpin. Jangan sampai ibarat “memilih kucing dalam karung” yang kemudian hari akan mencalarkan kita semula.

PERANAN SEORANG PEMIMPIN

Menurut perspektif Islam ada dua peranan yang dimainkan oleh seorang pemimpin:

1. Pelayan (khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu perkara tersebut sebagai tanda kemuliaan. Kerana pemimpin yang baik adalah pemimpin yang boleh berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya.

Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia membelanjakan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berfikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya.

Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW.Bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

2. Pemandu (muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk selamat sampai di tujuan tentu saja itu baru tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam.

CIRI-CIRI PEMIMPIN DALAM ISLAM

Perlu disedari, dalam memilih pemimpin ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah terhadap pilihan kita. Di sinilah pentingnya seorang pemilih mengenal calon pemimpinnya agar boleh mengetahui kesesuaiannya dengan watak pemimpin ideal yang ditetapkan oleh Islam. Kalau ternyata sesuai, maka jangan segan memberikan undi.

Di antara ciri-ciri pemimpin dalam Islam, iaitu:

1. Jujur
Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya sentiasa selari.

2. Kompotensi
Kompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika dia benar-benar meyakini bahawa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.

3. Inspirasi
Seorang pengikut akan merasakan ‘selamat’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa selesa dan menimbulkan rasa optimis walau seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.

5. Rendah hati
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riya) serta tidak merendahkan orang lain.

6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.

Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di, RA mengatakan,
“Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya, padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak ideanya,” Maka bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. ” (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan yang selain Baginda? “
7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya
Kapasiti ilmiah serta rasa sensitiviti yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan menimbulkan retorik yang baik, tetapi juga kemampuan memilih perkara yang akan dilempar kepada awam serta timing yang tepat semasa melemparkannya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah dasar yang tepat dalam sebuah keadaan yang memang diperlukan oleh rakyat yang dipimpinnya.

RAHSIA KEKUATAN PEMIMPIN

1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luas
Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad S.A.W dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, fikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah.
Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibaan, ketawadhuan, kesabaran, optimisme, dan tawakal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.

3. Teladan
Ketika Rasulullah S.A.W mengajak para sahabat berjihad, beliau bertempur paling depan, paling ringan bersedekah dan hidup paling bersahaja. Ketika Rasulullah S.A.W menyuruh bertahajud, beliaulah yang kakinya bengkak kerana banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah S.A.W mengajak umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, beliaulah manusia yang paling mulia akhlaknya.

CIRI-CIRI PENGIKUT DALAM ISLAM

1. Taat
Seorang pengikut harus patuh kepada pemimpin. Setelah pemimpin dipilih melalui jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali pemimpin telah melanggar ketentuan Allah dan membuat kerosakan).

2. Dinamik dan kritis
Seorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu mengikut membuta-tuli atau sekadar ikut-ikutan.

RENUNGAN

Bagi pemimpin dan calon pemimpin masa depan, amanah yang anda pikul bukanlah suatu kemegahan dan kebanggaan.

Maka jadikanlah janji Allah memasukan pemimpin yang adil dalam SyurgaNya sebagai sumber tenaga hidup anda.

Dan bagi kita yang akan memberikan pilihan dan selanjutnya akan dipimpin, marilah kita sedari bahawa peluang kita hanya sekali untuk melakukan pilihan dengan tepat. Setelah itu, kemampuan kita dalam menentukan arah kepimpinan tidak sekuat semasa kita memilih. Setidaknya, kita telah berusaha melakukannya. Dan yang pasti, pilihan kita akan kita pertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Tuesday, January 18, 2011

Harga barang naik? Ini Jawapanya..

"Pakar Matematik Gunaan, Profesor Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin menyangkal dakwaan di sebalik alasan-alasan yang dikemukakan berhubung kenaikan harga petrol dan barang harian. Dalam wawancaranya bersama akhbar Sinar Harian, beliau menegaskan harga bahan api boleh diturunkan sehingga 30 sen seliter. Perkara itu katanya, boleh dilakukan dengan menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barangan.

