Followers

Friday, February 20, 2009

Kemelut politik Perak: Siri dakwah

Tanda-tanda hari Kiamat dan Akhir zaman

Rosaknya nilai-nilai keadilan, bermaharaja-lela kemungkaran dan berleluasanya kejahatan. Semua ini mendekkan pada berakhirnya dunia.

Bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasullah lalu bertanya tentang hari Kiamat. Rasullah menjawab."Apabila amanat telah tidak ditunaikan, maka tubffulah kiamat


."Lalu lelaki bertanya lagi:"Apakah maksud amanat tidak ditunaikan itu?Rasullah menjawab."Apabila persoalan sudah diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya,maka tunggulah kiamat.

Runtuhnya nilai-nilai Luhur

Hilangnya amanat dari diri manusia sehingga dalam berjual beli,hampir-hampir seorang pun tidak memegang amanah.

Penilaian seseorang pemimpin bukan lagi didasarkan pasa nilai-nilai agama serta keimanan dan juga nilai-nilai akhlak yang mulia.Tetapi dari sudut sebaliknya.Kuasa telah mengatasi segala-galanya termasuk perkara yang melibatkan agama dan keimanan.

Sabda Rasullah:"Pada satu ketika Allah akan mencabut kewibawaan kalian(manusia)(pemimpin) pada waktu yang sama Allah akan menanamkan WAHN dalam hati mereka."Para sahabat bertanya,"Apakah WAHN itu ya Rasullah"Rasullah menjawab."Cinta dunia dan takut mati."

Penjelasan hadith iaitu bahawa penyakit(WAHN) merupakah penyakit yang membunuh dan wabak yang sangat berbahaya.itulah WAHN yang menjangkiti jiwa umat manusia,mempengaruhi,mengubah dan juga menghancurkan manusia.

sabda Rasullah SAW:"Sesungguhnya apabila manusia melihat perbuatan mungkar dan mereka tidak mengubahnya,maka hampir sahaja Allah mengazabkan mereka seluruhnya dengan siksaan."

Lagi sabda Rasullah:"Sesungguhnya manusia apabila mereka melihat kezaliman lalu tidak bertindak,lalu hampir sahaja Allah mengazabkan mereka keseluruhannya dengan siksaan."

Seterusnya Rasullah bersabda:"Apabila kamu melihat umatKu takut mengatakan kepada orang zalim"hai zalim",maka kewujudan atau ketiadaan mereka itu sama,atau mereka telah ditinggalkan menjadi HINA,dan terlarang dari pertolongan Allah."

Kebenaran dan Para Pendokong

Diantara kalimat Allah ialah kebenaran pasti akan mendapat pertolongan.Sekalipun cubaan yang dialami oleh pendukung sangat panjang,sebaliknya kebatilan akan lenyap sekalipun nampaknya menang dan tinggi.Firman Allah."Dan katakanlah telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu sesutau yang pasti lenyap."

Firman Allah lagi."Dan diantara orang-orang yang kami ciptakan terdapat umat yang memberi petunjuk dengan kebenaran,dan dengan kebenaran itu(pula) mereka menjalankan keadilan".

Oleh itu kepda para pendukung kebenaran serta keadilan dan juga pendukung kezaliman dan kemungkaran jadikan iktibar dan pedoman berdasarkan ayat-ayat,sabda-sabda sahih Rasullah SAW dan juga Firman Allah SWT.Ia dalah perkara yang benar dan sedang berlaku terutamanya di dalam negara kita sekarang ini.Tahap keadilan di Malaysia telah jatuh pada tempat yang begitu hina sekali.Apakah tindakan dan tanggungjawab kita untuk seterusnya bagi menghentikan kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia ini.Para pendukung kezaliman takutlah pada azab dan siksaan Allah.Ia amat berat.Jangan kerana segolongan manusia yang bermaharaja lela melakukan kerosakan dan kemungkaran mangakibatkan golongan yang beriman menerima akibatnya juga.Sedar dan insaflah."

