Followers

Tuesday, December 23, 2008

Kalimah Allah pada baju di pasaraya-sabah


 Assalamualaikum w.b.t Saudara pengarang,

1. Sebagai seorang Islam, saya amat memandang berat dan berdukacita kerana masih ada segelintir peniaga yang menjual baju yang tertera perkataan Allah.

2. Semasa mencari peralatan persekolahan anak di KK Plaza petang tadi (20 Dis 2008), saya telah menjumpai baju wanita yang tertera perkataan ALLAH di kedai pakaian 'MATAHARI', Tingkat 2, KK Plaza, Kota Kinabalu, Sabah (berhadapan dengan pasar besar Kota Kinabalu). Baju tersebut dijual di dalam 3 warna (hitam, kelabu dan putih).



3. Mohon bantuan saudara pengarang untuk memajukan perkara ini kepada pihak yang berwajib.

4. Sekian, terima kasih.

Yang Benar

MUHAMMAD SAMSURI BIN MAMAT
Pangkalan TLDM Kota Kinabalu
Teluk Sepangar, Sabah









1 comments:

Anonymous said...

Semoga di Sabah sana ade yg peka. Cop di baju ni boleh menimbulkan fitnah. Mayb leh laporkan ke PPIM.

Post a Comment