Followers

Monday, February 2, 2009

Erdogan wira Palestin terkini

Kita amat bangga dan kagum dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos pada 29 Januari 2009 dimana beliau bertikam lidah dengan Shimon Peres, Presiden Israel di dalam satu forum. Antara lain beliau dengan tegas menyatakan " kamu membunuh manusia dan itu adalah salah". Peristiwa ini mengejutkan dan turut di saksikan oleh ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru.


Peristiwa ini mengejutkan dan turut di saksikan oleh ramai pemimpin-pemimpin dunia termasuk Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat yang baru.

Forum yang dipengerusikan oleh David Ignatius, kolumnis akhbar Washington Post menyaksikan moderatornya berat sebelah dengan memberikan ruang yang lebih kepada Shimon Peres berbanding Erdogan. Ini mengecewakan Erdogan menyebabkan beliau meninggalkan majlis tersebut dengan perasaan marah dan tidak puas hati.

Semasa berdebat, Peres dengan nada angkuh mempertahankan operasi tenteranya menceroboh Gaza selama tiga minggu dengan mendakwa negara Palestin tidak pernah dikepung, mempunyai ruang udara terbuka tetapi mempersoalkan kenapakah Hamas menyerang negaranya dengan roket-roket.

Bagaimanapun, Erdogan menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan Israel mengamalkan penjara langit terbuka, mengasingkan Palestin dari dunia luar serta merujuk kepada pembunuhan lebih 1,300 rakyat Palestin yang rata-ratanya adalah orang awam.

Antara kata-kata yang paling tajam ditujukannya kepada Peres ialah " When it comes to killing, you know it too well"

Oleh kerana moderatornya berat sebelah, Erdogan meninggalkan majlis lebih awal dengan marah menyatakan beliau tidak akan datang lagi ke Davos.

Apa yang dikesalkan forum tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin negara Islam, tetapi mereka menikus dan tidak seberani Erdogan. Kebanyakan mereka mungkin mahu terus menjaga hati AS sebagai rakan sekutu kepada negara haram Israel.

Kita angkat topi kepada Pemimpin Turki itu, meskipun negaranya bergelut dengan usaha untuk keluar dari pemerintahan sekular yang diasaskan oleh Kamal Ataturk. Setidak-tidaknya Erdogan "membelasah" Peres dihadapan Presiden Obama. Kita mengharapkan apa yang diluahkannya adalah penyampaian mesej dari rakyat Palestin khasnya dan umat Islam sedunia amnya.

Tabek hormat dari kami untuk mu Erdogan.
"

0 comments:

Post a Comment