Friday, February 13, 2009

Hikmah disebalik kematian MP Bukit Gantang untuk renungan Sultan Perak

Dalam konteks politik di Perak akhir-akhir ini telah terhasil satu keputusan yang jelas sekali menimbulkan rasa kurang senang dikalangan rakyat Perak khususnya dan rakyat Malaysia umumnya akibat dari Kuasa yang ada pada Sultan dan Raja-raja Melayu. Keengganan Sultan Perak mempekenankan pembubaran DUN untuk diadakan Pilihanraya negeri, kedengaran di sana sini suara Rakyat yang inginkan Rakyat membuat pilihan. Siapakah dan Bagaimanakah pilihan mereka untuk menentukan peneraju negeri mereka.

Malah Sultan tetap dengan keputusannya, membayangkan bahawa keputusan Sultan tersebut adalah mutlak atau tidak terbatal. Sama ada adil atau tidak, sama ada rakyat mengeluh atau tidak, itu bukan pilihan Tuanku. Yang pastinya, keputusan Tuanku tersebut telah memulakan dimensi baru dalam ragam politik Malaysia. Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak telah berlaku. Semua rakyat terpanggil bersama-sama untuk belajar dan menganalisa krisis undang-undang tersebut daripada yang buta huruf hinggalah golongan akademik, masing-masing bercakap-cakap dan memulakan Tesis baru untuk kajian ilmiah mereka. Sangat menarik bukan…

Krisis Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak itu adalah sebahagian dari hikmah yang terdapat di dalam Peristiwa Rampasan Kuasa 6/2/2009 setelah tertubuhnya Kerajaan Haram Negeri Perak.

Pada 10/2/2009 akan berlakunya angkat sumpah Exco untuk Kerajaan Haram Negeri Perak seperti yang dijadualkan. Manakala sehari sebelumnya pada 9/2/2009 hari Isnin Negara dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen dari Perak iaitu dari Parlimen Bukit Gantang. Kenapa Sultan enggan membubarkan DUN? Kenapa Ahli Parlimen Bukit Gantang meninggal dunia sebelum Exco Kerajaan Haram menggangkat sumpah? Kenapa wakil rakyat dari Perak yang meninggal dunia dan bukan dari negeri lain? Itu semua adalah urusan Allah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana.

Bagi aku, hikmah yang terdapat dari peristiwa tersebut adalah dengan keputusan MUTLAK Sultan Perak yang enggan membubarkan DUN untuk diberi pilihan kepada rakyatnya memilih pemimpin. Malah keputusan Tuanku adalah TIDAK ADIL dari pandangan rakyatnya…ramai yang kecewa…ramai yang bersedih dan lagi ramai yang rasa diperbodohkan.

Maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang ini dengan sendirinya Pilihan Raya Kecil akan berlaku sebagaimana yang dipersetujui dalam lunas-lunas demokrasi Malaysia. ALLAH S.W.T MAHA ADIL untuk hambanya, maka dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gantang tersebut rakyat telah diberi peluang untuk kembali memilih pemimpin pilihan mereka setelah dinafikan oleh Sultan Perak. Secara tersiratnya, keputusan yang terhasil dari PRK yang akan diadakan nanti akan dapat mengukur sejauh mana keputusan Tuanku Sultan Perak adalah betul dan wajar untuk kebajikan rakyatnya. Wallahualam…

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.


Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian.. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”


Gara-gara keengganan Ghazali itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’.

Thursday, February 5, 2009

SIDANG MEDIA RUMAH MB









DS Nizar:

- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.

- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan.

Penulis tentang kelakuan Barisan Nasional di perak!!!!!

Nampaknya manusia yang rakus memilki pangkat dan harta sanggup berbuat apa sahaja di Perak.Jika dahulu 16 september dikatakan ''ikut pintu belakang'' namun hari ini kita melihat BN mengikut setiap penjuru pintu menyerang pakatan rakyat.Jika dahulu perbuatan melompat parti dianggap tidak bermoral,namun hari ini mereka merestui perkara yang dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pembelot2 sudah tentu tersenyum menunggu habuan.Kerajaan yang direstui rakyat Perak kini dinodai oleh hati yang busuk lagi jijik.Sehingga artikel ditulis,masalah masih belum lagi selesai.Saya berharap semua umat manusia yang cintakan kebenaran memohon pertolongan Allah agar kerajaan Pakatan Rakyat terus teguh.LAWAN TETEAP LAWAN!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, February 2, 2009

Jamaluddin: Tidak timbul saya keluar PKR

Exco kerajaan Perak, Jamaluddin Mat Radzi menafikan beliau telah menghilangkan diri minggu lalu dan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang.

