Followers

Wednesday, January 21, 2009

Perdamaian Dengan Israel: Adakah Syara’ Mengharuskannya?

Kekejaman Israel bukanlah perkara baru. Sejak mereka berjaya menguasai wilayah Palestin secara kekerasan dan rampasan, mereka sering sahaja melakukan siri serangan dan kezaliman kepada penduduk Palestin. Dalam pada itu, terdapat usaha-usaha yang dilakukan untuk berdamai dengan Israel. Apakah tindakan perdamaian dengan Israel merupakan sesuatu yang wajar dan dibenarkan oleh syarak?

Sebenarnya, perselisihan yang terdapat di kalangan para ulama’ hanyalah meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdamaian antara golongan Islam dan golongan yang memerangi Islam (ahlul harbi). Sebahagian daripada ulama’ melarang keras perdamaian ini, malahan tidak harus untuk bekerjasama dengan golongan yang memerangi umat Islam. Kenyataan ini adalah berdasarkan ayat-ayat Allah yang menyeru supaya berperang dengan golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah kalah dan patuh kepada pemerintahan Islam.

Firman Allah dalam Surah al-Taubah ayat 29, maksudnya: “Perangilah orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dan tidak beragama dengan agama yang benar( agama Allah ), (iaitu orang) yang diberikan al-Kitab kepada mereka, sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk”.

Begitu juga firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 4 yang bermaksud: “Apabila kamu bertemu dengan orang kafir ( di medan perang ) maka pancunglah leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti”.

Sesungguhnya ayat-ayat al-Quran ini menyeru kepada peperangan terhadap golongan yang memerangi Islam sehinggalah mereka menyerah atau menghentikan peperangan. Sesungguhnya apabila umat Islam masih diperangi oleh mereka, maka tiada perdamaian dan tiada kerjasama dengan mereka.

Manakala ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan golongan yang memerangi umat Islam pula, mereka berhujah bahawa ayat al-Quran yang diturunkan tidak pun menentang perdamaian . Ini dapat dilihat dengan jelas pada permulaan dakwah Islam sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah”.

Selain daripada itu, Rasulullah juga pernah mengadakan beberapa perjanjian damai dengan musuh-musuh Islam seperti yang terdapat pada Perjanjian Hudaibiyyah di samping beberapa perjanjian yang telah dimeterai oleh Rasulullah dengan puak-puak Yahudi. Inilah sebenarnya hujah-hujah yang telah digunakan oleh segelintir ulama’ dalam menegakkan pendapat mengenai keharusan membuat perdamaian dengan Israel tatkala umat Islam tidak mampu untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam itu.

Sememangnya terdapat para ulama’ yang mengharuskan perdamaian sebagaimana yang terkandung dalam beberapa ayat al-Quran di samping perdamaian yang telah dilaksanakan oleh baginda Rasulullah sendiri. Akan tetapi harus diingat bahawa ulama’ telah mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah dengan syarat sekiranya umat Islam betul-betul berada dalam keadaan ‘darurat’ serta perdamaian itu akan membawa maslahat dan kebaikan kepada umat Islam sendiri.

Begitu pun, pendapat ulama’ yang mengharuskan perdamaian dengan musuh Islam adalah tidak termasuk perdamaian dengan Israel. Perdamaian hanya berlaku dengan musuh yang mempunyai negara, raja dan pemerintahan sendiri yang mana mereka itu ingin menguasai dan menawan negara-negara lain. Manakala Israel, mereka langsung tidak mempunyai negara, sebaliknya mereka telah merampas tanah umat Islam. Sekiranya perdamaian dilaksanakan dengan mereka, maka ini akan membawa erti bahawa umat Islam menyerahkan bumi mereka kepada musuh yang merampasnya dan seterusnya mengiktiraf kependudukan Israel yang telah dilakukan dengan secara zalim itu. Ini merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh sesiapa pun jua!.

Siapakah yang berani mengatakan bahawa perdamaian dengan Yahudi itu mendatangkan maslahah dan kebaikan?. Apakah maslahah yang didapati oleh umat Islam apabila mereka meninggalkan bumi Palestin untuk dicengkam dan dikuasai oleh Yahudi, seterusnya umat Islam Palestin akan menjadi mangsa pelarian di tanahair sendiri. Sudah tentu perkara seumpama ini tidak direstui oleh Allah, Rasulnya serta orang beriman.

