Followers

Tuesday, December 30, 2008

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Petikan-petikan Kata Para Imam Sebagai Pedoman

Imam Malik Bin Annas Rahimahullah:

Jauhilah pendapat orang-orang yang (mengeluarkan pendapat) berdasarkan akal fikiran kecuali jika sudah disepakati oleh para ulama’ (ijma’). Ikutilah al-Qur’an yang telah diturunkan kepadamu oleh Tuhan kamu dan ikutilah Hadis yang telah diturunkan kepadamu oleh Nabi kamu. (Diriwayatkan oleh al-Sya’rani – al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 188)

Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah. (Kata-kata oleh Malik Bin anas Rahimahullah, Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32)

Imam Abu Hanifah rahimahullah:

Saya mengambil (hukum agama) dari kitab Allah (al-Qur'an); Apa yang saya tidak temui dalamnya, maka saya ambil dari sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika saya tidak temui dalam kitab Allah atau sunnah Rasulullah, nescaya saya ambil pula pendapat sahabat-sahabatnya. (Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, jld. 13, ms. 368)

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu. (Kata-kata oleh Abu Hanifah, Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50.)

Imam as-Syafi’e rahimahullah:

Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini. (Diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94)

Dalam setiap permasalahan, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti. (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363)

Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab (peganganku) aku. (Diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57)

Apabila kamu dapati di dalam kitab-ku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan). (Kata-kata oleh as-Syafi’e Rahimahullah, Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 63)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. (Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276)

Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah:

Setiap orang boleh diambil dan ditinggalkan perkataannya kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. (Rof’ al-Malam ‘an A’immat al-A’lam)
"

Sunday, December 28, 2008

Peristiwa-peristiwa penting di bulan Muharam

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

-Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
-Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
-Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
-Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
-Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah menciptakan alam.
-Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
-Hari pertama Allah menurunkan hujan.
-Allah menjadikan 'Arasy.
-Allah menjadikan Luh Mahfuz.
-Allah menjadikan alam.
-Allah menjadikan Malaikat Jibril.
-Nabi Isa diangkat ke langit.
"

Peristiwa dan salam Maah hijrah

" Alhamdulillah. Muharam has arrived again and may all muslims around the universe be blessed with good looks, good lucks, good lives, good love, good life insurances, good laughters, good morning, good night and lesser terrorist accusations from the stupidest people on Allah's beutiful planet.

Maal hijrah 1430 and may the richer be less greedy, the poorer be more prosperous and the undeserving be deprived. We love islam and we are proud to declare Muslim. May God save all of us regardless of religion and have a great new year ahead..


1-MUHARAM
Khalifah Umar Al-khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah

10-MUHARAM

Dinamakan juga hari asyura. pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Antara peristiwa-peristiwa yang dipercayai berlaku pada tarikh ini:-

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran raja namrud
5. Allah menurunkan kitab taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah penyakit kulitnya yang amat teruk
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada 40 hari dan 40 malam
10. Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa daripada tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari pertama Allah menurunkan hujan
15. Hari pertama Allah menurunkan rahmat
16. Allah menjadikan 'arsy
17. Allah menjadikan lauh mahfuz
18. Nabi Isa diangkat ke langit.




Doa Awal Tahun

"Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam keatas junjungan kami nabi Muhammad dan keluarga baginda dan para sahabat. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya.Demi kelebihan-mu yang maha Agung dan kemurahan-mu yang melimpah, sesunguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada engkau perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekati diri kepada engkau. Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad dan keatas keluarga baginda dan sahabatnya.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam"

Doa awal tahun dibaca 3kali selepas waktu Asar dan maghrib pada akhir zulhijjjah.
Dan sertakan doa kemenangan untuk pejuang-pejuang islam diserata dunia. amin..

Friday, December 26, 2008

Sambut Tahun Baru: Jangan Jemput Murka Tuhan

Beberapa hari lagi kita memasuki tahun baru 2009. Menjadi kebiasaan, sambutan tahun baru diserikan dengan 'countdown' dan tentunya konsert.

Kita melangkah ke tahun 2009 dalam keadaan ekonomi Malaysia dan dunia masih terumbang-ambing. Ramai yang hilang pekerjaan. Ramai yang merintih tentang kos hidup yang tinggi. Ramai yang masih belum dapat pulang dengan selesa ke rumah masing-masing di Bukit Antarabangsa. Ramai pula yang rungsing dengan tempat tinggal mereka di cerun bukit yang berisiko.

Pendekata kita melangkah ke tahun 2009 tidak dengan 'langkah bergaya' tapi penuh dengan cerita-cerita muram.

Sambutan tahun baru yang biasanya diserikan dengan countdown dan konsert itu seakan-akan tidak merasai sama denyut nadi mereka yang derita dan susah. Yang ditonjol dan ditunjukkan hanyalah kegembiraan yang sementara di malam itu sahaja. Selesai konsert sambut tahun baru, maka muncullah cerita ditemui kondom, anak muda berpelseran dan cerita yang tidak enak didengar. Sembilan sepuluh bulan kemudian, pergilah ke hospital untuk mendengar cerita anak yang dilahirkan tanpa bapa. Enakkah cerita-cerita ini?

Saya ingin mengesyorkan pihak-pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri, pihak media dan mereka yang bercadang mengadakan sambutan tahun baru nanti supaya peka dengan sensitiviti agama dan kehidupan masyarakat kita.

Sambutan Maal Hijrah baru berlaku sehari dua sebelum itu, kemudian dicemari dengan program yang melalaikan pula?
Apa salahnya kita sambut tahun baru dengan bacaan Yaasin, solat hajat (bagi mereka yang beragama Islam) sambil berdoa kemakmuran terus diperolehi, dijauhkan dari bala bencana dan ekonomi yang baik.

Adapun menyambut tahun baru dengan acara yang sekian lama telah dibuat, maka ia bukanlah budaya asal orang Melayu Islam, atau budaya masyarakat India dan Cina, cuma kita terikut-ikut dsengan budaya Barat. Bahasa mudahnya-'hedonisme'. Yang seronok nanti hanyalah muda-mudi yang kekadang tak pernah tahu tentang penderitaan orang lain.

Kalau ada peruntukan besar untuk program yang sedang diatur untuk sambutan tahun baru, saya syorkan supaya ia disalurkan kepada perkara lebih bermanfaat untuk golongan yang lebih memerlukan dari menghabiskannya kepada bunga api atau bayaran untuk artis.
"

Thursday, December 25, 2008

Tafsir Surah al-Maidah Ayat 102 : Nabi tegah bertanya agama tidak serius

Ayat ini diturunkan bersempena dengan Abdullah bin Huzafah r.a. Beliau termasuk di kalangan ahli Badar yang diutuskan oleh Nabi s.a.w. membawa surat yang mengajak Raja Parsi (Kisra) memeluk Islam

"Masuk Islam, kamu selamat," demikian antara isi kandungan surat itu. Kisra diberi peringatan bahawa jika raja Parsi itu tidak memeluk Islam nescaya dia memikul dosa pengikutnya dari kalangan penganut agama Majusi.

Abdullah bin Huzafah tidak sujud kepada Kisra kerana Nabi s.a.w. mengharamkan sujud kepada makhluk, selain dari Allah.

Abdullah menyerah surat Nabi s.a.w. kepada Kisra tanpa memperdulikan protokol raja Kisra walaupun dia dimarah oleh raja itu.

Kisra telah mengoyak surat Nabi s.a.w. di dalam majlis penghadapan di istana Kisra. Apabila peristiwa tersebut diberitahu kepada Nabi s.a.w., baginda bersabda yang bermaksud: "Akan dikoyak setiap yang dikoyak. Apabila binasanya Kisra, tidak ada lagi raja yang bergelar Kisra selepas itu."

Inilah murkanya Nabi s.a.w. apabila suratnya tidak dilayan sedangkan mengikut muamalah antarabangsa pada masa itu sesuatu negara mestilah menghormati utusan yang dihantar dari mana-mana negara ke dalam negara tersebut.

Utusan Nabi, Abdullah bin Huzafah dihina. Allah Ta'ala telah menjatuhkan kerajaan Parsi di zaman Saidina Umar Ibnul Khattab r.a.