Dalam kenyataannya yang diedarkan kepada media di sebuah hotel dekat dengan lapangan antarabangsa KLIA, wakil rakyat PKR itu berkata beliau mengambil cuti sakit selama tiga hari mulai 28 Januari.

"Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti," katanya.

Kenyataan yang diedar oleh pegawai khasnya Firdaus Saharuddin jam 3.30 petang tadi, Jamaluddin juga berkata beliau masih berkhidmat sebagai Adun Behrang dan menyifatkan kenyataan Speaker DUN Perak semalam "tidak berasas sama sekali".

Dalam sidang media ringkas, pegawai itu berkata Jamaluddin kini sedang dalam perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun menafikan wakil rakyat PKR itu bertemu dengan pemimpin-pemimpin Umno berhubung desas-desus melompat parti kepada BN.

Sabtu lalu, desas-desus bertiup kencang bahawa Jamaluddin bersama Osman berada di Pahang dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di kediamannya di Pekan.

Mengulas sama ada Jamaluddin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan peletakan jawatannya, Firdaus berkata mereka sedang merujuk peguam.


Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

Merujuk kepada laporan media semalam yang menyatakan saya telah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Unangan Negeri (Adun) kawasan Behrang.

Sukacita saya sekai lagi ingin menegaskan bahawa laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Ini kerana saya masih berkhidmat sebagai wakil rakyat dan sehingga kini tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan jawatan setelah dipilih oleh rakyat.

Berhubung dakwaan bahawa saya telah menghilangkan diri kerana mahu melompat parti, suka saya menjelaskan bahawa saya tidak pernah menghilangkan atau melarikan diri daripada mana-mana pihak.

Sebaliknya, ingin saya jelaskan bahawa saya telah bercuti dari 28 Januari hingga 30 Januari 2009 kerana sakit.

Pada 31 Januari 2009 hingga 1 Februari 2009 pula adalah cuti hujung minggu dan tempoh tersebut digunakan oleh saya untuk berehat.

Bagaimanapun, laporan berita semalam yang kononnya saya telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai wakil rakyat benar-benar mengejutkan saya.

Dalam hubungan ini, adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tidak berasas sama sekali.

Lebih-lebih lagi saya sendiri semalam tidak berada di Perak, apatah lagi untuk menghantar sendiri surat peletakan jawatan saya ke rumah beliau.

Kenyataan tuan Speaker tersebut benar-benar mengejut saya dan telah menimbulkan kekeliruan dan kegemparan di seluruh negara sedangkan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

Buat masa ini, saya akan meneruskan tugas saya dan tanggungjawab saya seperti biasa dan tidak timbul isu kononnya saya telah bertukar parti.

Saya berharap penjelasan ini akan menghuraikan kekeliruan yang ada dan saya berharap pemimpin Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang tidak benar demi kepentingan politik pihak tertentu.

Yang benar,
YB Jamaluddin Mohd Radzi
2 Februari 2009

Erdogan VS Shimon Peres

Perdana Menteri Turki Tayyip Erdogan telah meributkan debat Timur Tengah pada Forum Ekonomi Dunia pada hari Khamis yang lalu, beliau mengatakan mungkin tidak akan kembali lagi jikalau ianya hanya untuk perhimpunan tahunan bagi para hartawan dan pihak yang berkuasa.

Presiden Israel, Shimon Peres telah mempertahankan pendirian Israel terhadap serangan terhadap Gaza lebih sebulan lepas, dengan suara sedikit keras dan tudingan jari, shimon mempersoalkan apakah yang Erdogan akan lakukan jika roket dilancarkan pada setiap malam ke Istanbul.