Perdamaian dengan Israel merupakan pengkhianatan terhadap Islam dan terkeluar daripada persepakatan umat Islam sendiri. Firman Allah dalam Surah al-Nisa’ ayat 115 bermaksud: ’Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang mukmin, Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu [Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan] dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali’.

Sesungguhnya umat Islam mestilah meneruskan perjuangan yang jitu untuk mengembalikan bumi Palestin daripada tangan Yahudi yang durjana. Sesungguhnya perdamaian dengan Israel adalah dilarang mengikut syara’.

Oleh itu, umat Islam seluruh dunia mestilah berjihad dan berjuang untuk menyelamatkan Palestin daripada terus dinodai. Kebenaran itu datang dari Allah dan Dialah yang menunjuki jalan hidayah.

Hilangkah Melayu Di Dunia Ini?

Laksamana Hang Tuah pernah berkata 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'. Pepatah yang sungguh dalam maknanya baik tersurat mahupun tersirat. Dengan megah dan penuh kebanggaan, Hang Tuah melaungkan pepatah itu pada masa dan era yang memperlihatkan bangsa Melayu ketika itu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain di dunia. Dengan keyakinan dan semangat membara, Hang Tuah berpendirian bahawa selagi bumi dipijak, tidak ada yang akan berani mengugat dan menggoncang kedaulatan dan ketuanan bangsa Melayu.

Namun, itu semua hanyalah satu sejarah. Sejarah yang melambangkan bahawa bangsa Melayu pernah dipandang tinggi dan mulia. Adakah pepatah itu mampu dipertahan hingga akhir zaman? Masih adakah kredibiliti bangsa Melayu di bumi sendiri? Persoalan inilah yang sering menjadi teka-teki dan sentiasa berlegar-legar di benak orang Melayu yang ingin kekal kedaulatan dan keMelayuannya.

Hakikatnya, tidak mustahil jika suatu hari nanti akan lenyap bangsa Melayu dan hilang kedaulatannya di muka bumi ini. Puncanya bukanlah hadir dari luar tetapi ianya ada dan sedang ligat menyerang dari dalam yakni di kalangan bangsa Melayu sendiri. Dan di penghujung akan berlaku perpecahan dan porak peranda yang akan menghakis dan mengikis bangsa Melayu sedikit demi sedikit hingga akhirnya bangsa Melayu akan dipijak dan lenyap dari mata dunia.

Kenapa saya berpendapat bahawa puncanya ada di dalam bangsa Melayu itu sendiri? Realitinya tak lain dan tak bukan bertitik tolak pada asalnya jua iaitu apa yang ada dan yang berlaku di dalam bangsa Melayu itu sendiri. Punca yang paling utama dan terbesar adalah datangnya dari sikap dan hati orang Melayu itu sendiri. Saya cuba senaraikan sikap buruk yang menjadi kudis dalam bangsa Melayu dan saya berdoa memohon kepada Allah agar dihindarkan sikap keji dari hinggap dalam hati saya.

1. Dengki dan iri hati.
Manusia yang ada sifat dengki dan iri hati akan sentiasa hidup tak tenang. Syaitan akan sentiasa menganggu gugat hatinya untuk melakukan penganiayaan ke atas perkara yang didengkikannya. Tidak kira samada cara baik mahupun cara yang bertentangan dengan hukum Allah. Maka akan timbul fitnah dan cerita keburukan yang dibuat-buat demi untuk menjatuhkan pihak yang didengkikannya. Hang Tuah sendiri pernah difitnah oleh pembesar Melaka gara-gara iri hati dan dengki kepadanya kerana menjadi kesayangan Sultan Melaka ketika itu. Mereka yang ada sifat dengki dan iri hati juga tidak mustahil akan mendekatkan diri dengan syaitan hingga sanggup melakukan perkara khurafat seperti sihir, santau dan lain-lain lagi. Akhirnya akan berlaku perpecahan, permusuhan dan pertelagahan yang akan membawa bangsa Melayu menjadi lenyap.