Mengikut riwayat At-Tirmizi dan Daraqutni, dari Ali r.a. katanya, ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa ketika diturunkan firman Allah yang bermaksud: "Dan sabit bagi Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji ke Baitillah (Makkah) kepada sesiapa yang mampu berjalan menuju kepadanya." (Surah Ali Imran: 97)

Bila turun ayat ini mereka bertanyakan Nabi s.a.w., "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. mendiamkan diri, tidak menjawab. Mereka bertanya lagi, "adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah?" Rasulullah bersabda yang bermaksud, "tidak, kalau aku menjawabnya nescaya wajib mengerjakan haji setiap tahun."

Yakni ianya akan menjadi keberatan kepada kamu. Lalu Allah menurunkan ayat ini. Mengikut al-Bukhari bahawa hadis ini adalah hadis hassan tetapi mursal (sandarannya putus) kerana orang yang meriwayatkan hadis ini, Abu Bakhtari (Said) tidak bertemu dengan Saidina Ali r.a.

Bagaimana dia boleh meriwayatkan hadis ini dari Ali dan dari Nabi s.a.w.? Justeru hadis ini tidak boleh menjadi hujah yang kuat sebagaimana riwayat yang terdahulu.

Ayat ini melarang kita bertanyakan masalah agama kerana bermain-main terutamanya kepada sahabat r.a. ketika wahyu diturunkan.

Apabila ditanya maka Allah menurunkan wahyu yang lain pula. Seringkali ia menjadi bebanan yang berat kepada mereka kecuali dalam perkara yang diizinkan oleh syarak.

Perkara ini pernah berlaku kepada Bani Israel dan kaum-kaum yang lain di zaman silam. Firman Allah yang bermaksud,"sesungguhnya telah bertanya oleh kaum yang lebih dahulu daripada kamu kemudian mereka menjadi orang-orang yang kafir." (Surah al-Maidah: 102)

Di antaranya ialah kaum Nabi Soleh yang bertanyakan Nabi itu supaya menunjukkan bukti lalu Allah mengurniakan mukjizat seekor unta yang luar biasa.

Tiba-tiba mereka menjadi kafir. Mereka menyembelih unta mukjizat yang dikurnaikan oleh Allah kepada Nabi Soleh dan mereka dibalakan oleh Allah dengan satu tempik (jeritan) yang membinasakan mereka semuanya.

Hanya tinggal bangunan yang di pahat daripada bukit yang pejal yang menjadi tempat tinggal mereka.Kaum Nabi Soleh dimatikan oleh Allah.

Justeru kita jangan jadi seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s. yang meminta supaya diturunkan hidangan daripada langit. Oleh kerana sayangkan para sahabatnya, Nabi Isa a.s. berdoa supaya Allah menurunkan hidangan daripada langit.

Kemudian mereka meminta benda yang bukan-bukan seolah-olah mahu jadikan nabi mereka sebagai pemain silap mata.

Jika berlaku sesuatu yang pelik barulah beriman, sebaliknya jika tidak ada benda pelik berlaku mereka tidak beriman kepada nabi Isa a.s. Allah Ta'ala tidak sukar untuk mengurniakan sesuatu yang pelik kepada nabi dan rasul-rasul-Nya untuk dijadikan sebagai mukjizat kepada mereka dan kepada wali-wali-Nya sebagai karamah.

Tetapi apabila ada perkara yang pelik ini, tiba-tiba engkar, tidak mahu ikut maka siksanya adalah lebih berat. _

Tuesday, December 23, 2008

Kalimah Allah pada baju di pasaraya-sabah


 Assalamualaikum w.b.t Saudara pengarang,

1. Sebagai seorang Islam, saya amat memandang berat dan berdukacita kerana masih ada segelintir peniaga yang menjual baju yang tertera perkataan Allah.

2. Semasa mencari peralatan persekolahan anak di KK Plaza petang tadi (20 Dis 2008), saya telah menjumpai baju wanita yang tertera perkataan ALLAH di kedai pakaian 'MATAHARI', Tingkat 2, KK Plaza, Kota Kinabalu, Sabah (berhadapan dengan pasar besar Kota Kinabalu). Baju tersebut dijual di dalam 3 warna (hitam, kelabu dan putih).



3. Mohon bantuan saudara pengarang untuk memajukan perkara ini kepada pihak yang berwajib.

4. Sekian, terima kasih.

Yang Benar

MUHAMMAD SAMSURI BIN MAMAT
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Teluk Sepangar, Sabah









Saturday, December 20, 2008

Tokoh Anti-Islam Dunia Berhimpun di Israel!

Media tidak banyak menyentuh tentang perhimpunan tokoh-tokoh anti-Islam dunia di Jerusalem pada 14 Disember baru-baru ini. Antara yang hadir ialah Geert Wilders yang membuat filem 'Fitna', Daniel Pipes dan Aryeh Eldad, seorang tokoh sayap kiri di parlimen Israel.

Mereka berhimpun di Jerusalem dalam acara konferens anti-Islam yang dianjurkan Israel. Dalam konferens sehari itu, Wilders dalam ucapannya mengakui dirinyaseorang pembenci Islam. Dia memuji Israel yang telah menganjurkan konferens tersebut dan mengatakan yang konferensi anti-Islam juga mesti diadakan di Belanda dan di negara-negara Eropah lainnya.

Wilders juga mengatakan invasi Barat ke negeri-negeri Muslim seharusnya tidak hanya menjadikan kelompok-kelompok Islam militan sebagai sasaran serangan mereka, tetapi juga harus menyerang agama Islam itu sendiri. Ucapan Wilders yang berisi penghinaan terhadap Islam, Muslim dan al-Quran mendapat sambutan "standing ovation" dari para hadirin.

Sambutan itu membuktikan peningkatan rasa kebencian terhadap Islam di Israel, yang memang bersikap 'hangat' pada tokoh-tokoh sayap kiri di Eropah yang terang-terangan bersikap rasis dan membenci Islam dan Muslim. Ketika ini, Wilders memang sedang berganding bahu dengan orang-orang Yahudi anti-Islam di Israel dan Amerika Utara, untuk menyebarkan kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Berbeza dengan Wilders, Daniel Pipes mengatakan, tidak bijak jika agama Islam dijadikan sasaran serangan kerana jika yang dibidik ialah Islam, hal itu akan menimbulkan perlawanan dari umat Islam keseluruhannya dan umat Islam akan bersatu membela agamanya.

"Mereka yang menganggap Islam lebih penting untuk dijadikan musuh dan bukan jihad, tidak menyedari adanya perubahan yang terjadi beberapa tahun belakangan ini. Kalangan Islam moderat, meski jumlahnya kecil, tapi bertambah kuat dalam dua tahun belakangan ini," ujar Pipes.

Pipes dan pembicara lainnya dalam konferensi itu mendukung AS agar melanjutkan perangnya melawan kalangan yang mereka sebut sebagai "Islam radikal", melihat fakta makin menguatnya kelompok-kelompok Islam di banyak wilayah di dunia Islam. Salah satunya kelompok Taliban di Afghanistan.

Pipes juga menyatakan sokongannya terhadap kelompok-kelompok di Israel yang menolak proses perdamaian dengan Palestin di Jalur Gaza, Tebing Barat dan Jerusalem Timur dan menolak pembentukan negara Palestin merdeka.

"Saya menyarankan untuk menghancurkan harapan bangsa Palestin yang menginginkan kebebasan dan kemerdekaan kerana keinginan itu sama ertinya dengan keinginan untuk menghancurkan Israel," kata Pipes, seorang Yahudi Amerika yang mendukung sikap anti-Islam Presiden George W. Bush.

Dia menyarankan agar Israel mengusir warga non-Yahudi dari wilayah Palestin-Israel dan menerapkan apartheid secara penuh untuk menghapuskan hak-hak bangsa Palestin.

Seorang lagi yang memberikan ucapan iaitu Profesor John Lewis dari Universiti Duke mengatakan, perang melawan kalangan "Islam radikal" sebaiknya tidak hanya difokuskan di negara-negara Arab, tapi juga di negara-negara Muslim non-Arab seperti Indonesia dan Turki.

Mengomentari konferens itu, Profesor Kajian Islam di Universiti Hebron, Ismael Shindi mengatakan, konferens yang diadakan Israel di Jerusalem itu jelas sebuah konferens yang ingin menyebarkan kebencian.

