Followers

Tuesday, January 26, 2010

Zulkifli Nordin:Duri Dalam Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Peguam terkemuka dan juga ahli parlimen Kulim-Bandar Bahru,Zulkifli Nordin sekali lagi mencetuskan ketegangan.Manakan tidak,laporan polis yang dibuatnya terhadap ahli parlimen Shah Alam,Khalid Samad jelas menunjukkan beliau seorang berfikiran antagonistik.Bagi saya,tindakan beliau ini hanya menyulitkan lagi keadaan di saat negara menghadapi situasi tidak tenteram dengan isu penggunaan kalimah Allah.Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri meminta beliau menarik balik laporan polis namun beliau masih berkeras dan mahu Khalid Samad menarik balik kenyataanya.Penyelaras Pakatan Rakyat,Datuk Zaid Ibrahim telah mengeluarkan pandaganya yang mahukan Zulkifli Nordin dipecat.Secara peribadi,saya fikir pemecatan bukan satu langkah yang terbaik.Walaupun ramai yang mengatakan beliau sudah memakai 'topeng UMNO' sebelum ini,kita perlu ingat beliau merupakan ahli parlimen PKR.Saya pada awalnya mengagumi beliau kerana kelantangan beliau adalam isu murtad yang hangat diperkatan dahulu yang terjadi di Perak.Saya juga puas berfikir mengapa beliau tidak dicalonkan oleh PAS sedangkan beliau ahli PAS dan kemudian lari sebelum dikutip PKR.Namun situasi hari ini telah menjawabnya.Benarlah kebijaksaan syura Pimpinan Pas yang sama sekali menolak beliau dari menjadi calon.Walaupun beliau menganggap tindakan beliau berperinsip,namun saya mengatakan tindakan ini tindakan kurang bijak seorang wakil rakyat.Walaupun bersetuju atau tidak,kita perlu rasional dalam setiap perbuatan kita.Kita perlu berfikir adakah tindakan kita ini mampu menyelesaikan masalah atau hanya menambah musibah.Jangan hanya mengikut hawa nafsu dan emosi kerana nabi sendiri tidak mengajar umatnya bersikap demikian.Jangan kita berfikiran keanak-anakan yang menjadikan kita aset besar musuh menyerang kita.Jika ada jalan yang lebih berhikmah gunakanlah,kerana Islam mementingkan kedamaian.Jika dahulu beliau menjadi idola saya,hari ini tidak lagi.Mungkin suatu hari nanti,beliau merupakan lawan saya.....

Thursday, January 21, 2010

E-voting.Mahasiswa perlu berani???

Assalamualaikum dan salam e-voting.Baru baru ini sekumpulan penggerak mahsiswa menyerahkan memorandum membantah penggunaan e-voting dalam pilihan raya kampus yang bakal diadakan kelak.Ia akhirnya berakhir dengan penangkapan beberapa orang termasuk 2 pelajar serta wartawan ditahan.Tiga pelajar terbabit ialah Shazni Munir Mohd Ithnin dan Mohd Shahruddin Mohd Rosli yang merupakan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM).Sementara wartawan akhbar rasmi PAS - Harakah - Zainulfaqar Yaacob turut ditahan kerana disyaki sebagai 'pelajar yang menyamar sebagai wartawan'.Pada hemat saya,dalam soal e-voting ini mahasiswa perlu bersifat rasional agar matlamat kita tercapai.Suara kita perlu vokal agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi tahu kita benar-benar serius untuk memansuhkan e-voting.Saya lihat kita masih kekurangan suara dibelakang untuk untuk menjadi tenaga pembantu agar masyarakat dapat bersama-sama mahasiswa untuk terus memansuhkan sistem e-voting.Contohnya penyerahan memorandum pada hari tersebut dihadiri sekitar 50 orang sahaja.Kehadiran tersebut sudah menunjukkan betapa seriusnya kita.Kita perlu ingat,perjuangan ini untuk seluruh negara,bukan lembah kelang sahaja.Tidak guna kita menubuhkan pelbagai persatuan serta ngo namun hasilnya seperti hampas.Penerangan e-voting di peringkat mahasisiwa juga perlu agar mereka mengetahui matlamat serta hadaf yang kita bawa.Sesungguhnya e- voting mencabul hak demokrasi mahasiswa yang sudah pasti semakin lama semakin hilang.Inilah yang perlu kita pertahankan dan perlu kita ambil cakna.Kita perlu mencarii satu makanisma yang tepat agar seluruh mahasiswa bersama-sama kita.Jangan kita hanya syok sendiri tetapi ibarat kata pepatah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Sunday, January 17, 2010

Bazaar Tok Guru.UMNO juara rakyat?????