2. Sombong, riak dan bongkak.
Manusia acap kali terlupa bahawa setiap yang berada di atas muka bumi ini adalah hak milik Allah yang kekal. Kita yang berada di muka bumi ini hanyalah meminjam atas belas ehsan Allah. Sedangkan nyawa kita sendiri pun hanya dipinjamkan kepada kita dan satu hari nanti akan kembali kepada Yang Maha Berkuasa. Manusia yang sombong dengan kelebihan yang dimiliki hanya akan membuatkan masyarakat menjadi berpuak-puak berdasarkan darjat yang hanya ciptaan manusia. Dari sifat berpuak-puak inilah akan wujud perpecahan dalam masyarakat. Walhal semua manusia akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang sama dan akan dibangkitkan di hari Kiamat.

3. Tamak dan gelojoh.
Mungkin sudah menjadi trend masa kini yang mana setiap manusia seperti berlumba-lumba mengejar duniawi memandangkan taraf kehidupan yang kian meningkat dan semakin menghimpit masyarakat yang terkebelakang. Disebabkan inilah maka timbul sifat tamak dan haloba dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati sehingga sanggup membelakangkanhukum samada halal dan haram. Ada juga yang sanggup mengambil sesuatu yang bukan menjadi haknya dan tak kurang juga yang sanggup menindas pihak yang lemah demi mendapatkan sesuatu yang dihajati.

Mungkin sifat yang disebut di atas hanyalah faktor kecil yang boleh melenyapkan bangsa Melayu di dunia ini, tetapi jika tidak dibendung dan diubah dari sekarang, ia mampu menjadi nanah yang tidak boleh diubati lagi. Janganlah kita memandang rendah kerana sudah pasti kita tidak mahu menunggu hingga kaki kita dipotong sebelum mengambil langkah untuk berpantang dari mengambil makanan yang mengandungi gula berlebihan.

Aqidah dan pegangan yahudi laknatullah...

Sebenarnya kita agak kurang didedahkan akan pegangan dan akidah orang yahudi laknatullah ini. mengapa sampai begitu tidak berperikemanusiaan langsung dalam diri mereka dengan apa yang mereka lakukan pada umat Islam di Palestin.

Keadaan di sana sebenarnya lebih buruk dan kejam berbanding dengan apa yang kita dapat maklumat dan saksikan di kaca televiseyen mahupun media cetak. Saudara-saudara kita di sana sebenarnya dilayan umpama binatang yang langsung tidak bernilai pada pandangan mata puak kufar ini.


Info yang penulis dapat dinyatakan sebenarnya ada sesetengah saudara-saudara kita di sana dibakar dan disembelih dengan kejam. Hasil itu semua berdasarkan gambar yang diedarkan melalui email. Untuk penulis paparkan di sini sikit kesukaran kerana gambar dalam bentuk slide powerpoint yang dah di convert.

Sepertimana yang kita tahu bangsa yahudi ini juga menganut agama samawi yakni agama wahyu yang diturunkan Allah ke muka bumi. Mereka juga sebenarnya kaum yang paling ramai Nabi Allah utuskan pada mereka tapi mereka ingkar sehingga Nabi juga mereka bunuh. Semua termaktub dalam Al-Quran dan sirah telah menceritakan semua ini sebagai panduan kita agar jangan ambil iktibar dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka ini akan agama Allah yang diturunkan pada mereka. Berkaitan dengan agama yahudi ini, penulis bukanlah orang yang ahli untuk dinyatakan dan dihujjahkan di sini. Tetapi ingin berkongsi info yang rasa wajar kita ketahui apa isi kandungan kitab rujukan mereka dan akidah mereka sampai langsung tidak berperikebinatangan boleh kita katakan terutama kepada umat Islam di Palestin. Bila mengenangkan akan isu ini, terlintas di hati penulis akan kewajaran juga pemusnahan etnik yahudi oleh Hitler yang kita kenali sebagai tragedy holocaust. Kadang terlintas di hati memang patut mereka dilayan sebegitu rupa, walaupun bukan kita menyokong apa yang dilakukan oleh Hitler itu betul caranya tapi dengan apa yang mereka lakukan ini memang patut mereka dilayan sebegitu. Kita membenci yahudi ini bukan kerana agama mereka mahupun atas tiket bangsa yahudi itu. Kita memusuhi mereka atas tiket zionis kerana ideologi zionis antarabangsa kini sememangnya kerana kekejaman mereka yang amat keterlaluan terutama kepada umat Islam khususnya. Tapi bukan semua penganut yahudi ini berpegangan sedemikian kerana ada juga segelintir rabai-rabai mereka yang menentang apa yang sedang berlaku ini seperti golongan ortodoks, tetapi mereka ini minoriti sahaja.