Dengan itu juga katanya, sekaligus dapat menghapuskan kemiskinan.
Katanya, Malaysia sebagai negara pengeluar minyak boleh menjual dengan harga murah untuk dalam negara tetapi menjual harga pasaran untuk luar negara. Malah jelasnya, kenaikan harga minyak di pasaran dunia bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, sebaliknya mendapat untung berganda.

Beliau mengemukakan perkiraan anggaran keuntungan jualan minyak negara disebabkan kenaikan harga minyak di pasaran dunia pada tahun 2007 hingga Jun 2009 di mana perolehan untung tambahan dari RM44 bilion setahun meningkat hingga RM78 bilion setahun.

“Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi,” ujarnya pada wawancara itu. Sangkal beliau juga, tanpa subsidi harga minyak tetap boleh diturunkan, apatah lagi jika diberikan subsidi.

“Ketika minyak mentah berharga AS130 setong atau RM455 setong (dengan kadar tukaran RM3.50 kepada AS1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 dan diberikan subsidi 30 sen seliter menjadikannya RM2.70 seliter.

“Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut, mustahil mereka mahu menjual harga sama seperti dijual Petronas iaitu RM2.70 seliter,” ujar beliau.

Terang Hamid, sekiranya syarikat asing tersebut tidak mendapat sejumlah subsidi, tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana dijual di negara lain. Sebab itu katanya, harga Shell di Singapura lebih mahal.

Menurut beliau, tinjauannya mendapati pengusaha stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. “Daripada jumlah itu, mereka hanya memperoleh komisyen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru, kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 88 peratus daripada RM33 bilion subsidi dibayar kepada syarikat asing,” terangnya.

Bagaimanapun dakwanya, angka-angka subsidi tidak selari dengan penggunaan dan jualan minyak dalam negara. Oleh itu, beliau mempersoalkan kewujudan subsidi petrol tersebut. Jelasnya juga, walaupun tanpa subsidi, rakyat tetap sepatutnya tidak membeli minyak dengan harga yang mahal.

“Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerap terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak yang dijual dalam negara. Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual petrol dengan harga lebih rendah.

“Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan jualan minyak. Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas. Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil. Itupun, Petronas tetap mengaut keuntungan berbilion ringgit. Sedangkan dengan harga AS50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbilion ringgit, inikan pula AS138 (RM483) setong. Sepatutnya bila untung dua kali ganda, turun separuh harga,” jelasnya.

Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan stok minyak negara akan habis sebagai tidak benar. Ujar Hamid lagi, pada pandangannya model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada kerajaan tetapi salah pada rakyat.

Katanya, beliau sedia berkongsi formula tersebut dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. “Insya-Allah, jika pemerintah melaksanakan formula ini semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’,” yakininya di akhir wawancara itu.

Taktik 3R UMNO menjadi!

"Seperti biasa kita lihat gerombolan akan mengheret apa sahaja termasuk satu "istana" untuk memeiliki apa sahaja yang mereka mahu.Dalam isu ini gerombolan United Malays National Organisation menggunakkan taktik apa yang di panggil sebagai "3R".Sasaran utama formula 3R ini adalah untuk menyingkirkan Pakatan Rakyat dari terus menerajui pemerintahan dan berusaha untuk mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

APAKAH ITU 3R?

3R ialah formula taktik kotor yang diusahakan setelah taktik memujuk para pemimpin PAS serta usaha "merasuah" beberapa pemimpin PAS dengan jawatan menteri dalam kabinet menemui kegagalan.setelah kegagalan menawan selangor yang di dakwa mampu di tawan selepas kejatuhan kerajaan pakatan perak maka gerombolan menggunakan taktik "R" yang pertama iaitu "RACIST".

