Followers

Tuesday, December 30, 2008

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)
"

Sunday, December 28, 2008

Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.
"

Peristiwa dan salam Maah hijrah

" Alhamdulillah. Muharam has arrived again and may all muslims around the universe be blessed with good looks, good lucks, good lives, good love, good life insurances, good laughters, good morning, good night and lesser terrorist accusations from the stupidest people on Allah's beutiful planet.

Maal hijrah 1430 and may the richer be less greedy, the poorer be more prosperous and the undeserving be deprived. We love islam and we are proud to declare Muslim. May God save all of us regardless of religion and have a great new year ahead..


1-MUHARAM
Khalifah Umar Al-khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah

10-MUHARAM

Dinamakan juga hari asyura. pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara peristiwa-peristiwa yang dipercayai berlaku pada tarikh ini:-

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran raja namrud
5. Allah menurunkan kitab taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah penyakit kulitnya yang amat teruk
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada 40 hari dan 40 malam
10. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa daripada tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan
15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
16. Allah menjadikan 'arsy
17. Allah menjadikan lauh mahfuz
18. Nabi Isa diangkat ke langit.




Doa Awal Tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi Muhammad dan keluarga baginda dan para sahabat. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihan-mu yang maha Agung dan kemurahan-mu yang melimpah, sesunguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada engkau perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekati diri kepada engkau. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad dan keatas keluarga baginda dan sahabatnya.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

Doa awal tahun dibaca 3kali selepas waktu Asar dan maghrib pada akhir zulhijjjah.
Dan sertakan doa kemenangan untuk pejuang-pejuang islam diserata dunia. amin..

Friday, December 26, 2008

Sambut Tahun Baru: Jangan Jemput Murka Tuhan

Beberapa hari lagi kita memasuki tahun baru 2009. Menjadi kebiasaan, sambutan tahun baru diserikan dengan 'countdown' dan tentunya konsert.

Kita melangkah ke tahun 2009 dalam keadaan ekonomi Malaysia dan dunia masih terumbang-ambing. Ramai yang hilang pekerjaan. Ramai yang merintih tentang kos hidup yang tinggi. Ramai yang masih belum dapat pulang dengan selesa ke rumah masing-masing di Bukit Antarabangsa. Ramai pula yang rungsing dengan tempat tinggal mereka di cerun bukit yang berisiko.

Pendekata kita melangkah ke tahun 2009 tidak dengan 'langkah bergaya' tapi penuh dengan cerita-cerita muram.

Sambutan tahun baru yang biasanya diserikan dengan countdown dan konsert itu seakan-akan tidak merasai sama denyut nadi mereka yang derita dan susah. Yang ditonjol dan ditunjukkan hanyalah kegembiraan yang sementara di malam itu sahaja. Selesai konsert sambut tahun baru, maka muncullah cerita ditemui kondom, anak muda berpelseran dan cerita yang tidak enak didengar. Sembilan sepuluh bulan kemudian, pergilah ke hospital untuk mendengar cerita anak yang dilahirkan tanpa bapa. Enakkah cerita-cerita ini?

Saya ingin mengesyorkan pihak-pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, pihak media dan mereka yang bercadang mengadakan sambutan tahun baru nanti supaya peka dengan sensitiviti agama dan kehidupan masyarakat kita.

Sambutan Maal Hijrah baru berlaku sehari dua sebelum itu, kemudian dicemari dengan program yang melalaikan pula?
Apa salahnya kita sambut tahun baru dengan bacaan Yaasin, solat hajat (bagi mereka yang beragama Islam) sambil berdoa kemakmuran terus diperolehi, dijauhkan dari bala bencana dan ekonomi yang baik.

Adapun menyambut tahun baru dengan acara yang sekian lama telah dibuat, maka ia bukanlah budaya asal orang Melayu Islam, atau budaya masyarakat India dan Cina, cuma kita terikut-ikut dsengan budaya Barat. Bahasa mudahnya-'hedonisme'. Yang seronok nanti hanyalah muda-mudi yang kekadang tak pernah tahu tentang penderitaan orang lain.

Kalau ada peruntukan besar untuk program yang sedang diatur untuk sambutan tahun baru, saya syorkan supaya ia disalurkan kepada perkara lebih bermanfaat untuk golongan yang lebih memerlukan dari menghabiskannya kepada bunga api atau bayaran untuk artis.
"

Thursday, December 25, 2008

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius

Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam

"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.

Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah.

Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.

Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."

Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.

Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud: "Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)

Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."

Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.

Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.? Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.

Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.

Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.

Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)

Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.

Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.

Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.

Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.

Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.

Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s. Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.

Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat. _

Tuesday, December 23, 2008

Kalimah Allah pada baju di pasaraya-sabah


 Assalamualaikum w.b.t Saudara pengarang,

1. Sebagai seorang Islam, saya amat memandang berat dan berdukacita kerana masih ada segelintir peniaga yang menjual baju yang tertera perkataan Allah.

2. Semasa mencari peralatan persekolahan anak di KK Plaza petang tadi (20 Dis 2008), saya telah menjumpai baju wanita yang tertera perkataan ALLAH di kedai pakaian 'MATAHARI', Tingkat 2, KK Plaza, Kota Kinabalu, Sabah (berhadapan dengan pasar besar Kota Kinabalu). Baju tersebut dijual di dalam 3 warna (hitam, kelabu dan putih).