Bagi orang Islam kitab rujukan utama adalah Al-Quranul Karim yang kita ambil sebagai panduan dan perlembagaan hidup. Manakala bagu kaum yahudi, kitab panduan mereka ini dinamakan Talmud. Dikatakan yang diturunkan kepada Nabi Musa dan diseleweng oleh rabai-rabai mereka, padahal sama juga seperti Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa tetapi telah diseleweng oleh paderi-paderi mereka. Bagi kaum yahudi mereka merupakan kaum pilihan yang dipilih oleh Allah. Manakala kaum yang lain sebenarnya umpama binatang yang tak berharga bagi mereka. Bukan sahaja Islam, tapi juga bangsa yang lain selain yahudi semuanya sama. Inilah pegangan dn akidah kaum yahudi. Antara isi kandungan kitab Talmud ini yang penulis ingat pernah diperkatakan, “Mereka (kaum yahudi) bertanya kepada Tuhan mengapa diciptakan kaum yang lain selain mereka. Maka dijawab Tuhan, mereka diciptakan agar kamu naik atas mereka dan kamu patah riuk tengkuk mereka dan hirup darah mereka dan daging mereka kerana mereka itu halal bagimu diperlakukan.” – begitulah yang penulis ingat-ingat lupa isi kandungan yang mungkin penulis tambah-tambah ikut selera kata penulis sendiri. Tapi isinya agak sama. Di bawah pula isi antara surah-surah boleh kita katakana isi kandungan kitab Talmud dan juga kitab-kitab suci lain yang mereka jadikan panduan.


“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang non Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang non-Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang non-Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

“Orang-orang non-Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang non-Yahudi.” (Talmud IV/8/4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) datang, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang non Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Bisa terkena hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lainnya, yaitu isteri seorang Yahudi. Isteri non-Yahudi tidak termasuk.” (Talmud IV/4/52b)

“Tidak ada isteri bagi non-Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud IV/4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipudaya orang-orang non Yahudi.” (Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang non-Yahudi, mereka harus membahagi keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang non-Yahudi, jika mereka harus membayar uang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang non-Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang non-Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)

“Kepemilikan orang non-Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, berarti telah memilikinya.” (Talmud IV/3/54b)

“Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang non-Yahudi dan menipunya.” (Talmud IV/1/113b)

“Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang non-Yahudi.” (Talmud IV/2/70b)

“Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) datang, semuanya akan menjadi budak-budak orang-orang Yahudi.” (Erubin 43b)
'
Kita nilailah sendiri dengan apa yang telah dinyatakan di sini mengapa permusuhan kita yakni umat Islam dengan bangsa yahudi ini tak akan boleh untuk berdamai sampai hari kiamat nanti. Tapi yakinlah bahawa Islam pasti akan beroleh kejayaan kelak di masa hadapan di mana ketika itu umat Islam akan terus menerus mencari siapa dan di mana sahaja orang yahudi agar mereka dibunuh hatta mereka bersembunyi di belakang pokok mahupun batu sekalipun akan diberitahu mereka di situ kecuali satu pokok yang menyebelahi mereka. Janji Allah dan Rasul itu pasti akan terserlah kebenarannya nanti, InsyaAllah..

Wednesday, January 7, 2009

Kenapa muslim menjadi bebal?

Hakikatnya wahai ummat Islam sekalian, saudara kita di Gaza tidak pernah mati sama sekali, bahkan mereka dimuliakan dengan kehidupan disisi Allah Yang Maha Esa.

Tiada lagi kesedihan dan rasa rugi terhadap jumlah kematian ummat Islam Gaza, palestine yang semakin meningkat. Sesungguhnya itu bukan kematian bagi mereka tetapi ia adalah kemuliaan buat perjuangan mereka. Bahkan Mereka sangat beruntung dipilih Allah untuk syahid dan hidup bahagia disinya.


Berimanlah dengan janji Allah Yang Amat Benar:

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. - Ali 'Imraan ayat 169

Apakah kita perlu bersedih lagi setelah kita yakin bahawa mereka sebenarnya dianugerahkan kemuliaan yang hakiki.

Bergembiralah wahai Nizar Al-Rayyan dikau telah menemui syahid bersama ratusan ummat Islam yang lain.