1.RACIST

Taktik "perkauman" di gunakan untuk menimbulkan kekacauan di negeri selangor dengan bermulanya perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK negeri selangor dengan mendakwa bahawa pembinaan kuil yang berusia 150 tahun yang di pindahkan dari seksyen 19 ke sekyen 23 Shah Alam.

Dengan Taktik itu diharap supaya orang india terutamanya penganut hindujadi marah dan timbulkan perarakan besar - besaran dan seterusnya bergaduh dengan orang melayu.Ini akan memberi peluang kepada geng gerombolan untuk memohon pada sultan untuk mengisytiharkan Darurat dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negeri(Mageran)

Malangnya taktik R yang pertama tak berjaya ini kerana pemimpin - pemimpin Pakatan dengan pantas berjaya memetahkan usaha untuk menimbulkan sentiman perkauman ini dengan menenangkan masyarakat india terutamanya penganut hindu.Dan kerana ini gerombolan terpaksa beralih kepada Taktik "R" yang ke-2.

2.RELIGIOUS

Taktik "R" yang kedua berharap agar ini akan menimbulkan sentimen yang lebih hebat yang ini dilihat akan menyentuh rasa sensitif khususnya orang melayu tapi sama seperti taktik "R" yang pertama tadi yang mana dalam perarakan kepala lembu kedua - dua taktik tadi berjaya di gembleng secara serentak.

Dalam perakan kepala lembu gerombolan bukan sahaja mensasarkan modus operandi kepada sentimen perkauman malah ia juga disasarkan kepada sentimen agama yang mana dalam perarakan tersebut agama hindu dan islam di jadikan sebagai "punch bag" dalam usaha cuba menimbul kekacauan dalam negeri selangor.

Dalam memainkan sentimen agama bukan sahaja agama hindu dan islam juga yang menjadi peluru gerombolan malah gerombolan juga menjadikan agama kristian juga sebagai mangsa dalam modus operandinya yang mana pada satu ketika isu kalimah allah di jadikan sebagai salah satu taktik pertempuran yang hebat.

Kita sendiri lihat bagaimana sebuah gereja di petaling jaya di bakar dengan menggunakan "molotov *****tail" yang di lontar ke dalam gereja tersebut dengan tujuan bahawa kali ini penganut kristian akan membalas dendam terhadap penganut islam dan kedua - dua penganut dari kedua - dua agama akan bertempur kerana pada masa yang sama gerombolan juga melemparkan kepala babi ke dalam sebuah masjid.

Tetapi segala - gala cubaan untuk membakar sentimen ini gagal apabila Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz berjaya menggunakan keistimewaan yang ada pada dirinya untuk memadamkan api yang telah di bakar oleh syaitan -syaitan gerombolandan dengan itu serangan sentimen agama berjaya di patahkan.

Namun gerombolan tak berhenti lagi untuk bermain dengan sentimen agama tapi melalui satu saluran lagi lain pula matlamat dan Modus operandinya yang mana kali ini bukan untuk mengacau- - bilaukan negeri pakatan tetapi mahu megumpil PAS keluar dari pakatan.Salah satu dari nya apabila gerombolan cuba mewujudkan pertikaian yang mana PAS sebuah wadah islam kini di lihat bersengkongkol dengan DAP yang kafir.

Tetapi sesuatu kegemparan berlaku,Benar dan tepat sekali apa yang di dakwa gerombolan.40 ekor penyamun tadi berjaya buatkan PAS tidak tidur malam apabila satu parti PAS di laporkan bukan sahaja tidak nyenyak malah enggan tidur malam kerana ketawa berdekah - dekah apabila menyaksikan lawak bangang 40 ekor penyamun ini dengan geng gerombolannya.

Maka dengan itu tak "R" yang kedua telah gagal sama sekali kerana ini bukan sahaja kerana gagal mengacau - bilaukan negeri pakatan tak kerana pemimpin - pemimpin PAS sehingga kini dan sehingga artikel ini di tulis masih lagi tidak boleh tidur nyenyak di waktu malam kerana lawak bangang 40 penyamun ini masih tak berhenti.