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.Kelantan bergoncang lagi.kali ini isu bazaar tok guru sengaja dimainkan media UMNO untuk terus menyerang kepimpinan negeri serambi Mekah ini.Pagi tadi,pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis berhubung urusniaga pembelian kompleks perniagaan Bazaar Tok Guru di Kota Bharu.Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno negeri Che Othman Che Will di Balai Polis Kota Baharu pada kira-kira pukul 11.30 pagi.Jelas UMNO mengambil kesempatan terhadap isu ini termasuk Utusan Malaysia yang sengaja memutar belit cerita bazaar tersebut.Exco negeri Kelantan,Datuk Takiyyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri mendapat keuntungan daripada projek tersebut kerana mecndapat sebuah bangunan tanpa mengeluarkan sebarang modal.

“Kita tidak rugi apa-apa. Kerajaan hanya sediakan tapak untuk dibangunkan bersama di antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan sebuah syarikat, Sensa Timur Sdn Bhd untuk membina sebuah bazar. Sebagai timbal balas, syarikat itu memberikan aras satu dan dua yang bernilai RM40 juta kepada kita.

"Bagaimanapun pada mesyuarat Exco baru-baru ini, kita memutuskan untuk membeli aras bawah yang bernilai RM23 juta dan kesemua lot perniagaan terbabit akan dijual semula bagi mendapatkan kembali wang yang dikeluarkan itu,"

Berikut penjelasan Datuk Husam Musa:
Tuhan mencipta manusia dengan bakat yang berbeza.

Apabila artis cuba mentafsir angka, fakta ekonomi sudah menjadi lukisan abstak.

Mengeluarkan pendahuluan untuk membeli aset sebanyak 23 juta, bukan bermakna kerugian. Tidak sama sekali.

Perjanjian antara PMBK dengan Sensa Timur telah tertandatangani. Sensa Timur akan membina sebuah Bazar tiga tingkat dengan perbelanjaan syarikat. Tingkat satu dan dua yang dianggarkan bernilai RM 40 juta akan diserahkan kepada PMBK. Pulangan untuk Sensa ialah tanah seluas 6 ekar beserta tingkat bawah Bazar tersebut. Sebahagian tanah pula akan digunakan sebagai jalan untuk laluan baru dan juga kegunaan awam yang lain.

Nilai Bazar tingkat bawah itu ialah RM 23 juta.

Sekarang, peniaga yang hendak ditempatkan di Bazar ini mahukan tingkat bawah juga dijadikan sebagai lot untuk mereka. Bazar ini sepenuhnya untuk para peniaga kecil. Itu yang mereka mahu. Kerajaan pula, memang bercadang melindungi terus para peniaga kecil ini dengan kedudukan perniagaan yang strategik. Itu hasrat Tok Guru.

Kalau Kota Bharu dikatakan barangan dengan harga murah, mungkin sebahagian ialah kerana kos premis yang juga murah. Kalau premis sudah berharga mahal, barangan yang dijual juga perlu naki harga.

Keperihatinan Tok Guru dalam isu ini amat jelas.

Menjelang pilihanraya yang lalu, isu ini berbangkit sekali lagi kerana Pasar Lama MPKB yang telah berusia lanjut dan disahkan uzur, perlu dirobohkan. Ke mana peniaga di situ akan ditempatkan?

Mereka bersetuju Bazar Tok Guru adalah 'sarang' perniagaan mereka yang baru.

Mungkin ada sedikit 'over look' di pihak PMBK ketika menandatangani perjanjian itu. Mungkin PMBK beranggapan mana-mana tingkat adalah o k bagi peniaga.

Selepas peniaga membangkitkan semula isu ini dan memohon jasa baik Tok Guru untuk tetap menjadikan premis utama perniagaan mereka di tingkat bawah, selain lain-lain tingkat, Tok Guru telah bersetuju membentuk sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Timbalan Menteri Besar. Jawatankuasa ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kelantan.

Jelas, kelebihan Tok Guru. Jarang pemimpin akan bersikap lunak atas nama hasrat dan permintaan rakyat dan terbuka untuk apa sahaja perubahan asalkan ia boleh memberikan kepuasan kepada pelanggan iaitu rakyat jelata. Kenapa sikap dan pendirian Tok Guru ini tidak dibesar-besarkan dan disanjung?