"Orang-orang yang hadir di konferens itu bukan cendikiawan yang mahukan kebenaran, tetapi orang-orang termotivasi oleh penyakit dan kebencian buta terhadap Islam dan Muslim. Latar belakang dan reputasi mereka, telah merosakkan intelektual dan moral mereka," ujar Shindi.

"Mereka dengan mudahnya mengatakan Islam adalah musuh Barat atau Islam adalah agama kekerasan. Lantas, bagaimana mereka memandang aksi-aksi kekerasan, genosida dan holocaust yang dilakukan orang-orang Kristian di Barat selama 2000 tahun, dan kekejaman-kekejaman Yahudi di era moden sekarang ini?" papar Shindi.

Beliau mengatakan, jumlah korban perang Muslim sejak awal Islam tidak lebih banyak dari korban akibat satu perang yang dikobarkan orang Kristian atau Eropah. Shindi menambahkan, konferens anti-Islam itu menunjukkan makin berkembangnya persepakatan antara kekuata Nazi-Yudea di kalangan orang-orang fasis di Eropah dan Israel. Kerjasama itu, kata Shindi, membuktikan banyak Yahudi Zionis yang tidak lagi menentang prinsip-prinsip Nazisme. (ln/PIC)

Sunday, December 7, 2008

Aidiladha, Sebuah Tip Pengorbanan..

KORBAN’, semata-mata dari segi bahasa ertinya ‘dekat’. Dari segi istilah ia bermaksud ‘menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya.’ Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban merupakan hari perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah peringatan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT.



Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian cantik, bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat di pagi hari, biasanya agak awal sedikit dari Hari Raya Aidil Fitri. Selepas bersembahyang, upacara korban pun dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin, sebagai lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Itulah pengorbanan.



Bila sebut pengorban, saya ingin menghadiahkan tip untuk pelayar-pelayar web ini bersama ucapan Selamat Hari Raya Korban tahun ini.. Apa tipnya? Mari kita lihat dan renung sebuah hadis Ashabul Ukhdud dalam kitab terkenal ‘Riyadhus Shalihin’ oleh Imam Nawawi…



Kisah seorang pemuda Mukmin berada di suatu negara bukan Islam, yang dipimpin oleh seorang raja musyrik dan kafir. Raja itu ingin membunuh pemuda beriman ini, puas dia berusaha membunuhnya berulang kali.. Dia lemparkan pemuda itu dari atas gunung.. dia lemparkan pemuda itu ke lautan.. tetapi setiap usaha membunuh itu tetap gagal kerana Allah selalu menyelamatkan pemuda ini. Maka hairanlah raja musyrik itu.



Pada suatu hari pemuda ini bertanya kepada raja tersebut, “Apakah tuanku benar-benar ingin membunuhku?”



“Ya!” Jawab raja itu. “Semua ini aku lakukan adalah untuk membunuhmu.”



Pemuda itu menyarankan, “Kalau begitu, kumpulkanlah orang ramai di sebuah tanah lapang, kemudian ambillah satu panah dari tempat panahku, letakkan di tempat sasaran. Lepaskanlah ke arahku, dan katakan, “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini!”



Sebelum itu cubaan membunuhnya dilakukan dengan menyebut nama raja, bukan dengan nama ‘Allah Tuhan pemuda ini’. Maka raja pun laksanakan saranannya. “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini.” dilepaskan anak panah itu tepat mengenai sasaran. Maka matilah pemuda itu.



Tiba-tiba bersorak dan menjeritlah orang ramai, mereka mengatakan, “Rupanya Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini! Tuhan sebenar adalah Tuhan pemuda ini!!”



Mereka ingkari pertuhankan raja musyrik itu. Kata mereka, raja itu telah melakukan segala cara untuk membunuh pemuda ini, ternyata tidak berjaya. Tetapi ketika dia mengucapkan satu kalimat, ‘Dengan menyebut Allah, Tuhan pemuda ini’ pemuda ini boleh mati. Kalau demikian pengatur semua kejadian ini, sebenarnya adalah Allah! Maka berimanlah semua mereka. Sehingga Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengulas, “Perbuatan pemuda ini mendatangkan manfaat yang besar bagi Islam.”



Kita lihat pula pandangan Syaikh Allamah Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin dalam Syarah Riyadhus Shalihin 1/165-166 mengenai hadits kisah Ashabul Ukhdud ini, kata beliau...



“Sesungguhnya seseorang boleh mengorbankan dirinya untuk mashlahat kaum Muslimin secara umum.. Pemuda ini menunjukkan kepada raja yang menuhankan dirinya suatu hal yang dapat membunuhnya, iaitu dengan mengambil sebuah anak panah dari busurnya… Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, kerana ini adalah jihad fisabilillah… Sebuah umat beriman semuanya dalam keadaan pemuda ini tidak kehilangan apa-apa, kerana dia mati dan pasti dia akan mati cepat atau lambat…”


Inilah satu contoh pengorbanan seorang mujahid yang memilih mati syahid. Saya telah huraikan dalam tulisan sebelum ini (Saturday, December 6, 200 Sejarah Politik B.Pulau 4: Ada Kaitan Dengan Memali?) mengenai pengorbanan As-syahid Ustaz Ibrahim Libya. Begitu juga dengan ramai lagi individu-individu lain seperti As-syahid Syed Qutb, Hasan Al-Banna, Saiful Mujahidin Umar Mukhtar dan lain-lain. Kalau dalam organisasi atau pertarungan melalui peti undi pula, walaupun banyak parti-parti Islam yang pada zahirnya nampak gagal memerintah sesebuah negara, tetapi sebenar banyak memberi manfaat kepada perjuangan Islam di negara tersebut.

Di situlah pentingnya pengorbanan, terutama kepada pemimpin-pemimpin atau wakil-wakil rakyat di negara ini. Inilah sebuah tip kisah pengorbanan hadiah Hari Raya Aidil Adha dari saya kepada anda!

Erti Sebuah Pengorbanan

Sejarah Sebuah Pengorbanan

Perayaan ‘Eiduladha yang disambut setiap tahun bermula pada tanggal 10 Dzulhijjah menyikap seribu satu kenangan yang sepatutnya kita mengkaji dan mempunyai perasaan ingin tahu di sebalik pensyariatan ibadah korban ini.Ketahuilah,di sana terdapat isyarat yang jelas daripada Allah Taala akan keperluan berkorban masa,tenaga dan harta benda demi agama Allah Taala.Tanpa pengorbanan dalam agama,buah fikiran dan harta benda,tidak mungkin syariat Allah dapat ditegakkan.

Renungkanlah pengorbanan agung yang telah disampaikan oleh Nabi Ibrahim as yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail as,satu-satu anak kesayangan baginda Nabi Ibrahim as demi pengorbanan dalam menurut perintah Allah Taala.Inilah contoh suri tauladan seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang.Begitu juga kepatuhan dan pengorbanan seorang isteri,Siti Hajar kepada suaminya tercinta untuk tinggal keseorangan di tengah padang pasir yang gersang di bumi Makkah,merupakan suri model isteri misali yang sanggup mengorbankan jiwa dan raganya kerana menyahut seruan daripada Allah Taala dan taat akan suruhan suaminya dalam menyampaikan titah perintah Raja dan Tuhan seluruh Alam.

Demikian juga kerelaan seorang anak,Nabi Ismail as untuk disembelih oleh bapanya kerana semata-mata menurut juga perintah Allah Taala,ini semua merupakan suatu petanda bahawa pengorbanan yang dibutuhkan tidak mengenal usia.Justeru itu,di sini bermakna sama ada golongan tua,muda-mudi mahupun kanak-kanak,pengorbanan harus diterapkan mengikut acuan Islam dan kemampuan semasa,secocok dengan usia dan kekuatan diri masing-masing,namun di sana masih lagi menjalar konsep pengorbanan yang telah dimodelkan oleh ketiga-tiga insan yang mulia ini.Inilah intipati pengajaran dari pengorbanan agung yang telah diterokai oleh Nabi Ibrahim as,Siti Hajar dan Nabi Ismail as,seharusnya kita sebagai generasi mendatang yang mendokong risalah yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad saw sebagai kesinambungan risalah yang sama yang dibawa oleh para anbia’ terdahulu mesti mempunyai prinsip dan sikap yang sama dengan apa yang telah diperlakukan oleh mereka itu.Perlu bersedia berkorban apa sahaja demi menegakkan akidah tauhid dan melaksanakan syariat Allah Taala.