3.RAJA



Setelah kedua - dua taktik "R" tadi gagal maka taktik "R" yang terakhir mengundang kejayaan pada gerombolan United Malays National Organisation.Gerombolan punya kelebihan mengusai Istana dan orang melayu punya ketaatan pada raja.Oleh itu peluang ini di manfaatkan oleh gerombolan untuk memperalatkan raja alam mencapai impian mereka.

Tak kira untuk merampas negeri - negeri dibawah pakatan mahupun mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat.Kita masih ingat apabila kepala mat khusrin di gunakan dalam cubaan untuk melaga - lagakan menteri besar selangor dengan sultan selangor.Khusrin di lantik sebagai SUK kerajaan negeri selangor.

Tetapi ia di lihat tidak begitu berjaya kerana Pakatan masih lagi memerintah dan punya sokongan khususnya dari orang melayu tetapi gerombolan sekali lagi menggunakan Raja dalam usaha dalam mengumpil PAS keluar dari Pakatan dan ianya di lihat membuah kan hasil.Dalam satu pertemuan di istana hinggap sultan terengganu di Kuala Lumpur melibatkan Yang di Pertuan Agong,Perdana Menteri danTimbalan Perdana Menteri .

Raja juga di jadikan modus operandi yang terakhir oleh gerombolan dalam menyempurnakan semua plan - plan jahat yang tak jadi.Bukan sahaja mahu mengumpil PAS keluar dari Pakatan Rakyat malah sekalipun untuk menghalang Pakatan dari menubuhkan kerajaan meskipun telah memperoleh kerusi majoriti dalam Dewan Rakyat.

Sebab itu semua pemimpin pakatan di ingatkan supaya jangan syok sendiri biarpun memperoleh 175 kerusi parlimen dalam dewan rakyat tapi jangan harap D.S Najib akan membiarkan Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri.

Ini kerana sekiranya perkara tersebut terjadi D.S Najib sudah pastinya berlari memanjat tangga istana dan meminta supaya Agong bertitah untuk mengantung Parlimen dan seterusnya menubuhkan Majlis Gerakan Negara(Mageran) yang sudah pastinya akan di pengerusikan oleh beliau sendiri.

Ini bukan kisah dongeng Zaman moden kerana ini adalah Fakta Sejarah.Kita masih lagi ingat pada ketika rakyat membuat keputusan untuk menghumbankan gerombolan pada tahun 1969 dahulu.Mencanak - canak gerombolan pergi jumpa Agong untuk gantung parlimen seterusnya menubuhkan kerajaan Mageran maka tak mustahil gerombolan akan buat benda yang sama.


Friday, November 5, 2010

Bukit Uhud mendahului Galas

Tahniah kepada yang menang,takziah kepada yang kalah.Orang yang digelar 'YB' baru perlu berkhidmat kerana anda dipilih oleh rakyat.Galas dan Batu Sapi ceritanya sama situasinya berbeza.Syukur kepada Allah memberi kemenangan kepada BN dan meletakkan kekalahan kepada Pakatan Rakyat.Maknanya,Allah masih sayang Pakatan Rakyat.Kita dibuai rekod kemenangan selama ini,dan apabila kekalahan menimpa,itu maknanya misi ke Putrajaya masih kabur lagi.Saya tidak tahu kekalahan ini akan menjadi pengajaran atau sebaliknya.Benarlah kata George Santayana seorang ahli falsafah,"sesiapa yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya".Saya nampak BN mengambil pengajaran di atas kekalahan mereka sebelum ini.Mereka tewas hampir 8 pilihanraya kecil sebelum ini dan saya fikir jika ada pilihanraya selepas ini,mereka mampu memenaginya kembali.Ada beberapa faktor saya lihat mengapa PR tewas di Galas.