Jawatankuasa ini telah beberapa kali bermesyuarat, termasuk dengan wakil peniaga. Keputusan terakhir Jawatankuasa telah dimaklumkan untuk persetujuan Exco Rabu lepas.

Kerajaan akan membeli dari Sensa Timur, mewakili para peniaga, bahagian mereka dari Bazar ini iaitu tingkat bawah, dengan harga nilaian RM 23 juta.

Tujuannya ialah supaya tingkat bawah tersebut boleh dijadikan lot peniaga kecil dan boleh dijual atau disewajual kepada para peniaga.

Jika setiap lot dijual dengan harga RM 60,000, dengan jangkaan lotnya sebanyak 383 lot, Kerajaan boleh mendapatkan semula RM 23 juta tersebut. RM 23 juta itu sebenarnya hanyalah bayaran pendahuluan oleh Kerajaan. Lagipun, ia tidak perlu dikeluarkan serta merta dan mungkin hanya perlu dibayar selepas pembinaan disiapkan. Ini bermakna, dalam tempoh pembinaan, Kerajaan sudah boleh memulakan jualan lot-lot berkenaan.

Bagaimana jumlah RM 23 juta yang merupakan harga bagi tingkat bawah Bazar itu yang akan diperolehi semula oleh Kerajaan boleh dikatakan kerugian?

Jika ia dikatakan kerugian, itu bukan rumusan ekonomi tetapi sebuah karya seni. Apa motif karya seni dihasilkan sedemikian, terpulang.

Antara peniaga yang akan dipindahkan ke bazar baru ini selain peniaga Arked Lama MPKB ialah peniaga Arked Uda.

Kalau Arked Lama MPKB dikatakan uzur, peniaga Arked Uda pula perlu berpindah kerana Uda akan mendirikan gedung perniagan baru mereka di tapak yang ada sekarang.

Uda ditubuhkan untuk menjaga kepentingan strategik orang Melayu di pusat-pusat bandar.

Dalam perjalanannya yang jauh, fungsi UDA semasa penubuhannya dulu mungkin telah beransur berubah.

Bangunan yang besar dengan ruangan niaga yang mahal, dicampur orientasi keuntungan, sedikit demi sedikit meletakkan tanggung jawab sosial semakin terpinggir.

Dalam kes ini, Kerajkaan Negeri pula terpaksa mengambil alih peranan UDA dengan peniaganya sendiri di Arked mereka terpaksa mencari tempat bernaung di bazar yang akan didirikan khas oleh Kerajaan Negeri.

Ini sebenarnya sudut yang harus dilukiskan dengan penuh perasaan oleh artis-artis. Lebih-lebih lagi, bagi sesiapa yang masih ingat kisah peniaga kecil ini yang terpaksa berpindah randah, bermula darti Medan Hijau berdekatan Bangunan UMNO Negeri Kelantan sekarang, satu masa dulu.

Atas sebuah perjalanan yang datang bersekali dengan pertukaran Kerajaan pada masa itu dan sebuah obligasi sosial yang akan dijayakan oleh Tok Guru, RM 23 juta bukan pertaruhan tanpa perhitungan.

Ia gambaran komitmen Kerajaan Negeri terhadap nasib rakyatnya , termasuk para peniaga dan atas tujuan memenuhi obligasi sosial sahaja, ia selamanya bukan sebuah kerugian.

Bagaimana maklumat ini bocor?

Ia satu sudut bagaimana isu ini boleh dilihat, kalau maklumat ini dirasakan rahsia atau perlu dirahsiakan.

Pertama, ia dibincang oleh Jawatankuasa. Jawatankuasa ini ada ahlinya. Pemaju juga mungkin dijemput untuk berbincang dan persetujuan mereka tentulah perlu. Kerana itu, mereka mungkin orang paling awal tahu tentang maklumat ini. Waklil PMBK juga mungkin hadhir dan wakil ini mungkin pula perlu berbincang dengan rakan sejawatan mereka di PMBK. Mereka tahu tentang maklumat ini, Ia kemudian dibincang dalam Exco.

Jika 'kebocoran' ini perlu disiasat, saya sangat menyokong. Ia boleh mengelakkan ada mana-mana pihak menjadi mangsa permainan- baik bernama sangkaan atau tudingan. Jalan yang paling mudah, rasa saya, ialah Tok Guru memanggil majlis dan dengan menggunakan apa-apa kaedah yang diajar oleh Islam, mencari orangnya. Ia boleh bermula dengan Ahli Exco sendiri supaya ia tidak berpanjangan dan berterusan dalam prasangka.