Allah Taala berfirman;
“Setelah kedua-duanya berserah diri,dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah,serta kami menyuruhnya;”Wahai Ibrahim!Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu.Demikianlah kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.Dan kami tebuskan anaknya dengan seekor binatang sembelihan yang besar.Dan kami kekalkan baginya nama yang harum dikalangan orang yang datang kemudian”
as Sofaat (37:103-107)"

Wednesday, November 26, 2008

Marina Mahathir lawan fatwa

PETIKAN DRPD BLOG RANTINGS MARINA MAHATHIR.

PRASA DI DALAM KURUNGAN ADALAH KOMEN MENGEJEK DARI MARINA.

Its chairman Datuk Dr Abdul Shukor Husin said although merely doing the physical movements of yoga minus the worshipping and chanting might not be wrong in the eyes of the religion, it should be avoided as “doing one would lead to another”. (How do they know this? Is evidence unnecessary?)

“In Islam, one must not do things which can erode one’s aqidah or faith. Doing yoga, even just the physical movements is a step towards an erosion of one’s faith in the religion, hence Muslims should avoid it,” he told a press conference. (Ahh...that we are so weak-willed when we exercise that our faith collapses so easily...)

He added after studying the matter, including the history and purpose of yoga where the ultimate aim was to “be one with God”, the council decided that it was inappropriate for Muslims as it could affect one’s faith. (But obviously they never went to observe a class?)

Asked if the decision would draw flak within the Malaysian community, including the non-Muslims, he said the ruling was only meant for Muslims and the rest were free to practise yoga. (Lucky them...)

“The fatwa (edict) is meant solely for the Muslims to follow. The non-Muslims need not question or debate about this because they are free to do whatever they wish. It is the Muslims who have to adhere to this,” he added. (Whereas us Muslims are not free to think for ourselves...)

Shukor said once the edict was gazetted, it would be up to the state governments on how they plan to implement and enforce the ruling as religious affairs come under its purview. (Now this will be interesting. Which state will enact such laws and HOW do they plan to implement them? Raid yoga centres? Raid private homes?)





DAN INI ADALAH KOMEN DRPD BLOGGER KURANG AJAR YG SEKEPALA DGN MARINA MAHATHIR

@dam said...

I like to move it, move it,
I like to move it, move it,
I like to move it, move it,
I like to...MOVE IT!

Fatwa say Muslims can't do that...it's un-Islamic if you do it in Yoga form...

I wonder why don't they do better things such as having a booth here and there to catch Muslim club-goers in scantily clothes, those who drink alcohol, and those who khalwat!!!

uh-oh...btw, when Muslim do their prayers, look very much like down-ward dog in Yoga!!!....oopss!



Blogger donplaypuks® said...

Why is the Fatwa Council here playin the holier than thou role?

If we exclude Egypt, and we don't know what exactly is banned, then that's probably 98% of the Muslim world where Yoga is NOT banned.

Factor in the Christian, Buddhist, Sikhs, Jews and others, then that's probably 99% of the world where Yoga is NOT banned.

What evidence does the FC have the Malaysian Muslims are a mentally or morally challlenged weak lot that they are are in danger of being Hinduised by stretching their limbs

Outside of Egypt (and now M'sia) no one thinks of Yoga as a sinister plot by Hindus to proselytise the unbelievers, least of all M'sian Muslims.

I say it's time for moderate Muslims to speak up and get rid of this vermin FC which does not outlaw corruption but spends it's gaji buta time driving a wedge between the Peoples of Malaysia and irritating us.
http://donplaypuks.blogspot.com



Blogger SHEIK AL KHOR said...

//There are many other forms of exercise that Muslims can partake especially when the religion promotes healthy living and lifestyle. Performing prayers for example is a good form of exercise,” he said. (But we're supposed to pray anyway, not just for exercise.)//

You are right, MarinaM. As far as I know performing prayers are a serious matter and NOT an exercise! Prayer is a spiritual communion with God or an object of worship; it is a religious observance, either public or private, consisting wholly or mainly of prayer.

Whilst exercise is a regular series of specific movements designed to strengthen or develop some part of the body or some faculty; it is activity for the purpose of training or developing the body or mind; systematic practice; esp., bodily exertion for the sake of health.

By making an example with the use of this phrase -- “Performing prayers for example is a good form of exercise.” is a total ignorant of the definitions of prayer and exercise. By the way, is this Prof Zakaria Stapa, a truly qualified lecturer of Universiti Kebangsaan Malaysia’s Islamic Studies Centre? If yes, I would like to ask him to define these two words. Also, he should further explain or enlighten me as to how a Muslim could pray and exercise at the same time? How to do it practically?

I am just curious, if prayers are a good form of exercise, in future the PE teachers or instructors of all the Malaysian schools may have no right to demand any Muslim student to perform PE lessons if some of them prefer to perform prayers in the classrooms instead. What will happen then?

Tahap kefahaman rakyat Malaysia tentang akidah

"Amat malang sekali kalau ini tahap kefahaman tentang akidah islamiah

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

Wednesday, November 19, 2008

Majlis Fatwa.... Dimana kekuatanya?

Baru baru ini kita dikejutkan pula dengan masalah pengkid, yang melanda anak muda kita, dan apa yang ditakuti oleh kita, penyumbang yang banyak muda mudinya adalah bangsa kita........bangsa melayu. Namun gejala ini sudah lama berlaku cuma mereka tidak menyedari semakin seriusnya penyakit ini. Ini menjadi budaya di Malaysia ini, selagi perkara itu tidak menjadi serius, maka mereka menganggap tidaklah perkara itu membahaya, walhal jika mereka menyekat dan membenteras dalam peringkat awal, mungkin ianya dapat menyelamatkan lebih ramai anak mudak kita daripada terjerumus dalam masalah ini.Bila mana keadaan telah mendesak, maka kerajaan telah meminta fatwa daripada majlis fatwa berkenan hal ini, memandangkan tidak ada undang undang yang termaktub yang boleh digunapakai untuk menghukumnya, disinilah kelemahan yang boleh kita lihat terhadap undang undang ciptaan manusia, terpaksa jugalah meruju' kepada majlis fatwa, jika kita telah mengamalkan undang undang Islam, rasanya dengan mudah saja kita dapat menentukan hukum yang selari dengannya. Setelah itu berbincang, maka majlis fatwa telah mengeluarkan hukum bahwa ianya salah dan bertentangan dengan Islam. Persoalannyahukuman yang telah difatwakan itu, siapakah yang akan menjalankannya? apakah ianya dalam bidangkuasa polis atau majis agama? Disinilah kita melihat lagi satu kelemahan terhadapa fatwa yang dikeluarkan. Selain fatwa yang dikeluarkan, sepatutnya ada satu badan pula yang akan menjalankan kuasa diatasnya, kalau tidak ianya sekadar melepas batuk ditangga saja, tak hairanlah kalau keesokkan harinya selepas keluar majlis fatwa, terpapar di media masa bahwa pengkid ini tidak merasa gentar ataupun tetap meneruskan aktiviti mereka. Bagi mereka apa yang perlu digusarkan tentang fatwa tersebut, sebelum ini pun telah keluar fatwa tentang "jom heboh" dan juga tugu negara, tetapi ianya tetap diteruskan juga. Jadi macamana kita ingin mereka menghormati fatwa tersebut sekiranya sudah ada contoh yang boleh mereka ikuti dalam mempertikaikan setiap fatwa yang dikelurkan. Mahu tak mahu, suka tak suka kita perlu mengembalikan balik hukum Islam ditempatnya kembali, supaya perkara perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia ini dapat dibendung. Terlalu banyak sudah perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia ini sudah berada didalam masyarakat kita, apatah lagi gejala murtad yang menjadi api didalam sekam, perlu ada kekuatan yang lebih besar untuk menyekat wabaknya itu. Moga moga Allah memberikan hidayat dan petunjuk kepada semua umat Islam untuk kembali bersama menyanjung undang undang ini. Insya Allah."