1. Pengaruh luar biasa Ku Li.
Kita tidak boleh menafikan faktor Ku li merupakan faktor terbesar mengapa tumbangnya Pas kali ini.Saya letakkan 60-70% peratus faktor kekalahan Pas disebabkan faktor ini.Ku li merupakan 'Big Giant' di Gua Musang.Sebut sahaja Kuli,pasti ramai yang mengenalinya.Faktor Kuli lebih kurang sama seperti pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika PRU 12 lalu.Cuma pengaruh Kuli hanya terbatas di Gua Musang bukan di peringkat nasional.Hanya Bahagian Gua Musang sahaja yang berani mencalonkan Ku li untuk menjadi Presiden UMNO.Ketika Ku Li menjadi Presiden Semangat 46 dahulu,Galas,Paloh dan Nenggiri semuanya jatuh ke dalam tangan Semangat 46.Ramai ahli-ahli UMNO keluar untuk bersama Ku Li.Namun apabila Ku Li menyertai UMNO,mereka juga mengikut jejak langkah yang sama. Itualah pengaruh Ku Li dalam politik negara khasnya Gua Musang.Walaupun ada yang mendesak untuk membawa Ku Li ke jawatankuasa disiplin kerana menyokong Isu Royalti Minyak,lihat sehingga kini tiada tindakan dilakukan.Meletakkan Ku Li sebagai pengarah pilihanraya merupakan strategi yang amat bijak.Lihat bagaimana Ku Li memimpin BN ketika pilihanraya ini,walaupun ada serangan peribadi,beliau tidak kembali membalas tetapi bertahan dan mematahkan serangan ini.Jawapan beliau cukup ringkas dan memuaskan hati.Saya nampak ini yang perlu dipelajari oleh kita.Seranagn peribadi sebenarnya memakan diri ketika ramai yang memandang tinggi Ku Li.Beliau sanggup merempuh hutan belantara dan berjumpa dengan orang asli untuk berkempen.Tidak ramai ahli politik seperti beliau dalam negara ini,disukai kawan dan lawan.

2. Strategi yang 'tidak kena'
Sejak dari awal kempen lagi,saya sudah dapat merasakan kempen Pas mempuyai masalah.Dari sudut jentera tiada masalah tetapi strategi yang terlalu agresif sebenarnya memakan diri.'Desprate' untuk menang mungkin salah satu sebabnya.Penduduk Galas memerlukan masa menerima Pas setelah kemenangan pada PRU 12 lalu.Banyak strategi memakan diri khasnya di kawasan orang asli.Dalam aspek ini kita perlu menilai kembali strategi yang berkesan yang boleh memikat pengundi khasnya di luar bandar.Serangan peribadi perlu dielakkan kerana ia bakal memberi impak negatif kepada pengundi.Sebenarnya Pas berkelebihan tetapi kita gagal menggunakan kelebihan itu.Walaubagaimanpun,strategi ini perlu diperhalusi agar di masa hadapan kita mampu beroleh kemenangan yang lebih baik.Walaupun ceramah ramai orang mendengarnya,tetapi ia tidak bermakna tanpa sentuhan peribadi bersama pengundi.Saya melihat ini merupakan perkara yang perlu diperhalusi kembali.

3. Isu tempatan vs Isu nasional
Pas terjerat dengan isu tempatan berbanding isu nasional.Walaupun isu nasional berpihak kepada Pas,namun Galas bukan Shah Alam,Petaling Jaya,Seputeh atau bandar-bandar besar yang lain.Orang-orang luar bandar lebih cakna tentang isu-isu disekitar mereka berbanding isu kenaikan harga minyak.Saya nampak banyak isu yang gagal diselesaikan menyebabkan rakyat di Galas kecewa.Isu tanah sebagai salah satu contoh yang mungkin memakan diri Pas jika lambat diselesaikan.Anda boleh rujuk Malaysiakini sebagai contoh untuk hal ini.Pas tewas dikebanyakan kawasan orang asli.Jika isu ini diselesaikan sebelum pilihanraya lagi, sudah tentu undi popular di kawasan orang asli ini mampu dipertahankan.

