Assalamualaikum.UMNO terkenal dengan tamak haloba kuasa sekali lagi mendendangkan lagu perkauman.Isu perarakan maulidur rasul tiba-tiba menjadi hangat belakangan ini.Mengapa? Kerana UMNO ingin Pulau Pinang.Saya amat sedih kerana ada beberapa ahli Parlimen yang terjerat dengat permainan UMNO ini.Ahli Parlimen Kulim Bandar-Bahru dan Pasir Mas menambahkan lagi rencah membakar isu yang tidak semena-mena berlaku ini.Soalnya,jika tiada perarakan sekalipun,adakah ia haram dan menyalahi Agama Islam? Berikan saya dalil menunjukkan wajib berarak untuk menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad S.A.W? Ingat! Kita perlu membezakan ibadat dan adat.Rasulullah S.A.W sendiri tidak pernah mengeluarkan sabdanya untuk berarak.Cinta kita kepada nabi bukan hanya berarak atau memberi hadiah tokoh semata-mata tetapi menghayati apa yang diperjuangkan nabi.Berapa banayakkah selawat kita kepada nabi? Berapa minitkah kita mengingati nabi dalam sehari? Dimana kita apabila karikatur nabi dipertontonkan? Semua ini yang ditanya,bukanya soal berarak.Tiada perarakan pun kecintaan kita kepada nabi masih boleh dipertingkatkan.Ingatlah,berfikirlah mengikut akal,bukan nafsu.Beratubatlah kembali dan muhasabahlah kembali amalan kita.Apa yang nabi ajar dan suruh itulah kita perlu buat bukan hanya menjadi hero politik murahan.Berarak 1000 kali pun jika sembahyang masih tinggal,ibadah tunggang langgang tiada guna hingga keakhirnya.Fikirkanlah...
Followers
Tuesday, February 16, 2010
Manulidur Rasul jadi mangsa??
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Tuesday, February 16, 2010 1 comments
Sunday, February 7, 2010
Gambar biadap blogger UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Assalamualaikum.Saya sangat terkejut dan marah dengan gambar biadap blogger UMNO yang mengeluarkan gambar Anwar ibrahim meliwat Tuan Guru Nik Aziz.Jelas perbuatan mengeluarkan gambar tersebut tindakan yang kurang ajar kepada seorang ulama' yang amat disegani di negara ini.Perbuatan ini layak dianggap sebagai perbuatan binatang yang jelas hanya mengikut hawa nafsu.Blog jeffrydamien09.blogspot.com yang saya baca jelas mempersendakan para ulama' dengan perbuatan-perbuatan yang mengaibkan.Sudah jelas blogger-blogger UMNO kini ketandusan isu untuk dimainkan demi mengejar kepuasan nafsu mereka.Disini saya sertakan laporan berkenaan isu ini.
Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.
Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.
“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.
Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.
Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.
Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.
“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.
Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.
Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.
“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.
“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.
Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.
Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.
“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.
Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.
Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.
Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.
“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.
“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Sunday, February 07, 2010 4 comments
Isu LIWAT Anwar hanya mainan UMNO !!!!!
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Sunday, February 07, 2010 1 comments
Tuesday, February 2, 2010
Teruskan kebangkitan para mahasiswa!!!!
Assalamualaikum...Pilihanraya kampus 2010 bolehlah saya kira panas dengan isu e-voting.Namun yang menjadi tumpuan pastinya Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi medan pertempuran pro-mahasiswa dan pro-aspirasi dengan pelnagai isu yang menjadi warna-warni perjuangan kampus.Sekali lagi isu e-voting hangat diperdebatkan dan hasilnya,sudah tentu dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan dalam kampus.Bagi saya pilihanraya kampus di UM memang dijangkakan paling panas dalam Malaysia.Kesungguhan mereka berarak dan sanggup berdepan dengan naib canselor amat saya kagumi.Natijahnya,pihak pentadbiran terpaksa menggantung keputusan pilihanraya tersebut.Tahniah pejuang UM!!!!!.Gerakan kebangkitan bukan terhenti di UM malah ke bandar pendidikan iaitu Bangi yang menjadi saksi detik kebangkitan anak muda di UKM.Saya tidak menyangka mereka juga begitu agresif memperjuangkan hak demokrasi mereka di kampus.Bermula dengan melebelkan GMUKM sebagai pro israel hingga ke tangkapan menghisasi rencah perjuangan di UKM.Walaupun sebelum ini 'sunyi' dengan gelombang perjuangan mahasiswa,namun saya yakin selepas ini UKM bakal menjadi lakaran gelanggang kebangkitan mahasiswa di Malaysia.Walaupun 'tewas' namun bagi saya mereka sebenarnya sudah mengecapi kemenangan yang amat besar.Mereka bukan sahaja membuka mata warga UKM namun warga Malaysia amnya.Kita mahukan mahasiswa yang berani dan sedia berdepan dengan pelbagai mehnah yang bakal menggoncang jiwa dan nurani mereka.Ingatlah,kita masih mempunyai banyak kerja yang belum dilangsaikan.Kampus-kampus yang masih diam dengan perjuangan,kita perlu suntik dengan bara kebangkitan.Saya percaya dan yakin,suatu masa nanti gelombang ini bakal membadai negara.Jika pihak aspirasi selesa dengan kemenangan mereka,mereka sebenarnya lupa bahawa askar-askar kami hampir siap dalam pembikinan......
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Tuesday, February 02, 2010 2 comments