Sajak Kematian: Mengapa Jadikan Isu?

SAJAK KEMATIAN: MENGAPA JADIKAN ISU? SEPATUTNYA DI PROMOSIKAN SECARA MELUAS ATAU DI TAYANGKAN SETIAP HARI MACAM FILEM HANTU DAN SEGALA MACAM TAHYUL. ATAU ‘HANTU BETUL’ SEPERTI DI SALURAN HBO, CINEMAX, STAR MOVIE, HALLMARK DSB.
Mati adalah permulaan manusia ke alam Akhirat, ia merupakan Rukun Iman yang kelima, yang wajib diyakini sepenuhnya. Tidak sah iman seseorang sekiranya ragu atau syak atau waham atau zan terhadap akhirat. Setiap yang bernafas pasti mati. Bila dan bagaimana seseorang itu megalami mati tiada siapa yang tahu.
Mengalami kematian bermula dengan nazak, amatlah dahsyat yang tidak dapat di gambarkan, atau difikirkan atau dikhayalkan. Alam barzakh atau kubur pula lebih dahsyat lagi. Kematian yang memutuskan segala kelazatan dunia yang menyebabkan Para Nabi dan Rasul cepat beruban kerana kegerunan dan kengerian dalam menghadapinya. Kalau orang beriman itu memahami hakikat kematian, maka ianya sudah cukup menjadi juru penasihat yang sangat berkesan. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda bermaksud, ‘Cukuplah mati sebagai penasihat.’
Orang kafir apabila memasuki kubur akan menggelupur seperti ayam kena sembelih dan hancur berkecai. Bagi orang yang derhaka pula, akan memasuki kubur dengan kemurkaan Allah SWT, disambut dengan himpitan tanah kubur hingga berselisih tulang rusuk hingga rapat antara kiri dan kanan. Itu belum lagi seksaan pukulan Malaikat Mungkar dan Nangkir apabila gagal menjawab soalan dalam kubur tersebut. Seksaan demikian tidak berhenti hingga hari Kebangkitan di Mahsyar. Hanya orang Mukmin yang memasuki kubur dengan rahmat Tuhan mereka umpama malam pengantin.
Kita disuruh zikrulmaut atau mengingati mati. Ianya adalah sunnah Rasululah SAW yang mana Baginda melakukannya tujuh puluh kali dalam sehari. Dan itu juga merupakan amalan para Sahabat hasil didikan Rasulullah SAW. Tiada sebarang kesan negatif hasil banyaknya dalam mengingati mati. Buktinya, mereka yakni salafussoleh yang sangat mengingati mati bahkan sangat cenderung kepada mati telah berjaya membangunkan empayar, menguasai hingga tiga suku dunia dalam tempoh yang lama, iaitu tujuh ratus tahun. Ini bererti sebaliknya, mengingati mati membawa kesan yang sangat positif dalam merangsang mengamalkan perintah Allah SWT. Salah satu perintah Allah ialah menguasai dunia ini agar bersih daripada kekufuran dalam aspek apa pun. Tuntutan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya bakal di persoalkan secara terperinci diakhirat kelak. Inilah maksud suruhan zikrulmaut. Terlalu amat banyak hikmah dan kebaikan kesan daripada banyaknya mengingati mati.
Apa ada pada Sajak Kematian? Ianya adalah sebuah Video Clip sajak yang disertakan dengan gambaran peristiwa kematian. Hanya kaedah terkini dalam menambah kesan untuk zikrulmaut. Video Clip itu mereka bukan cipta keadaan dalam kubur sebenar. Jauh sekali dengan keadaan dalam kubur sebenar. Sedangkan kematian yang hakiki tidak dapat digambarkan betapa dahsyatnya. Ramai yang menerima dan memberi respon positif. Kalau terdapat adanya kes negatif, maka itu bukan menjadi pengukur bahawa Video Clip itu yang negatif. Kalaulah sesuatu itu asal saja ada kesan negatif maka dianggap salah, mari kita sama-sama hitungkan satu persatu kesan negatif dari sistem yang ujud hari ini. Dan kalau kita mengambil kaedah itu, maka apa saja sistem yang ada kesan negatif ianya hendaklah di haramkan. Apa akan jadi? Berfikirlah secara rasional! Apa yang menjadi persoalan, mengapa ulama sendiri turut mempertikaikannya. Apabila ada pihak yang menganggap ada dikalangan ulama bersifat jumud, beku dan ketinggalan zaman maka mereka akan melenting mempertahankan diri. Termasuk dengan mengatakan intitusi ulama tidak boleh dipertikaikan.
Orang awam sudah di kepung oleh dinding kepompong ulama tidak boleh di persoalkan. Bila ada kerja-kerja kebaikan yang ulama tidak buat dan ulama tidak memahaminya secara terperinci, maka dengan mudah dikatakan khurafat. Sedangkan ulama sendiri tidak pula benar-benar memainkan peranan mengadakan pendekatan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kematian. Tidak hairan kalau antara ulama dengan masyarakat sentiasa ada jurang pemisah. Yang menjadi tanda tanya dan dianggap aneh ialah ada ulama amat berlapang dada terhadap khurafat demokrasi Amerika. Memuja dan memuji serta menganjurkan meniru demokrasi Amerika, sedangkan ianya adalah ciptaan yahudi yang sangat dikutuk Tuhan.

Thursday, November 6, 2008

Na' udzubillah - Tubuh Ariel Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup


Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain. Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata ' ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sam a sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya. .. Akhirnya Allah Subhanahu Wata ' ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata ' ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup. Benarlah firman Allah SubhanahuWata 'ala : 'Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap u***** dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar '(Fushilat:53)

Thursday, October 30, 2008

Perang Saraf Yahudi

Pada tahun 1992, perang saraf telah bermula mengenai konsep dan pegangan tentang penyelamat akhir zaman dikalangan orang-orang Yahudi. Berdasarkan kepada senario dunia yang semakin jelas mendekati tanda-tanda kebangkitan seorang penyelamat, majlis Yahudi sedunia telah merancang sesuatu yang besar untuk merosakkan pegangan dan keyakinan sebahagian umat Islam.
Bertolak dari ketakutan isi kitab Talmud, yang sebahagiannya menyembunyikan kebenaran dari Taurat dan Injil, mereka telah memulakan perang saraf dengan mengatakan bahawa konsep dan falsafah mengenai Imam Mahdi sebenarnya songsang. Mereka secara halus telah mendedahkan beberapa fenomena dan alasan yang boleh menggugat keyakinan umat Islam seluruh dunia. Meskipun persoalan Imam Mahdi bukanlah persoalan akidah yang utama, namun Yahudi percaya sekiranya umat Islam ditololkan dengan hujah mereka sudah barangpasti mereka tiada lagi pengharapan dan tempat menumpang teduh. Mereka akan jadi seperti anak ayam kehilangan ibu.
Mengikut David Ben Gurion, Seorang pemimpin Yahudi, bahawa mereka adalah bangsa yang berhak mendiami kota Al-Quds (Jurusalem) “kami bangsa terbaik, yang Tuhan pertanggungjawabkan ke atas kami kota Al-Quds dan dunia harus menerima keberadaban kami di sini.”
Lantas apabila menerima berita besar yang mencungkil kebenaran isi Taurat dan Injil, dia terus mengingatkan kaum Yahudi bahawa umat Islam tidak mungkin menyerah kalah. Mereka akan dibantu oleh seorang lekaki yang gagah dan Super Power yang akan menjahanamkan Yahudi suatu hari kelak. Ketakutan itu menyebabkan Yahudi telah berbohong kepada dunia dan umat Islam yang dungu tentang fikrah dan keyakinan sesat mereka.
Yahudi mengingatkan bahawa umat Islam jangan lalai dengan dugaan dan telahan semata-mata. Konsep Al-Mahdi adalah konsep yang bersifat mitos dan kosong. Ia adalah harapan yang tidak mungkin tercapai. Umat Islam jangan leka dengan harapan sedemikian sehinggakan mereka berpeluk tubuh dan membiarkan agama mereka dicerca oleh musuh. Sekali nampak seolah-olah bagaikan nasihat orang alim dan mursyid untuk menyedarkan umat. Rupa-rupanya nasihat itu adalah tembelang jahat yang enggan mengaku kebenaran, lantas membawa umat Islam terus jahil dan tidak memahami tentang perjuangan dan jadual Tuhan. Pemikir-pemikir seperti G.H Fanmlrdg (Jerman), Aozald (Inggeris), dan L.S Hans Ilya (berasal dari Israel) telah melakukan pembohongan besar terhadap sejarah dan tamadun umat.
Natijah dari keyakinan bahawa umat Islam sudah tertipu, Yahudi telah melancarkan kempen peperangan dengan menggeletek semua pejuang Islam di merata dunia. Membakar semangat revolusi bahawa mereka harus bangun dan berjuang bersendirian di beberapa bahagian dan juzuk dunia. Menjual senjata untuk membunuh sesama manusia seperti yang berlaku di Filipina, Acheh, selatan Thailand dan malah di beberapa Negara timur tengah. Umat Islam terbelenggu dengan perancangan halus Yahudi yang akhirnya mementingkan jihad tetapi melupakan takwa-suatu hakikat yang harus diselami dan disuburkan semula oleh semua pejuang-pejuang Islam seluruh dunia.