4. Orang Cina dan 1 Malaysia
1 Malaysia ialah ungkapan yang bakal memerangkap BN tapi ia juga boleh menjadi aset yang berharga kepada BN.Orang Cina di Galas dahulu menyokong Pas tapi pada pilihanraya kali ini,ia menunjukkan sebaliknya.Propaganda ini berkesan memerangkap Pas disebalik Pas terkial-kial mencari isu ampuh untuk di bawa ke Galas.Saya yakin,orang cina di Galas dan di luar Galas lain,tapi ambil ini sebagai pengajaran dan berfikir bagaimana penerangan perlu dilakukan bagi menyedarkan mereka slogan ini retorik semata-mata.

5. Pas tiada isu
Di Manek Urai,Pas membawa isu Royalti Minyak untuk menarik undi.Di Galas semestinya isu ini tidak boleh digunakan kerana Ku Li yang bertindak sebagai 'mentor' berada di pihak lawan.Jadi isu ini tidak dibangkitkan langsung.BN bijak memanipulasi isu tempatan di saat Pas mencari-cari isu yang dapat memberi impak yang besar kepada pengundi.Ketiadaan isu ini merupakan salah satu sebab mengapa Pas gagal bertindak dengan baik di Galas.Isu merupakan propaganda dan ia bakal memberi kesan jika kita menggunakan ia sebaiknya.

~Mahasiwa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Friday, October 22, 2010

Nasionalisme:Belajar dari Turki Uthmaniah


Pengenalan
Empayar Turki Uthmaniah diasakan oleh Uthaman El Ertugrul,seorang pemimpin yang terlibat dalam peperangan melawan tentera Monggol.Antara pemimpin yang pernah menjadi pemimpin selepasnya ialah Sultan Murad 1,Sultan Murad 2,Sultan Bayazid 1,Sultan Muhammad Al Fateh,Sultan Salim 1 dan mencapai kegemilanganya pada zaman Sultan Sulaiman Qanuni.Pemerintahan yang hebat ini meletakkan Turki Uthmaniah sangat cermerlang sehingga mampu berkembang hingga ke Afrika Utara.Turki Uthmaniah mengalami kemerostan pada zaman Sultan Salim 2 dan akhirnya tumbang

Pergerakan Nasionalisme
Salah satu punca kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah ialah meresapnya fahaman sekularisme dalam masyarakat yang berbilang kaum pada ketika itu.Perpecahan mula berlaku dan masing-masing bersaing untuk melumpuhkan kerajaan Turki Uthmaniah pada ketika itu.Institusi pendidikan serta perkhidmatan pos serta perkhidmatan yang lain menjadi agen yang membolehkan konsep revolusi,nasionalisme, dan inprealisme menyuburkan semangat kebangsaan Arab dan perasaan berkobar-kobar untuk merdeka daripada turki.Gerakan perkauman ini merupakan faktor keruntuhan Turki Uthmaniah kerana tidak bersatu padu telah mula merebak memecahbelahkan Turki Uthmaniah.Nasionalisme inilah yang mengasingkan umat islam antara satu sama lain yang menyebabkan mereka dikuasai Barat.

Nasionalisme Turki juga melumpuhkan Turki itu sendiri.Pertubuhan al-ittihad wa al-taraqqi telah membangkitkan semangat perkauman dan menyeru kepada konsep baru seperti tanah,air,perlembagaan,persamaan dan kebebasan.Matlamat persatuan ini ialah menggulingkan Abdul Hamid 2 dan menggantikan dengan perlembagaan ,keadilan dan reformasi.Lebih memalukan,matlamat persatuan ini digariskan oleh Yahudi dan Freemason secara terang terangan untuk memecahbelahkan Umat Islam.