Juma'at lalu, Mahkamah Rayuan di Putra Jaya telah menolak rayuan seorang peniaga yang telah menyaman Akademi Keluarga Bahagia atas isu pembekalan baka-baka kambing. Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah juga menolak permohonan mereka.

Isu ini telah dikaitkan dengan saya sedemikian lama oleh seorang penulis blog. Sesekali tulisan penulis blog ini semacam menunjukkan ada maklumat dalaman. Pada masa yang sama, penulis ini berkawan rapat dengan pemimpin dan orang tertentu. Malah permit penerbitannya digunakan untuk menerbit satu tabloid pro PAS.

Rasanya sudah lebih emat tahun blog ini mencincang saya berbagai gaya.

Saya mengambil sikap tidak bertindak balas baik pada penulis blog tersebut mahu pun rakan-rakannya yang sesetengahnya juga adalah rakan saya.

Sebabnya, isu yang dibangkitkan tidak faktual. Ia lazimnya dicampurkan dengan fantasi dirinya sendiri. Ia sampai lebih tahu apa ada dalam hati kecil kita dari kita sendiri. Ia sampai memasang niat saya seakan dia adalah saya dan saya adalah dia.

Tapi itu bukan kerja baru.

Islam telah mengajar semua itu.

Selagi kita benar, kebenaran akan terserlah, lambat atau bangat.

Keputusan kedua mahkamah itu adalah contohnya.

Serangan seperti i ni amat bertunjangkan kebencian, bukan kejujuran.

Dalam kes baka-baka kambing tadsi, kisah bermula apabila saya meminta bekalan yang hendak dihantar kepada Kerajaan mestilah dijalankan melalui proses tawaran harga. Tawaran syarikat lain untuk spesifikasi sama ialah semuanya di bawah RM 900.

Ia menjadi punca kemarahan tetapi Insya Allah, saya rela mati mempertahankan prinsip dari tunduk kepada ugutan.

Ia memang tidak mudah. Sentiasa ada pemain-pemain yang lincah bermain di luar garis peraturan. Sumbatan belakang tabir mungkin boleh terjadi.

Namun, semua itu lumrah yang tidak ada penghujungnya sementara dunia belum kiamat.

Zulaikha yang cuba memperdaya Nabi Yusuf tiba-tiba terlepas dengan bijak berkata-kata dan Nabi Yusuf pula menjadi mangsa tuduhan. Abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuh baginda pulang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis teresak-esak, membawa pulang baju berlumuran darah. Semuanya sebuah pementasan drama kehidupan.

Sentiasa ada yang perlu berkorban untuk jenayah dan keburukan yang dilakukan orang lain.

Thursday, January 14, 2010

Siapa lagi yang mahu menggoncang Tok Guru?



Hari ini saya terbaca dalam malaysiakini mengenai satu artikel yang bertajuk "Nik Aziz terus kebal depani krisis:Pensyarah".Pandangan ini dikememukakan oleh dua orang pensyarah yang tersohor di Malaysia iaitu Dr Abu Hassan Hasbullah dan Prof Dr Mohd Agus Yusoff.Bagi saya artikel ini satu pandangan yang menarik di tengah-tengah asakan UMNO ke atas tok guru yang semakin hebat hari demi hari.Nyata perancangan UMNO untuk menjatuhkan kreadibiliti tok guru hanya sia-sia dan bakal menjerat diri mereka sendiri yang semakin hebat dengan program "UMNO juara rakyat" yang dicanang-canangkan di seluruh Malaysia.Dari awal lagi saya sudah menyangka taktik UMNO ini ibarat senjata makan tuan kerana sokongan yang ditunjukkan selepas segalanya yang berlaku semakin bertambah.Buktinya demo yang dijalankan selepas kuliah mingguan pada beberapa bulan yang lepas menunjukkan beliau masih unggul dan popular.Bukti yang terbaru dikeluarkan oleh Prof Dr Hassan Hasbullah mengenai data terkini menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kelantan meningkat sebanyak 8 hingga 12 peratus (kepada 73.6 peratus) pada November lalu berbanding 63 peratus pada pilihan raya umum 2008.Lihatlah kebesaran Allah melindungi hamba-hambanya yang disayangi walaupun dihujani dengan fitnah dan tohmahan dari pihak-pihak yang hanya mementingkan nafsu politik mereka sahaja.Saya yakin jika UMNO terus menghamburkan perkara-perkara sedemikian nescaya mereka tidak akan mampu menawan Kelantan bahkan bakal memberi malapetaka yang besar kepada mereka.Persoalan disini timbul,apa rahsia tok guru yang menyebabkan beliau masih dipandang tinggi?.Mungkin ramai yang memberikan pandangan tetapi bagi saya,ada dua elemen yang mungkin menjadi faktor 'major' persoalan ini iaitu akhlak beliau dan doa.Tidak dinafikan lagi,beliau menjadi ikon bagi semua peringkat masyarakat tidak kira melayu,cina atau india melalui ketinggian akhlaknya.Kesederhanaan,merndah diri dan lantang bersuara jika terdapat kepincangan pemerintah menyebabkan UMNO tergugat sehingga hari ini khususnya di negeri Kelantan.UMNO merasakan tok guru merupakan tokoh yang harus 'dihapuskan' kerana UMNO beranggapan tok guru hanya memberi masalah kepada perancangan mereka untuk menawan Kelantan.Doa tok guru merupkan satu-satunya senjata ampuh menangkis serangan UMNO.UMNO sangat fobia dengan doa tok guru seperti doa laknat tok guru berkaitan royalti minyak Kelantan yang diminta.Bagi mereka,doa tok guru mempunyai aura yang mampu memberi impak yang besar.Kedua-dua elemen inilah menjadi kekuatan dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang semakin menghantui dirinya.Secara tuntasnya,jika UMNO terus bermain cara lama,mereka mungkin mendapat 'gol' sendiri....