Ketika Perbahasan tersebut yang turut disertai oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon dan pengerusi Liga Arab Amr Moussa sedang menuju ke penggulungan akhir, Erdogan cuba mencelah untuk memberi respon.

"Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos lagi kerana anda tidak membenarkan saya bercakap," kata perdana menteri Turki tersebut, beliau kemudiannya beredar keluar daripada dewan persidangan di pusat peranginan ski,Switzerland .

"Presiden Israel boleh bercakap selama 25 minit. Namun saya hanya memiliki separuh dari jumlah masa tersebut."

Agensi berita Turkey's state run Anatolian memetik Erdogan sebagai berkata kepada Peres: "Apabila ia datang untuk membunuh anda tahu benar bagaimana untuk membunuh. Saya amat pasti bagaimana anda telah membunuh seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai."

Dalam satu sidang akhbar, Erdogan menjelaskan bahawa beliau amat sedih dan kecewa dengan pengedalian perbahasan dan cara Peres.

"Tindak balas saya diarahkan pada moderator. Saya rasa jika kita teruskan mengendalikan perbahasan dengan cara ini, kita pasti tidak akan mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada Davos seperti apa yang kita semua inginkan daripada persidangan Davos, dan ia akan mensamarkan lagi usaha-usaha untuk mencapai keamanan," Kata Erdogan.

"Peres sedang bercakap dengan perdana menteri Turki -- Saya bukan sahaja pemimpin sesetengah bagi kumpulan atau kaum, beliau seharusnya telah jelas tentang perkara tersebut," dakwanya kepada pemberita.

Erdogan wira Palestin terkini

Kita amat bangga dan kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos pada 29 Januari 2009 dimana beliau bertikam lidah dengan Shimon Peres, Presiden Israel di dalam satu forum. Antara lain beliau dengan tegas menyatakan " kamu membunuh manusia dan itu adalah salah". Peristiwa ini mengejutkan dan turut di saksikan oleh ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru.


Peristiwa ini mengejutkan dan turut di saksikan oleh ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Forum yang dipengerusikan oleh David Ignatius, kolumnis akhbar Washington Post menyaksikan moderatornya berat sebelah dengan memberikan ruang yang lebih kepada Shimon Peres berbanding Erdogan. Ini mengecewakan Erdogan menyebabkan beliau meninggalkan majlis tersebut dengan perasaan marah dan tidak puas hati.

Semasa berdebat, Peres dengan nada angkuh mempertahankan operasi tenteranya menceroboh Gaza selama tiga minggu dengan mendakwa negara Palestin tidak pernah dikepung, mempunyai ruang udara terbuka tetapi mempersoalkan kenapakah Hamas menyerang negaranya dengan roket-roket.

Bagaimanapun, Erdogan menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan Israel mengamalkan penjara langit terbuka, mengasingkan Palestin dari dunia luar serta merujuk kepada pembunuhan lebih 1,300 rakyat Palestin yang rata-ratanya adalah orang awam.

Antara kata-kata yang paling tajam ditujukannya kepada Peres ialah " When it comes to killing, you know it too well"

Oleh kerana moderatornya berat sebelah, Erdogan meninggalkan majlis lebih awal dengan marah menyatakan beliau tidak akan datang lagi ke Davos.

Apa yang dikesalkan forum tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara Islam, tetapi mereka menikus dan tidak seberani Erdogan. Kebanyakan mereka mungkin mahu terus menjaga hati AS sebagai rakan sekutu kepada negara haram Israel.

Kita angkat topi kepada Pemimpin Turki itu, meskipun negaranya bergelut dengan usaha untuk keluar dari pemerintahan sekular yang diasaskan oleh Kamal Ataturk. Setidak-tidaknya Erdogan "membelasah" Peres dihadapan Presiden Obama. Kita mengharapkan apa yang diluahkannya adalah penyampaian mesej dari rakyat Palestin khasnya dan umat Islam sedunia amnya.

Tabek hormat dari kami untuk mu Erdogan.
"