Nasionalisme ini berterusan sehingga tercetusnya Perang Dunia 1.Kemunculan gerakan seperti Turki Muda dan sebagainya menyebabkan berlakunya perperangan yang menyebabkan kerajaan tergugat.Pada akhirnya,selepas Barat menjajah negara Islam,barulah gerakan nasionalisme ini mengaku salah dan mendakwa kerajaan Turki Uthmaniah adalah seribu kali lebih baik daripada kerajaan Barat.Lebih mengecewakan,gerakan nasionalisme mereka gagal merealisasikan slogan mereka iaitu pembaharuan,kebebasan dan keadilan.Nasionalisme Turki dan Nasionalisme Arab seiring dengan perancagan Barat dalam membangkitkan permusuhan sehingga tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniah pada 1924.

Pengajaran Turki Uthmaniah untuk Malaysia
Nyata gerakan nasionalisme merupakan gerakan yang menghancurkan kerajaan Islam Turki Uthmaniah.Sebelum merdeka,kita telah dimomokkan dengan slogan 'Hidup Melayu' dan sebagainya bagi menunjukkan kesatuan berasakan kaum ini.Sudah terang,sebelum British meninggalkan Tanah Melayu,virus ini disuntik kedalam naluri orang Islam di Tanah Melayu agar perjuangan mereka berasaskan nasionalisme dan perkauman.Mereka membuang semangat jihad yang telah diperjuangkan oleh tokoh-tokoh terdahulu iaitu Tok Janggut,Datuk Bahaman,Mat Kilau,Haji Abdul Rahman Limbong dan sebagainya.British mengganggap bajawa mereka ini pemberontak malahan menghina sewaktu kematian mereka seperti yang terjadi kepada Tok Janggut.Kita mengagung-agungkan Tunku Abdul Rahman tetapi kenapa kita lupa jasa-jasa tokoh-tokoh ini? Inilah sebenarnya merdeka yang kita agung-agungkan selama ini.Peristiwa 16 Mei sudah cukup mambayangkan betapa bahayanya semangat kebangsaan ini.Negara bermandi darah,parang-parang terbang dang sentimen perkauman menjadi sejarah hitam negara.Ini yang dibanggakan?

Bangsa tidak akan kemana
Jika kita menyoroti sejarah,gerakan bersifat nasionalisme ini tidak akan kemana akhirnya.Penyatuan sesuatu kaum itu jika bukan atas dasar aqidah merupakan satu perbuatan si-sia.Saya yakin jika kita masih dengan idealisme ini,negara kita juga tidak kemana.Saya bukan menginginkan sesuatu yang buruk seperti 13 Mei tetapi apa yang saya nampak kini bibit-bibit itu mula kembali.Kontrak sosial.DEB,kouta dan sebagainya hanya bakal melembabkan pemikiran masyarakat di negara Malaysia.Semakin banyak kita membicarakan soal ini,semakin tegang hubungan antara kaum dalam negara kita.Firasat saya,13 Mei mungkin berlaku jika kita terus dengan senario hari ini...

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Thursday, October 21, 2010

Pakaian Islamik 1 Malaysia

Dalam hal ini Rasulullah S.A.W bersabda:
"Dua orang ahli neraka yang belum saya pernah lihat ialah:
1) Kaum yang memegang pecut mereka bagai ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.
2) Orang perempuan yang berpakaian,tetapi telanjang (memakai busana jarang) bagaikan merayu-rayu dan melenggak-lenggok membesarkan cemaranya bagai punuk unta yang miring.

Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium bau Syurga sedangkan bau Syurga dapat dihidu dari jarak yang sangat jauh " (Riwayat Muslim)

Cuba anda lihat,dimana kalimah itu diletakkan? Pertama di dada dan kedua dibawah pusat (berdekatan k********) wanita.Ini menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W!! Seorang yang mengaku beragama Islam rupa-rupanya jahil tentang pakaian Islam malah menghina Syariat dan Nabi Muhammad S.A.W!