Monday, January 11, 2010

Ulasan buku ''Catatan Kanvas kehidupan''



Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan pembacaan buku saya iaitu Catatan kanvas kehidupan karangan Ust Ridhuan Mohd Nor.Buku ini mengandungi 194 muka surat mengambil masa 1 hari sahaja untuk dihabiskan.Buku ini memaparkan tentang kisah beberapa pimpinan Pemuda Pas yang dicertakan sendiri oleh mereka iaitu Ust Ridhuan sendiri,Ust Nik Abduh,Ust Nasaruddin Tantawi dan beberapa orang exco yang lain.Kisah yang diceritakan Ust Ridhuan kebanyakanya berkisar tentang misi kemanusiaan termasuklah di Pakistan,Kemboja dan Lubnan.Saya sangat teruja apabila beliau sendiri terpaksa bersusah payah menjadi sukarelawan misi bantuan di negara tersebut.Pelbagai kesusahan yang ditempuhi seperti cuaca musim sejuk,ancaman keselamatan dan sebagainya.Saya merasakan seolah-olah saya sendiri turut bersama-sama beliau yang hanya tidur di dalam khemah dan suhu yang menjangkau -15 darjah celcius.Selain itu,penceritaan situasi dalam negara juga turut diimbau.Pelbagai kisah menarik yang boleh diambil seperti Himpunan BERSIH,peristiwa 1998,ISA,dan Ops Kriket bagi membantah skuad Kriket Israel datang ke Malaysia.Zaman reformasi sehingga 2004 banyak mencoret lakaran sejarah hitam negara menjadi bukti kezaliman kerajaan UMNO dan BN.Saya masih ingat apabila penulis menceritakan detik-detik selepas pilihanraya 1999 di mana kerajaan semenjak daripada itu menggunakan kekerasan dengan memperalatkan Polis dan FRU untuk menghalang ceramah-ceramah politik.Unit Amal tidak ketinggalan menghiasi kisah-kisah menarik dalam buku ini apabila satu XPDC telah digerakkan di kampung orang Asli semata-mata ingin mengislamkan mereka.Situasi pada waktu tersebut menyebabkan pemuda berganding tangan menjayakan XPDC tersebut kerana pada sebelumnya kampung tersebut telah didatangi mubaligh Kristian.Sedar atau tidak orang asli merupakan masyarakat yang mencatatkan kejadian murtad yang amat membimbangkan.Ust Nik Abduh pula meneruskan penceritaan mantap dalam buku ini.Anak Tok Guru ini dan MB kelantan ini kelihatan santai dalam penceritaanya seperti berborak dengan org lain.Salah satu yang menarik dalam buku ini ialah beliau ada bertanya kepada pembaca jika diberi pilihan menjadi anak MB Kelantan adakah anda akan suka?.Beliau tidak memberi jawapan sebaliknya memulangkan jawapan kembali kepada pembaca.Kalau tanya kepada saya,saya jawab mestilah suka.Menjadi anak orang kenamaan.Hehehehehhe.Ust Nik Abduh paling teruja apabila beliau pergi ke rumah Amy search pada Hari Raya Aidil Adha.Manakan tidak,pergi ke majlis penyanyi popular siapa yang tidak teruja.Kemudian Ust Nasaruddin Tantawi menceritakan kisah-kisah dalam hidupnya.Apabila saya membaca kisah beliau,saya begitu sebak dan memuhasabah kembali apa yang telah kita lakukan demi kepentingan Islam.Beliau sanggup memenuhi jemputan keseluruh negara tanpa rasa penat dan jemu dan pernah satu ketika beliau dari Pahang pergi ke satu tempat yang agak jauh untuk memberikan ceramah.Apabila sampai beliau diberitahu beliau tiada dalam agenda.Beliau pulang tanpa berkata-apa walaupun sebenarnya pihak penganjur sudah tersilap sangka (ingatkan Ust Azman Shapawi).Beliau pernah berceramah dengan hanya RM 50 untuk duit minyak dan tol.Namun apa yang menjadi pengajaran saya,setiap kesusahan yang beliau lalui beliau ingat kembali kepada Allah dan berkata,sesungguhnya pengorbananku ini jauh lebih kecil daripada pimpinan atasan.Juga tidak dilupa peristiwa mogok lapar yang menyebabkan beliau beberapa kali jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat mogok lapar untuk mangsa-mangsa ISA.Sekian...