Senaman YOGA boleh pesong akidah umat Islam

Yoga, sejenis senaman harian yang kebanyakan pergerakannya berdasarkan unsur dalam agama Hindu, dipercayai boleh memesongkan akidah umat Islam jika mengamalkan senaman itu.Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa, menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman berkenaan supaya menghentikannya. "Yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu, menggabungkan unsur keagamaan dan penyembuhan jiwa kerana percaya yoga boleh menyatukan mereka dengan tuhan," katanya selepas menyampaikan syarahan yang Ajaran Sesat di Malaysia di Universiti Sains Malaysia, semalam. Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar 3,300 Sebelum Masihi, dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko diabetes, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung. Difahamkan, isu yoga sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini. Zakaria berkata, umat Islam kini mengamalkan yoga bukan saja untuk amalan kesihatan tetapi antara gaya hidup kota yang ingin mencari keseimbangan selepas sehari di pejabat. "Yoga adalah manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh yang dilakukan sambil membaca mantera dipercayai ada kekuatan penyembuhan yang berupaya mengatasi tekanan," katanya. Beliau berkata, umat Islam yang tiada pengetahuan agama mengikut saja amalan berkenaan tanpa mengetahui boleh memesongkan akidah mereka. Katanya, umat Islam patut menggunakan ajaran Islam seperti solat untuk mencari ketenangan jiwa yang dilakukan secara teratur lima kali sehari. “Jika umat Islam mahu menyihatkan tubuh badan, solat adalah pilihan terbaik dengan posisi tubuh teratur untuk semua anggota badan sambil berzikir dengan ayat al-Quran. “Mengapa kita perlu mencari alternatif lain untuk bersenam dan ketenangan? Jika silap cara, yoga boleh memesongkan akidah kerana pergerakannya mengikut gaya dan tradisi agama Hindu," katanya.

Wednesday, October 22, 2008

Kehidupan dunia dan kubur yang menunggu

"Dunia ini adalah perkampungan yang dikelilingi kutukan dan pengkhianatan. Tak pernah langgeng keadaannya, tak pernah selamat penghuninya. Suara dan bunyinya selalu bergantian, silih berganti. Masa-masanya selalu berubah-ubah tak mau berhenti. Hidup di dalamnya adalah tercela. Keamanan di dalamnya tak pernah terwujud dan dirasa. Para penghuninya adalah sasaran dari dunia itu sendiri, yang melempari mereka dengan panah-panah beracun yang membinasakan.Wahai…penghuni dunia. Dirimu dan juga segala apa yang kamu miliki dari dunia ini, pernah berada di jalan orang-orang terdahulu sebelum kamu. Dan mereka telah pergi kini. Mereka lebih panjang usia darimu, lebih makmur kehidupannya, dan lebih banyak bekas peninggalannya. Namun lihatlah. Suara-suara mereka telah hilang lenyap. Kegiatan mereka telah terhenti. Tubuh-tubuh mereka telah hancur luluh. Rumah-rumah mereka menjadi sunyi-sepi. Dan peninggalan mereka kini tinggallah reruntuhan saja. Istana-istana yang mereka bangun dengan megah dan dialasi permadani yang indah, kini telah berganti dengan batu-batu sandaran yang keras serta kuburan-kuburan dalam tanah terbelah yang dibangun berandanya dengan debu kehancuran. Tempat-tempat mereka berdekatan, namun para penghuninya saling berjauhan. Merasa sendiri dan kesepian diantara banyaknya penghuni. Dilanda kesibukan dalam pengangguran. Dilanda resah dan gelisah dalam diam. Tiada terhibur dengan perasaan berada di tanah air dan negeri sendiri. Tiada saling berkunjung di antara tetangga kendati saling bertetangga. Bagaimana mungkin mereka saling berkunjung sedang jasad telah hancur? Kini… Kalian sendiri. Tidakkah sama dengan mereka ketika saatnya tiba? Tertahan ditanah. Diam terbaring. Terkungkung dalam sempit dan gelap. Apakah kiranya yang akan kalian lakukan bila sampai akhir perjalanan, saat tanah dan bumi dijungkirbalikkan lalu kalian dibangkitkan di padang Mahsyar? Duhai… Di tempat itu (padang Mahsyar), tiap-tiap diri merasakan pembalasan dari apa yang telah dikerjakannya dahulu dan mereka dikembalikan kepada Allah Penguasa mereka yang sebenarnya, dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan.

Monday, October 20, 2008

Kesan pendidikan sekular

17 Syawal 1429 H, kiranya hari raya yang ke-17, kita dikejutkan dengan satu kes yang melibatkan seorang pelajar perempuan yang didakwa menendang dan memukul seorang gurunya. Seorang pelajar perempuan yang berusia 14 tahun menendang dan memukul seorang guru perempuan yang berusia 27 tahun. Akhir Zaman ...

Daripada isu yang berlaku sekarang, sudah sah, apabila pendidikan Islam tidak diterapkan secara sebaiknya ke dalam seseorang pelajar, dan apabila sistem pendidikan yang asasnya sekular akan menyebabkan seseorang pelajar itu akan bersikap seperti bukan manusia.
Sekarang ini, kebanyakkan ibubapa inginkan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Hampir setiap kali menjelang peperiksaan, akan menjemput ustaz, orang kampung, tetamu kehormat dan kaum kerabat semata-mata untuk melakukan solat hajat dan tahlil perdana untuk memastikan anaknya berjaya dalam peperiksaan. Pelajar itu akan berjaya, tetapi berjaya dalam pelajaran sahaja. Yang tidak berjaya adalah tidak berjaya dalam akhlaknya, moralnya, tingkah lakunya dan peribadinya.
Daripada itulah, saya berpendapat bahawa sistem pendidikan yang ada di Malaysia sekarang MESTI ditukar kepada sistem pendidikan Islam yang sempurna. Perkara ini takkan berlaku melainkan kerajaan yang ada sekarang MESTI ditukar kepada kerajaan ISLAM.
Kepada ibubapa yang dihormati sekalian, jika kita inginkan kebahagian, ketenangan, keberkatan dan kesejahteraan berlaku ke atas anak-anak kita di masa akan datang samada di dunia dan akhirat, kita bertanggungjawab sepenuhnya agar memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan ISLAM yang sempurna sejak dari kecil lagi. Jangan di akhirat nanti, kita akan dipersoalkan oleh anak-anak kita disebabkan kita tidak mempedulikan kehidupan mereka di dunia yang akan musnah ini. Anak-anak ini diibaratkan sebagai "Kain Putih". Kita yang akan mencorakkannya. Samada kita inginkan kebaikkan atau keburukan ke atas mereka.