3. Mohon bantuan saudara pengarang untuk memajukan perkara ini kepada pihak yang berwajib.

4. Sekian, terima kasih.

Yang Benar

MUHAMMAD SAMSURI BIN MAMAT
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Teluk Sepangar, Sabah









Saturday, December 20, 2008

Tokoh Anti-Islam Dunia Berhimpun di Israel!

Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.

Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.

Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.

Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.

"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.

Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.

Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.

"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.

Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.

Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.

Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian.

"Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi.

"Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan. Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.

Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)

Sunday, December 7, 2008

Aidiladha, Sebuah Tip Pengorbanan..

KORBAN’, semata-mata dari segi bahasa ertinya ‘dekat’. Dari segi istilah ia bermaksud ‘menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.’ Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.



Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.



Bila sebut pengorban, saya ingin menghadiahkan tip untuk pelayar-pelayar web ini bersama ucapan Selamat Hari Raya Korban tahun ini.. Apa tipnya? Mari kita lihat dan renung sebuah hadis Ashabul Ukhdud dalam kitab terkenal ‘Riyadhus Shalihin’ oleh Imam Nawawi…



Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.



Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”



“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”



Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”



Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.



Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”



Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.”



Kita lihat pula pandangan Syaikh Allamah Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dalam Syarah Riyadhus Shalihin 1/165-166 mengenai hadits kisah Ashabul Ukhdud ini, kata beliau...



“Sesungguhnya seseorang boleh mengorbankan dirinya untuk mashlahat kaum Muslimin secara umum.. Pemuda ini menunjukkan kepada raja yang menuhankan dirinya suatu hal yang dapat membunuhnya, iaitu dengan mengambil sebuah anak panah dari busurnya… Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, kerana ini adalah jihad fisabilillah… Sebuah umat beriman semuanya dalam keadaan pemuda ini tidak kehilangan apa-apa, kerana dia mati dan pasti dia akan mati cepat atau lambat…”


Inilah satu contoh pengorbanan seorang mujahid yang memilih mati syahid. Saya telah huraikan dalam tulisan sebelum ini (Saturday, December 6, 200 Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memali?) mengenai pengorbanan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Begitu juga dengan ramai lagi individu-individu lain seperti As-syahid Syed Qutb, Hasan Al-Banna, Saiful Mujahidin Umar Mukhtar dan lain-lain. Kalau dalam organisasi atau pertarungan melalui peti undi pula, walaupun banyak parti-parti Islam yang pada zahirnya nampak gagal memerintah sesebuah negara, tetapi sebenar banyak memberi manfaat kepada perjuangan Islam di negara tersebut.

Di situlah pentingnya pengorbanan, terutama kepada pemimpin-pemimpin atau wakil-wakil rakyat di negara ini. Inilah sebuah tip kisah pengorbanan hadiah Hari Raya Aidil Adha dari saya kepada anda!

Erti Sebuah Pengorbanan

Sejarah Sebuah Pengorbanan

Perayaan ‘Eiduladha yang disambut setiap tahun bermula pada tanggal 10 Dzulhijjah menyikap seribu satu kenangan yang sepatutnya kita mengkaji dan mempunyai perasaan ingin tahu di sebalik pensyariatan ibadah korban ini.Ketahuilah,di sana terdapat isyarat yang jelas daripada Allah Taala akan keperluan berkorban masa,tenaga dan harta benda demi agama Allah Taala.Tanpa pengorbanan dalam agama,buah fikiran dan harta benda,tidak mungkin syariat Allah dapat ditegakkan.

Renungkanlah pengorbanan agung yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim as yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as,satu-satu anak kesayangan baginda Nabi Ibrahim as demi pengorbanan dalam menurut perintah Allah Taala.Inilah contoh suri tauladan seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang.Begitu juga kepatuhan dan pengorbanan seorang isteri,Siti Hajar kepada suaminya tercinta untuk tinggal keseorangan di tengah padang pasir yang gersang di bumi Makkah,merupakan suri model isteri misali yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya kerana menyahut seruan daripada Allah Taala dan taat akan suruhan suaminya dalam menyampaikan titah perintah Raja dan Tuhan seluruh Alam.

Demikian juga kerelaan seorang anak,Nabi Ismail as untuk disembelih oleh bapanya kerana semata-mata menurut juga perintah Allah Taala,ini semua merupakan suatu petanda bahawa pengorbanan yang dibutuhkan tidak mengenal usia.Justeru itu,di sini bermakna sama ada golongan tua,muda-mudi mahupun kanak-kanak,pengorbanan harus diterapkan mengikut acuan Islam dan kemampuan semasa,secocok dengan usia dan kekuatan diri masing-masing,namun di sana masih lagi menjalar konsep pengorbanan yang telah dimodelkan oleh ketiga-tiga insan yang mulia ini.Inilah intipati pengajaran dari pengorbanan agung yang telah diterokai oleh Nabi Ibrahim as,Siti Hajar dan Nabi Ismail as,seharusnya kita sebagai generasi mendatang yang mendokong risalah yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad saw sebagai kesinambungan risalah yang sama yang dibawa oleh para anbia’ terdahulu mesti mempunyai prinsip dan sikap yang sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh mereka itu.Perlu bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan akidah tauhid dan melaksanakan syariat Allah Taala.

Allah Taala berfirman;
“Setelah kedua-duanya berserah diri,dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah,serta kami menyuruhnya;”Wahai Ibrahim!Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu.Demikianlah kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.Dan kami tebuskan anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar.Dan kami kekalkan baginya nama yang harum dikalangan orang yang datang kemudian”
as Sofaat (37:103-107)"