Sunday, January 10, 2010

Debat Rafest:Suatu Analisis

Assalamulaikum dan salam perjuangan.
Pertandingan debat ukhuwah yang berlangsung selama 5 hari beturut-turut akhirnya melabuhkan tirai semalam.Tidak diduga HS yang tewas kepada IRK sebelum ini tidak disangka-sangka menjadi juara dengan margin 5.Tindakan penganjur membuat perubahan di saat-saat akhir merubah segalanya.Jika diperingkat kumpulan,LAW 1 dan IRK begitu gah memenangi 2 perlawanan,namun kedua-duanya tersungkur pada pusingan separuh akhir.Pada peringkat akhir saya beranggapan Law 2 akan menang,namun yang amat mengejutkan sebaliknya berlaku.Mari kita analisis mengapa kedua-dua 'pasukan pilihan' serta pasukan IRK gagal ke peringkat akhir.

1)Perubahan format petandingan pada saat akhir
Pihak penganjur pada mulanya menyatakan juara kumpulan akan layar ke peringkat akhir.Jika teori ini diguna pakai,LAW 1 dan IRK akan ke peringkat akhir berdasarkan margin 6 dan 5.Namun pihak penganjur mengubah sistem debat kepada peringat separuh akhir terlebih dahulu.Apa yang saya pertikaikan,mengapa sistem ini diubah sedangkan pertandingan peringkat akhir hampir melabuhkan tirai.Mengapa pihak penganjur tidak mengambil pandangan beberapa pihak terlebih dahulu sebelum membuat keputusan!

2)Tajuk tidak ilmiah dan bersifat semasa.
Tidak dinafikan pihak penganjur mengambil tajuk debat berdasarkan debat diraja.Tetapi saya berpandangan dalam kita berdebat biarlah ilmu kita bercambah bukan hanya sekadar debat sahaja.Hanya ada beberapa tajuk sahaja yang saya fikir matang dan boleh dibahaskan.Tajuk yang diberikan pula dilihat 'bias' kepada satu pihak sahaja.Contohnya tajuk ppertandingan akhir iaitu Perkahwinan bukti cinta sejati.Jika anda menjadi pembangkang apa yang ana ingin katakan.Saya tidak nafikan pihak pembangkang juga mempunyai isi tetapi isi mereka tidak sekuat pihak kerajaan.Tajuk pada peringkat separuh akhir juga sama situasinya menyebabkan LAW 1 dan IRK tewas.

3)Kecelaruan konsep
Disini saya analisis mengapa IRK tewas.Facebook:Duri dalam daging.Apa yang menjadi persoalan saya,jika maksud yang kami utarakan betul sekalipun,jika pihak hakim kata salah, maka kami akan kalah juga.Apa sebenarnya maksud duri dalam daging? Ia sama sekali berbeza dengan api dalam sekam atau gunting dalam lipatan.Inilah mnyebabkan kami tewas disamping masalah kesihatan saya mengganggu perlawanan tersebut.Saya sudah dapat rasakan kami akan tewas jika pemahaman kami berbeza.