Reaksi Kita

Bagi ummat Islam yang solid imannya mereka tidak hanya akan bersedih dan marah kerana Palestine tidak dibantu malah dikhianati oleh saudara seagama mereka sendiri.

Pemimpin negara Arab yang berjiran dengan Palestine hanya menanggapi isu serangan tersebut hanya bak kanak-kanak kecil yang perlu dirotan kerana nakal, itu sahaja.

"HAMAS nakal sangat jadi tak mengapalah kita biarkan Israel bertindak sedikit, Hamas yang degil perlu diajar".

Untuk melihat HAMAS yang ikhlas bersama rakyat dijatuhkan demi tagihan sedikit restu Amerika dan Israel, Mereka membutakan mata terhadap kekejaman Israel yang bukan sahaja bertindak terhadap Hamas malah ratusan rakyat lain turut sengaja dikorbankan.

Mereka menghiasi kematian dan penderitaan saudara seaqidah itu dengan alasan itu hanya sedikit pengajaran buat HAMAS yang dituduh pengganas. Mereka lupa atas alasan apa sekalipun seinci pun tanah gaza haram untuk diinjak walau apa jua alasannya.Mereka bukan pemimpin ummat Islam tetapi Barua Amerika dan Israel yang gila kuasa.

Ramai yang pening kepala memikirkan , kenapa pemimpin ummat Islam menjadi bebal untuk memahami bahawa itu adalah isu survival ummah, bukannya perihal mengajar HAMAS atau apa sekalipun.

Jawapannya bukan mereka bebal dan bodoh untuk memahami sikap Amerika dan negara haram Yahudi itu, tetapi keuntungan peribadi, politik dan kuasa yang didambakan, untukitu mereka harus bersetuju dengan sikap Yahudi dan Amerika menyerang Gaza.

Sikap mereka itu bukan terpaksa demi kuasa semata-mata, malah itulah perwatakan sebenar mereka. Demi kuasa dan restu yang sedikit dari musuh Islam mereka sanggup menjadi Barua Amerika dan Israel dengan menggadaikan tanah dan darah ummat Islam sendiri.

Media As Safir mengungkapkan bahawa pihak berkuasa Ramallah telah memindahkan seramai 400 kakitangan yang dipimpin tokoh gerakan Fatah, Muhammad Dahlan, ke Kaherah 36 jam untuk serangan Zionis Israel ke Gaza. Ini merupakan sebahagian perancangan yang ingin melihat pemerintahan Hamas jatuh.

As-Safir turut menyatakan bahawa antara perkara yang dibincangkan oleh Dahlan ialah perancangan selepas kejatuhan Hamas di Gaza. Ini membuktikan terdapat pakatan antara Fatah dan Zionis Israel.

Isunya bukan sahaja untuk menjatuhkan HAMAS, tetapi mereka sengaja memejamkan mata membiarakan Israel menyerang dan menumpahkan darah saudara seaqidah kita sendiri.

Maka kita tidak perlu untuk peningkan kepala memahami sikap sebenar para pemimpin ummat Islam yang hanya mampu berdialog untuk berhadapan dengan serangan yahudi. Malah mereka sendiri mewajarkan tindakan yahudi dengan Alasan itulah pengajaran yang HAMAS perlu tanggung.

Sikap kita

1. Kita wajib menyatakan sikap dan tindakan yang berpaksikan Islam dan ukhuwwah Islamiah, bukan hanya mendakwa itu hanya isu Palestine yang suka bergaduh dengan Israel.

2. Kita bukan sahaja perlu marah dan menyatakan sikap kebencian terhadap kezaliman malah sesiapa yang mengahalang ummat Islam dari berdemonstrasi adalah tidak wajar dan menyimpang dari nilai kesatuan perasaan dan kesatuan sensetiviti terhadap penderitaan ummah.

3. Kita wajib faham bahawa isu palestine bukanlah seumpama misalan "umpama anjing dan kucing" yang sering bercakaran, Hamas yang berdegil tidak mahu berdamai dan mahu bergaduh dengan Israel, tetapi ia adalah isu ummat Islam yang diserang, dibunuh dan HAMAS adalah pejuang ikhlas yang sanggup bersama rakyat demi mempertahankan bumi Palestine yang sudah digadai oleh pemimpin Islam sendiri.