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?
Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …
“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”
Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi2. Nabi Isa a.s.3. Agama Islam
Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal. Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?
Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?
Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.
Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.
Misi Sebenar Dajjal
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.
“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.” (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”
(Riwayat Bukhari)
Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.
Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.
Misi sebenar Dajjal ialah ….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”
Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.
Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.
Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.
Teori Tentang Strategi Dajjal
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….
Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :
#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.
“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)
Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.
Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.
Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.
Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.
Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.
Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah
Apakah keistimewaan Mujahidin?
Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.
Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.
Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.
Pernahkah kita terfikir?
Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.
Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.
Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.
Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?
#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)
Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”
Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.
Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.
Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.
Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Thursday, October 16, 2008

Perjanjian Hudaibiyah - Menyakini Janji Allah

Dalam kitab Hayatus Shahabat karangan Syaikh Yusuf Kandahlawi, diceritakan bahwa setelah perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslim dengan pihak kafir Quraisy Makkah disetujui, sahabat Umar ibn Khaththab merasa keberatan. Menurutnya, butir-butir perjanjian Hudaibiyah tersebut sangat merugikan pihak kaum Muslim.
Umar ibn Khaththab dengan perasaan sedih mendatangi Rasulullah SAW, dan berkata: "Bukankah engkau utusan Allah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar bertanya lagi, "Bukankah kita berada di pihak yang benar sedangkan pihak musuh kita berada di pihak yang salah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar melanjutkan pertanyaannya lagi, "Lalu, mengapa engkau memberikan kehinaan pada agama kita?"
Mendengar kata-kata tersebut, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Aku tidak akan melanggar (aturan/perintah) Allah, karena Allah adalah pelindungku". Umar bertanya lagi, "Bukankah engkau telah mengatakan bahwa aku akan melakukan tawaf pada tahun ini?" Nabi SAW menjawab, "Tidak". Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan kata-katanya, "Umar, engkau pasti akan sampai juga di Kakbah dan melakukan tawaf".
Karena belum puas, Umar ibn Khaththab lalu menemui Abu Bakar dan berkata, "Abu Bakar, bukankah Nabi kita itu benar?" Abu Bakar menjawab, "Tentu saja". Umar bertanya lagi, "Bukankah agama kita benar?" Abu Bakar menjawab, "Ya, Benar". Umar melanjutkan lagi, "Jika demikian, mengapa beliau memberikan noda pada agama kita?" Mendengar hal itu, Abu Bakar menjawab dengan tegas, "Wahai manusia, sesungguhnya beliau adalah Rasulullah, tidak akan melanggar perintah-Nya sedikitpun. Allah adalah pelindungnya. Karena itu, taatilah perintahnya. Sesungguhnya beliau berada di atas kebenaran". Lalu, Umar bertanya lagi, "Bukankah beliau memberikan janji kepada kita untuk melakukan tawaf?" Abu Bakar balik bertanya, "Apakah beliau berjanji melakukannya pada tahun ini?" Umar menjawab, "Tidak". Abu Bakar berkata lagi, "Engkau akan sampai juga ke kota Makkah dan akan melakukan tawaf di sekeliling Kakbah".
Sepulangnya kaum Muslim dari Hudaibiyah, Rasulullah SAW menerima wahyu yang artinya; "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedangkan kamu tidak merasa takut. Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (al-Fath: 27).
Belum genap setahun perjanjian Hudaibiyah, kaum Muslimin telah menaklukkan Makkah dengan aman. Sehingga bisa berhaji dan umrah dengan aman pula. Nah, apakah kita kaum Muslimin masih sanksi atau ragu terhadap janji Allah yang akan memenangkan Islam dan kaum Mukmin atas seluruh agama, sistem, maupun ideology kufur lainnya buatan manusia (al-Fath; 28). Sebagaimana Allah memenangkan pasukan Islam pimpinan Muhammad al Fatih, menaklukkan Konstantinopel/Istanbul 700 tahun setelah Rasulullah mengatakannya. Sekarang,tinggal bagaimana konsistensi kita dalam dakwah. Pastilah janji Allah benar belaka.

Tuesday, October 14, 2008

Inikah antara dajal yang telah muncul?

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnyaIndia Selatan. Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari
Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Boleh jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as). wallahu al'am..

Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.

"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan
berambut keriting..." (HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)

Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo, berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kribo.

2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan di waktu muda kemudian sembuh kembali.

3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.

5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal. Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,
sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.

8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majlis
darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan keharusan untuk memahaminya.

11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit. Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanker.

12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan
menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya. Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.

14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.

16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.

17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan ideologi zionis.

21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mendakwa bahwa ia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan
kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan

wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu, marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cubaan) hidup dan mati serta dari keburukan fitnah Dajjal."

Makhluk Allah Yang Bernama Semut

Sang Semut makhluk Allah

Apabila semut disebut kita pasti menanggapi ia adalah sejenis makhluk Allah yang kecil tubuhnya. kita selalu menemuinya di mana-mana namun tidak pernah benar-benar kita perhatikan, makhluk mungil ini yang sangat berketerampilan, sangat bersosial, dan sangat cerdas tetapi ingat kekadang ia berbisa hingga membawa mati dibuatnya. Tetapi pada waktu lainnya ia adalah seekor semut kecil yang menghiburkan.


Siapakah Sang Semut?

Semut diketahui menghuni Alam ini sekitar
sekitar 80 juta tahun lampau.namun bilakah ia dijadikan, hanya Allah yang mengetahuinya.Semut adalah serangga eusosial yang berasal dari keluarga Formisidae, dan semut termasuk dalam ordo Himenoptera bersama dengan lebah. Para cerdik pandai menyatakan semut terdapat kira-kira 12000 kelompok semuanya.Ada semut pekerja,semut pejantan, dan ratu semut.

manusia mengenalinya dengan pelbagai nama, semut api kerana bisanya menyakitkan seumpama api apabila menyengat, semut Kongkiak, semut Hitam yang hitam warnanya, semut Sulaiman yang dinamakan sempena kisahnya bersama nabi Sulaiman Dalam Al Quran dan semut Gatal kerana gigitannya yang menggatalkan.



Dalam Kehidupan kita seharian amat dekat dengan makhluk ajaib ini,kerana dekatnya manusia dengan semut, namanya seringkali diabadikan pada sesuatu, misalnya nama tempat Kota Sarang Semut (Alor Setar , Kedah sana nu), Kuih Sarang Semut, hinggakan terdapat sebuah setesen keretapi di Surabaya dikenali dengan nama "Semut". Kisah semut juga turut diabadikan dalam filem animasi yang berjudul Ant. Peribahasa Melayu turut merakamkannya dalam ungkapan "Ada gula, ada semut. Semut jugadikisahkan dalam lagu-lagu melayu seperti enjit-enjut semut dan " Semut Merah". Menarik bukan.

Keajaiban dan fakta menarik tentang semut

1.Semut mempunyai 500.000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka.(HarunYahya)
2.Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu Semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3.Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari australia,bisanya mampu membunuh manusia.
4.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

Istimewanya makhluk Allah ini

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut.Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil

Firman Allah yang bermaksud:

“Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Mem-bentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling Baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha perkasa lagi Mahabijaksana.” (QS. Al-Hasyr, 59:24)

Semut Dalam Al Quran

Allah mengabadikan kisah semut diadalam Al Quran, istimewanya Allah menamakan satu surah dengan di dalam kitab suciNya dengan nama An Naml iaitu semut.Surah yang ke 27 dalam alquran dengan kandungan 93 ayat semuanya.Kisah tersebut diceritakan Allah dalam Ayat 18 dan 19 dalam surah ini.

Allah mengisahkan dengan firmannya yangbermaksud:

(Maralah angkatan itu) hingga apabila merekasampai ke “Waadin-Naml”, berkatalah seekor semut: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.

(Surah An-Naml, Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”.

(Surah An-Naml, Ayat 19)

Demikianlah dua ayat yang merakamkan kisahperbualan semut dan nabi Allah Sulaiman.Kisah agung ini memaparkan betapa semua binatang dan makhluk lain memahami dan menyanjungi nabi Sulaiman sebagai raja dan pemerintah. Ketua Semut memerintahkan sekalian rakyatnya membrikan sepenuh kerjasama kepada tentera nabi sulaiman yang melalui kawasan meraka agar tiada rakyatnya yang terbunuh akibat gerakan dahsyat para tentera lalu nabi Sulaiman mendengarnya, baginda tersenyum, menegur semut lalu berdoa mensyukuri nikmat Allah.

Perihal semut dalam Hadis dan sekitar hukum mengenai semut.