KAMI TUNTUT SUPAYA ROSMAH BERTAUBAT!!
MAHASISWA HARI INI PEMIMPIN MASA HADAPAN

Monday, October 18, 2010

Galas dan Batu Sapi petunjuk PRU 13?


Galas dan Batu Sapi

Galas dan Batu Sapi bakal menjadi tumpuan bulan hadapan.Galas,dun yang berada dalam Parlimen Gua Musang dan Batu Sapi merupakan parlimen yang terdiri daripada dun Sekong dan Karamunting.Pilihanraya di Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya,Che Hashim Sulaima dari Pas dan di Batu Sapi,penyandangnya Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan pada 9 oktober lalu.Galas merupakan kerusi milik Pas dan Batu Sapi merupakan milik PBS,parti komponen BN.

Tarikh pengundian serentak
SPR mengishtiharkan tarikh serentak kedua-dua sekali iaitu 4 November 2010.Walaupun Pengerusi SPR sendiri secara peribadi tidak bersetuju dengan tarikh yang sama,namun saya sudah jangkakan tarikh yang berlangsung akan sama seperti yang terjadi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Saya rasakan BN mempunyai kelebihan jika tarikh berkenaan serentak berdasarkan beberapa faktor.Antaranya kedua-dua kawasan yang terpisah dengan Laut Cina Selatan ini bakal memberi kelebihan kepada BN kerana jentera pembangkang khususnya DAP dan PKR akan lebih tertumpu kepada Batu Sapi manakalan PAS akan berkampung di Galas.Contohnya di Sibu,saya nampak 'Miracle' DAP menang di sana adalah disebabkan muafakat Pakatan Rakyat disamping pengundi Cina yang banyak membantu.

Pakatan Rakyat sukar di kedua-dua kawasan ini.
Manik Urai merupakan eksperimen yang baik mengapa saya katakan Pas amat sukar menang di kawasan ini.Kubu kuat Pas sejak zaman-berzaman pula mudah goncang,inikan pula Galas.Geografi kedua-duanya hampir sama,luar bandar dan Galas mempunyai masyarakat orang asal yang ramai iaitu hampi 2000.Sudah tentu politik jambatan,jalan,sekolah dan lain-lain akan dihidangkan di sepanjang pilihanraya kecil kedua di Kelantan ini.Batu Sapi pula cukup menarik jika BN mahu menjadikan pengundi cina sebagai bahan uji kaji terbaru mereka.Selepas DAP marampas Sibu,BN terdesak untuk memenangi kawasan ini.Jika SAPP dan PKR bertanding,BN mempunyai harapan yang cerah untuk menang.Undi mereka akan berpecah dan BN mudah mempertahankan kawasan ini.Satu perkara yang perlu diatasi oleh BN ialah masalah dalaman mereka di Sabah sendiri namun saya tidak nampak ini sebagai satu liabiliti.Penduduk Sabah lain berbanding penduduk semenanjung.Walaupun sudah ada gelombang kebangkitan di Sabah,namun strategi yang rapuh bakal menghancurkan kesemua perancangan tersebut.

Petunjuk PRU-13
Pilihanraya pasca Bujet 2011 sebenarnya sudah nampak tanda-tandanya.Saya sekali lagi mengatakan bahawa,Pilihanraya Galas dan Batu Sapi merupakan petunjuk PRU 13.Jika BN menang kedua-dua pilihanraya ini,parlimen dijangka dibubarkan pada bulan Mac serentak dengan Sarawak.Namun jika tewas,saya menjangkakan BN akan membubarkan parlimen pada tahun 2012 memandangkan mereka perlu memulihkan mood rakyat.Pilihanraya di Sibu merupakan petunjuk tepat kenapa pilihanraya Sarawak tidak diadakan dalam masa terdekat.Nasihat saya,bersedia lebih awal dan jangan harapkan kepada ramalan semata-mata

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~