Pemimpin Hamas , Ismail Radwan menyatakan bahawa pejuang dan kepimpinan Palestin di Semenanjung Gaza tidak akan meninggalkan medan perang dan akan kekal berjuang sehingga ke titisan darah terakhir dan memberi amaran kepada rejim Zionis , mereka akan membayar harga yang sangat mahal atas pertumpahan darah ini.

4. Menyatakan kemarahan, bertindak dengan tindakan yang paling tepat, dan berdemonstrasi hanyalah sikap yang paling minimum bagi kita, bahkan kita wajib mempertahankan setiap inci bumi Palestine dengan darah dan harta kita sendiri. Bukahkah penderitaan mereka adalah derita kita. Bapa,ibu, anak-anak, abang, kakak mereka adalah bapa,ibu,dan anak-anak kita. sedarilah hubungan aqidah lebih mulia dari hubungan darah.

Persoalannya, setelah kita faham dan yakin bahawa hubungan aqidah lebih mulia dari hubungan pertalian darah,ummat Islam Palestine adalah umpama bapa, ibu dan anak-anak kita sendiri, apakah perasaan dan tindakan kita apabila ibu, bapa dan anak-anak kita diganyang tanpa hak dihadapan mata kita?.

Apakah amarah pun tiada?. malah ada pula yang sanggup untuk mengahalang orang lain dari menunjukkan sikap marah mereka dengan demo dan sebagainya.

Mereka dakwa kita tidak perlu marah-marah, derma pun dah cukup. Sedarilah, sesungguhnya mereka yang berdemonstrasi,bersungguh-sungguh menyatakan kemarahan terhadap kezaliman Yahudi itu bukan sahaja menyayangi ummat Islam Palestine dengan menunjuk rasa marah sahaja, bahkan mereka yang dituduh hanya tahu berdemo sahaja inilah sepenuh hati membantu sehabis daya berinfaq membantu saudara-saudara seaqidah mereka di Gaza.

Kecaman terhadap sikap tidak prihatin terhadap nasib saudara seaqidah

Lalu ku nyatakan kepada kalian, sebahagian ummat Islam yang menyekat ummat Islam yang lain dari melakukan apa yang termampu setelah pemimpin mereka membisu adalah lebih jelek daripada yahudi dan muslim yang berkhianat.

Bukan sahaja perasaan marah sahaja yang perlu ditunjukkan malah kita wajib berkorban jiwa dan harta demi ummat Islam semuanya.

Bukankah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi telah menegaskan bahawa ummat Islam dari Maghribi hingga ke Indonesia berkewajipan

mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh.

"Menyokong penduduk Palestin di Gaza adalah satu kewajipan agama pada setiap individu muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut " Syeikh Al Qaradhawi.

Seruanku

Akhirnya, seruanku buat kalian, renungilah apa yang dinyatakan oleh Dr Yusuf Al Qaradhawi apabila ditanya.

"Mengapakah kita lemah dan sering kalah apabila berhadapan dengan Israel sedangkan negara ummat Islam banyak,lebih daripada 40 buah negara?.

Beliau berkata:

"Ummat Islam tidak akan lemah dan kalah berhadapan dengan Israel jika negara ummat Islam hanya satu".

Saturday, January 3, 2009

Masuk Kristian Kerana Bahasa Inggeris?

Sabatina adalah contoh remaja Islam yang masuk Kristian. Dia sekarang dilindungi polis German kerana ayahnya mengancam akan membunuhnya jika dia tidak kembali kepada Islam.

Di negara kita sendiri, agama Kristian dan ritual-ritual Kristian, mempunyai appeal yang sangat kuat kepada remaja kita yang fasih berbahasa Inggeris, tanpa mengira kaumnya.

Di kalangan orang Cina dan India, tidak semua yang fasih bahasa Inggeris masuk Kristian, ada yang tidak masuk Kristian. Tetapi semua yang masuk Kristian adalah yang fasih berbahasa Inggeris.

Tidak ada orang Cina yang cuma tahu bahasa Cina sahaja, ataupun orang India yang tahu bahasa Tamil sahaja, yang masuk Kristian.

Golongan pengagum bahasa Inggeris menyamakan apa-apa yang Inggeris dengan kemajuan, kemodernan, kebagusan, kebenaran dan kecantikan.

Jika sesuatu itu mempunyai persamaan ciri dengan padanannya yang Inggeris, maka ia lebih bagus, lebih cantik. Wajah yang cantik adalah wajah yang mempunyai persamaan dengan rupa orang putih. Makanan yang sedap adalah makanan orang putih.