Ini adalah analisis semata-mata.Saya mengalu-alukan komen daripada semua pihak yang sudi memberikan pandangan.Apa yang menyedihkan sepanjang penglibatan saya dalam debat ialah saya tewas kerana ditipu penganjur iaitu semasa di sekolah rendah apabila sekolah kami tiba-tiba ditarik kemenangan dan debat rafest.Jadi ingin saya katakan,SAYA TIDAK AKAN TERLIBAT DAN MASUK LAGI DENGAN MANA-MANA PERTANDINGAN DEBAT DAN BERSARA SEPENUHNYA DARI PERTANDINGAN INI!!!!

Rasulullah, Sahabat, Ust Ibrahim Libya dan Diri Ini...

"Kadang-kadang terfikir di benak hati ini apakah diri ini layak menjadi ahli Syurga atau sebaliknya. Walau dah ditempatkan oleh Allah sebagai ahli sebuah jamaah yang memperjuangkan Islam, namun amat terasa sekali yang diri ini tiada memberi apa-apa sumbangan pada perjuangan yang suci lagi diredhai ini. Kadang-kadang merasa malu sendiri dan kerap tertanya apakah pengorbanan yang telah kuberikan selama ini. Sudahkah aku melaksanakan tanggungjawab dan amanah sebagai ahli Parti Islam ? Apakah kepentingan dunia masih mendahului keutamaan Akhirat ? Bagaimana pula penilaian Allah terhadap diri ? Dan pelbagai persoalan bermain di kepala ?

Dan memang jelas tak layak untuk nak bandingkan diri ini dengan segala pengorbanan dan jerih payah Baginda Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dalam nak menyampaikan risalah Allah serta mengajak umat manusia mentauhidkan-Nya.

Terkenang bagaimana Rasulullah dibaling dengan batu, dimaki, dituduh melakukan sihir, gila dan pelbagai lagi tohmahan yang dilemparkan oleh para pemimpin Musyrikin Mekah ketika itu. Namun insan teragung utusan Allah ini tidak pernah merasa takut, susah, keluh-kesah dalam menghadapi ujian dan halangan yang begitu hebat. Hingga pernah ada cubaan untuk membunuhnya. Walau apa jua jenis halangan dan ancaman yang timbul, namun Rasulullah tetap terus mara berhadapan dengan golongan toghut dan pembesar Mekah ketika itu bagi menyampaikan seruan Ilahi yang haq.

Walau pelbagai jenis fitnah dan tribulasi yang dihadapi Baginda, namun untuk nak mengundur setapak tidak sekali-kali. Apa yang penting perintah Allah mesti dilaksanakan segera dalam apa jua keadaan sekalipun. Samada pihak penentang mahu menerima atau tidak seruan yang disampaikan, itu bukan persoalannya sebab hidayah adalah urusan Allah. 4 sifat terpuji Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah yang ada pada diri Rasulullah telah berjaya menarik sebahagian kecil dari penduduk Mekah memeluk agama Tauhid ini.

Cahaya Islam milik mutlak Allah tetap bersinar juga akhirnya walau datanglah sebesar mana tentangan sekalipun.

Kemudian Rasulullah menerima wahyu daripada Allah yang memerintahkan Baginda berhijrah ke Madinah bersama golongan yang telah beriman. Peristiwa besar Hijrah ini merupakan titik-tolak kepada era kebangkitan Islam pertama bila Rasulullah bersama sahabat serta sokongan padu golongan Ansar dan Muhajirin berjaya menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) pertama Madinah. Dengan tertegaknya Negara Islam pertama Madinah dan diikuti pula kejayaan menawan semula Kota Mekah, selepas itu Islam terus tersebar luas dan menakluki 2/3 wilayah dunia ini.

Apakah resepi kejayaan Baginda Rasulullah S.A.W., para sahabat, auliya', tabiin, solifusoleh, waliyullah dan golongan mu'min dalam meneruskan kesinambungan kecemerlangan dan kegemilangan Islam ini ? Sudah tentu jawapannya adalah dengan iman dan taqwa kepada Allah S.W.T. Melaksanakan seluruh isi kandung Al-Qu'ran dan Sunnah. Pada zaman kegemilangan ini, umat Islam amat digeruni dan dihormati oleh pihak musuh. Walau pelbagai cubaan musuh untuk nak menjatuh dan menyekat pengaruh Empayar Islam namun semuanya gagal.