Dalam hadis riwayat Ibnu Abbas Rasulullah s.a.w. melarang membunuh empat jenis haiwan melata, yaitu semut, lebah, burung hud-hud dan burung sejenis jalak. (h.r. Abu Dawud sahih)

Khatabi dan Baghawi menegaskan bahwa semut di sini bukan semua jenis semut, tapi semut Sulaimaniyah, yaitu semut besar yang tidakmembahayakan dan tidak menyerang manusia.*


Adapun semut-semut kecil yang mengganggu serta menyerang manusia, maka boleh dibunuh. Imam Malik mengatakan makruh hukumnya membunuh semut yang tidak membahayakan. Namun meskipun boleh membunuh semut, tapi sebaiknya mebunuh semut dengan cara tidak membakarnya, karena ada hadith yang menegaskan bahwa yang berhak menyiksa dengan api adalah Tuhan api. (h.r. Abu Dawud dari Ibnu Mas’ud).*


Dalam kitab Tuhfatul Muhtaj, Syah Minhaj (40/403) karangan Imam Zakariya al-Anshori dijelaskan bahwa apabila semut jatuh ke madu kemudian madu itu dimasak, maka boleh dimakan semut tadi bersama madu, tetapi kalau jatuh di dalam daging yang memungkinkan memisahkan bangkai semut tadi, maka tidak boleh memakannya danharus dipisahkan dari daging yang dimasak.*

Imam Ghozali dalam kitab Ihya Ulumuddin (1/438) juga menegaskan bahwa apabila semut atau lalat terjatuh ke dalam periuk makanan, maka tidakharus menumpahkan dan membuang semua makanan yang ada dalam periuk makanan tadi, karena yang dianggap menjijikkan adalah bangkai semut atau lalat tadi, selagi mana keduanya tidak mempunyai darah maka tidak najis, ini juga menunjukkan bahwa larangan makan keduanya karena dianggap menjijikkan.*

Pengajaran

Sesungguhnya Allah maha agung untuk menjadikan sesuatu. setiap makhluk yang diciptakan Allah ada peranan dan manfaatnya masing-masing. Maha Suci Allah yang tidak menjadikan sesuatu sia-sia.


Firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih ber-gantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau. Maka, peliharalah kami dari siksa neraka."(Surah Ali 'Imran, Ayat 190-191)

Hizbul Tahrir (HT)

Subhanallah... Alhamdulillah.... Lailahaillallah... Allahuakhbar....

Hizbul Tahrir (HT)

HT berbangga kononnya merekalah pelopor kepada sistem khalifah sedangkan mereka ditubuhkan puluhan tahun selepas kejatuhan sistem khalifah lebih lewat berbanding gerakan Islam yang lain seperti Ikhwanul Muslimin.

HT diasaskan oleh Syeikh Taqiyudin al-Nabhani dari Palestin pada tahun 1953 .Ia merupakan sebuah parti politik yang tidak terlibat dengan pilihanraya (pelik tapi benar). HT menganggap sesiapa yang terlibat dengan sistem demokrasi, mewujudkan pilihanraya maka mereka berdosa dan juga bersubahat dengan sistem kufur serta sesat. Mereka amat mengecam PAS dan mana-mana pihak yang ingin memperjuangakan Islam melalui saluran demokrasi.

Perjuangan yang paling utama umat Islam bagi HT adalah untuk mengembalikan sistem Khilafah yang merupakan sistem Islam ciptaan Tuhan. Hanya dengan sistem khilafah sahajalah umat Islam akan dapat mengembalikan kehidupan Islam yang sebenarnya yang diredhai oleh Allah SWT.

Kenapa membenci gerakan Islam yang lain?

Jika sistem khalifah yang ingin ditegakkan, maka begitu juga gerakan Islam yang lain. Mengapa mesti membenci dan menimbulkan kebencian pada gerakan Islam yang lain.

Di Malaysia, PAS dianggap sesat dan berdosa olah HT bila memilih demokrasi melalui pilihanraya. HT menusuk masuk kepada ahli PAS yang kurang ilmu agama dan memberi hujah keji memfitnah, mencaci dan merendahkan perjuangan PAS secara halus dan adakalanya kasar. Kenapa tidak UMNO yang jelas menolak hukum Islam.

Sedangkan pejuang PAS ini tidak menerima atau menolak demokrasi secara mutlak. Pejuang PAS menganggap demokrasi sebagai alat bukan sebagai satu bentuk pegangan. PAS semakin mendapat tempat di kalangan umat Islam sekarang ini.

Kenapa di saat sokongan PAS sedang memuncak di Malaysia, HT mula mencucuk jarum menarik ahli PAS untuk menarik diri dari perjuangan yang dianggap berdosa dari menarik ahli UMNO dan golongan kafir agar menerima Khilafah Islam. Agak pelik bukan? Adakah mereka berperanan sebagai parasit dalam perjuangan Islam. Saya amat terkejut apabila pulang ke Perlis, ramai ahli PAS yang saya kenali sudah mula menolak perjuangan PAS yang dianggap sesat.

Kenapa mesti begitu? dalam setiap perkara yang ada khilaf, usahlah menuduh antara satu sama lain, asalkan Daulah Islamiyah ditegakkan berbanding UMNO yang memang tidak berminat dengan negara Islam. Dalam menegakkan khilafah tanpa demokrasi melalui pilihanraya. Apakah cara anda? Selain dari mencari publisiti melalui kutipan tandatangan terhadap sesuatu isu, menganjurkan program dan sebagainya, bagaimana nak mengambilalih negara untuk ditegakkan Sistem Khalifah.

Agak pelik juga mereka bergerak aktif di negara-negara Islam yang mengamalkan demokrasi tetapi tidak bekerjasama dalam menegakkan Daulah Islamiah bahkan menarik pengaruh ke atas gerakan Islam tersebut. Saya agak malas untuk beranggapan buruk kepada HT tetapi mungkin hujah dari anak buah mereka yang agak keterlaluan serta tidak mencerminkan HT itu sendiri menyebabkan imejnya buruk di kaca mata saya.

“Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.” (Ali `Imran: 159)

“Sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka.” (Al-Syura: 38 )

Tidakkah mereka sedar antara ulama yang mengambil jalan demokrasi sebagai alat atau maqasib al-syariah dalam menegakkan Daulah Islamiyah seperti Muhammad Khatami, Muhammad Mahdi Syamsuddin, Yusuf al-Qaradhawi, Rashid al-Ghannoushi., Taufiq al-Shawi dan Hassan al-Turabi.

Mereka menekankan konsep-konsep syura, bai’ah, permuafakatan, ijtihad dan maslahah untuk menunjukkan bahawa Islam tidak berkurangan dalam landasan-landasan asas yang selari dengan tatacara dan matlamat demokrasi.

Pandangan Yusuf Al-Qaradawi:

"Islam mahu ummah ini untuk berunding antara sama lain, dan berdiri sebagai satu badan yang bersatu, jadi tiada musuh boleh menembusinya. Ini adalah bukan matlamat demokrasi. Demokrasi adalah satu sistem yang tidak boleh menyelesaikan semua masalah masyarakat. Demokrasi sendiri boleh membuat apa yang ia mahu sebagai halal, atau mengharamkan apa yang ia tidak suka.

Sebagai Perbandingan, Syariah sebagai satu sistem politik mempunyai had. Kalau kita ingin mengambil demokrasi, kita mestilah mengambil sifat-sifatnya yang terbaik. Ini adalah hal-hal berkaitan kaedah, jaminan, dan adab-adab masyarakat demokrasi. Sebagai satu masyarakat Muslim kita mesti mengambilnya dalam satu konteks masyarakat Islam yang bermatlamat untuk hidup dalam hukum-hukum Syariah.

Masyarakat kita mestilah taat terhadap apa yang telah dijadikan halal oleh Allah dan juga apa yang telah dijadikan haram oleh Nya. Sebagai perbandingan demokrasi dengan satu majoriti kecil boleh membatalkan semua undang-undang dan peraturan. Ia boleh juga membatalkan dirinya dengan jenis margin ini.

Bahkan, dalam beberapa kes demokrasi boleh menjadi lebih buruk dari diktator. Apa yang saya harapkan adalah jenis demokrasi tulen, untuk satu masyarakat yang dipandu oleh hukum Syariah yang sesuai dengan nilai-nilai kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, dan persamaan.