Bagi remaja pengagum Inggeris, agama Kristian disamakan dengan agama orang putih, agama bangsa-bangsa yang maju, yang kayaraya, dan modern. Perkara ini memang ada betulnya.

Mereka tidak berminat dengan agama Islam kerana agama Islam disamakan dengan agama bangsa-bangsa yang mundur, agama orang miskin, agama orang kampung, agama bangsa-bangsa yang rupa paras mereka tidak secantik orang putih. Agama Islam adalah agama yang menyusahkan mereka. Perkara ini pun memang ada betulnya.

Di negara kita, agama Kristian amat 'cantik' dan amat 'cool' di mata remaja pengagum bahasa dan budaya Inggeris. Dalam hati mereka, dan dalam tingkah laku mereka, sebenarnya mereka turut sama merayakan dan meraikan hari Krismas, sanubari mereka ikut mendendangkan lagu-lagu X'mas carols, cuma mereka tidak pergi ke gereja.

Remaja kelompok ini membaca buku-buku Inggeris yang ditulis oleh pengarang-pengarang Inggeris sahaja. Mereka yakin buku-buku Inggeris berkualiti tinggi. Bagi mereka buku-buku Melayu tidak berkualiti. Mereka yakin pengarang Inggeris lebih tinggi ilmunya. Manakala pengarang Melayu cetek ilmunya.

Di sinilah frontier kita sebagai penulis dan penerbit buku-buku Melayu. Kita mencari formula bagaimana kita dapat memujuk remaja Melayu pengagum bahasa dan budaya Inggeris supaya mahu membaca buku-buku agama dalam bahasa Melayu.

Tak sensitif! Mereka berpesta tahun baru, Palestin bermandi darah

Cuba anda bayangkan. Rakyat Gaza ‘dikebulurkan’ tanpa makanan. Bantuan perubatan juga disekat. Hidup sedia ada sudah cukup tersiksa didera Yahudi. Saban hari yang dilalui hanyalah kisah-kisah sedih dan duka. Keperitan hidup tidak terungkap. Namun ketabahan rakyat Palestin, terutamanya di Semenanjung Gaza menjalani kehidupan sedemikian cukup mengagumkan.

Di saat keperitan itu, tentera Yahudi menambah kesengsaraan itu dengan pengeboman yang dahsyat dalam beberapa hari ini.


Ia dilancarkan ketika umat Islam kembali dari menunaikan haji. Serangan dibuat tanpa mengenal Zulhijjah atau Muharram, anak kecil atau wanita. Gaza mesti dimusnahkan.

Ketika rakyat Palestin sedang bermandi darah, sebahagian rakyat Malaysia berpesta sakan meraikan kedatangan tahun baru Masehi. Menyanyi, menari, minum (arak?), berseronok seakan-akan dunia ini mereka yang punya. Mereka tidak mengenal erti persaudaraan Islam, tidak mengenal erti rasa prihatin dan cakna. Bagi mereka ini, dalam kepala mereka ialah-seronok, seronok, seronok!


Boleh berjoget, boleh menyanyi,

itulah kepuasan hidup yang dicari.

Dalam kelembutan jari jemari,

rupanya tersimpan kekerasan hati.


Palestin yang bermandi darah hanya seperti sebuah filem box-office yang bukannya ‘real’, atau apa yang berlaku mungkin di planet antah berantah, tidak ada kaitan langsung dengan mereka, atau gambar Palestin berdarah itu hanya ilusi dan imaginasi seorang pelukis di atas sebuah kanvas.


Ya..kerasnya hati mereka. Pejalnya hati mereka. Hitamnya hati mereka.


Tidak terdetik langsung dalam hati rasa kasihan belas?

Tidak terasa langsung dalam hati mereka kesengsaraan saudara seIslam mereka?

Tidak mengalir langsung airmata mereka melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan?


Jari ini hanyalah mampu menekan keyboard. Atau hanya mampu menadah tangan ke hadrat Ilahi Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar kenapa ia berlaku.


‘Ya Allah! Engkau bantulah umat Islam Palestin itu!
Ya Allah! Engkau tolonglah Hamas memerangi tentera Yahudi yang jahat itu!
Ya Allah! Engkau menangkanlah mereka mengatasi musuh mereka dan musuh kami!’
"