Sifat-sifat kekasih Allah ini antaranya kenal Allah (cinta hakiki), kasih pada Rasulullah, tidak takut mati (cintakan syahid), utamakan Akhirat, mengasihi sesama mu'min tetapi tegas terhadap musuh.

Apakah di dalam negara kita juga ada mujahid yang mempunyai ciri-ciri sedemikian ?

Ya, memang ada. Assyahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang setia.

Peristiwa berdarah Memali membuktikan kepada kita betapa gerunnya kerajaan toghut UMNO di bawah regim Mahathir terhadap pengaruh dan ketegasan Assyahid menyeru umat Islam kembali kepada Aqidah Islam yang murni. Dalam hal yang menyentuh perkara Aqidah, Assyahid tiada tolak ansur dan tidak takut pada sesiapa pun, hatta pada keluarganya sendiri.

Walau di mana saja beliau berpidato, samada di hadapan ribuan manusia atau beberapa orang saja namun nadanya tetap sama. Tegas dan jelas berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah. Dalam setiap pidatonya, assyahid sering memperingatkan kepada masyarakat Islam akan tanggungjawab masing-masing tanpa mengira kedudukan atau pangkat. Terutama kepada mereka yang cuba menghalang kebangkitan Islam yang didokong oleh PAS. Antara ucapan-ucapan yang sering ditegaskannya ialah ;

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga mengucap dua kalimah syahadah itu. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam, maka janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika disekat, kami akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami sebagai syahid dan kamu pula dalam hal ini mati katak semata-mata, mati sia-sia. Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak".

Assyahid juga sering menegaskan bahawa di antara pendokong Islam dan pendokong nasionalisma/sekularisma mesti ada garis pemisahnya dalam semua hal. Tidak kira siapa mereka, jiran atau kaum keluarga. Bagi Assyahid, sekiranya dasar pemisahan ini tidak terlaksana, maka selagi itulah Daulah Islamiyah tidak akan tertegak. Antara pandangan yang pernah beliau tegaskan adalah ;

"Maka pada ketika itu golongan yang hendak pada Islam dan golongan yang menentang Islam itu terasing dan terpisah. Maka sekarang ini tidak wujud lagi ciri-ciri seperti itu. Sekarang ini wujud golongan yang masih hendak berdamai dengan musuh-musuh Islam dengan alasan tidak mahu memecah-belahkan masyarakat. Adakah orang sedemikian rupa boleh berperang pada jalan Allah atau boleh mencapai mati syahid ? Sejauh manakah keikhlasan kita dalam menegakkan Aqidah dan keimanan kita kepada Allah dan Rasul-Nya".

Ketegasan Assyahid bukan setakat kepada pihak pemerintah atau para penyokong UMNO saja tetapi juga kepada pendokong Islam, hatta PAS sekalipun. Begitu juga keluarganya. Beliau sering menekankan kepada semangat juang yang tinggi dan keikhlasan diri dalam perjuangan. Antara yang disebutkan dalam tamrinnya yang terakhir ialah ;

"Kita hendak basuh hati dan jiwa kita dengan jihad pada jalan Allah. Golongan yang masih berkarat dengan penyakit dunia (hubud dunia) itu, keluarlah dari Parti Islam (PAS). Kalau hendak cari kesempatan dengan Parti Islam, tidak payahlah, keluar saja, buat mati jahiliyah atau mati kafir saja. Janganlah kalau diajak kenduri capat saja pergi tetapi bila diajak bertamrin takut. Sejauh manakah laungan "Allah hu akbar" yang kita kumandangkan ke angkasa dalam mana perjuangan kita masih di takuk lama..."

Sifat ketegasan dan keikhlasan yang ada pada diri Assyahid itulah juga telah membawanya pulang ke pangkuan Allah sebagai syuhada' bersama 13 lagi pengikutnya. Darah syuhada' yang tumpah di bumi Memali pada 19 November 1985 inilah menjadi titik-tolak kepada kebangkitan Islam di seluruh negara.

Hari ini Assyahid bersama 13 rakannya sedang berbahagia di alam Barzakh dan mendapat rezeki berterusan. Syurga sedang menanti mereka di sana. Juga akan bertemu dengan Rasulullah, para sahabat dan syuhada' dan golongan yang beriman dan bertaqwa bagi meraikan kemenangan yang hakiki.

Sejujurnya adalah amat jauh sekali diri ini jika nak dibandingkan dengan keimanan dan ketaqwaan, ketegasan dan keikhlasan Assyahid dalam perjuangan Islam. Ibarat langit dan bumi.