Followers

Thursday, March 11, 2010

Tahniah dan Syabas kepada Calon SPM 2010

Saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan calon-calon SPM 2010 diatas kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.Teruskan usaha untuk mencapai cita-cita anda...


alhambra-online.blogspot.com

Jangan hantar peluru kepada musuh!!

Assalamualaikum dan salam firaun kecil.Hari ini orang bukan sekadar bermain dengan pistol,peluru atau barang-barang berbahaya yang lain tetapi vcd pun dijadikan senjata membunuh kredibeliti lawan.Isu-isu yang menjadi bahan bualan dan perbincangan hari ini menjadi satu titik tolak arah tuju Malaysia seterusnya.Kadang-kadang,kita tidak sedar bahawa kita asyik mempertahankan diri daripada musuh padahal kita sebenarnya menghantar peluru kepada mereka.Contohnya isu keluar parti, Zulkiflli Nordin yang ingin menyertai PAS.Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan bagi menghalang usaha tersebut.Akhirnya,Zulkifli menggelar mereka 'badut hingusan' yang tidak semena-mena melenting walhal beliau masih belum memohon untuk menyertai PAS.Ini adalah sebenarnya contoh-contoh yang perlu di elakkan agar ia tidak menjadi polemik yang bakal meresahkan ahli.Biarkan Zulkifli dengan labu-labunya.Sama ada beliau ingin menyertai atau tidak itu hak beliau yeng penting kita harus terus bekerja demi memastikan kemenangan yang gemilang kelak.Jangan disebabkan isu tersebut merencatkan gerak kerja kita.Ingat,sebagai pejuang Islam kita ada akhlak dan adab.Itulah yang membezakan kita dengan orang lain.ALLAH matlamat kita,Rasul ikutan kita,Al-Quran panduan kita,Jihad jalan kita dan Mati Syahid cita-cita kita.Ayuh! Jangan dibuai leka...


LAWAN TETAP LAWAN!!

Friday, March 5, 2010

Aku Dibuli....

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul.Pagi tadi saya berpeluang untuk berceramah di SK Seremban 2a.Audiencenya 700 orang! Masing-masing mengenakan pakaian Baju Melayu dan baju Kurung pelbagai warna untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut.Dimulakan dengan perarakan sehinggalah ke hari kemuncak,segala-galanya seakan-akan lancar.Apabila saya memberi ceramah,saya terpaksa menghadapi 700 ragam manusia bernama kanak-kanak.Mereka berjaya membuat aku mati akal sehinggalah aku mengalah dan berundur.


Perbualan dengan Abg Mohamad memberikan aku idea untuk memberikan ceramah pada malam sebelum majlis berlangsung.Ketiadaan LCD meresahkan aku sehingga apabila aku memulakan ceramah,aku bertanya kepada diri,''bersediakah aku''? Permulaan ceramah pada awlnya memuaskan,tetapi apabila masa datang mmenjemput,ia menjadi tidak terkawal.Keadaan hingar bingar membuatkan aku mati akal dan tidak tahu untuk bercakap apa selepas itu.Aku tidak boleh mengalah!!!!!

Rupa-rupanya,Allah bg jalan keluar.....Modul.Itu sahaja yang dapat menarik perhatian mereka.Jika aku gagal,sudah semestinya aku mendapat malu lantaran rata-rata guru amat terkejut dengan kehadiranku yang amat muda dan belum berkahwin lagi.Inilah pengajaran yang amat berguna sekiranya aku ingin memberi ceramah kepada pelajar sekolah rendah.Esok sekali lagi aku akan ke sekolah rendah di Nilai untuk memberikan ceramah.Jika aku menyerah,aku akan gagal.Alang-alang melangkah,biar langkah itu gagah.Bersedialah kalian,akan aku buktikan anak muda ini pantang dicabar!!!


Mohd Izzuddin Nazaruddin
Pegawai Eksekutif AlFaliheen Management Islamic Training and Motivation

Wednesday, March 3, 2010

Tiba masa cuti ini.......

Assalamualaikum dan salam perpaduan.Sudah lama agaknya tak update blog ini.Maklumlah,sibuk sangat kebelakangan ini sehinggakan tiada masa untuk mengulas isu-isu semasa yang melanda negara kini.Isu Lompat parti yang melanda negara khusunya parti PKR perlu diambil perhatian khususnya parti PKR sendiri.Cari punca dan bertindaklah.Jangan hanya pandai berkata pengkhianat rakyat kepada UMNO tetapi wakil rakyat sendiri mengkhianati parti.Jangan salahkan rakyat jika mereka menghukum anda pada PRU ke 13 disebabkan kesilapan memilih pemimpin.Ingat! Kepada pemimpin yang masih ingin melompat parti,jawatan kita itu hanya sementara.Esok atau lusa mungkin tahun depan ia akan hilang.Kali ini,kita dikejutkan dengan ahli parlimen Bagan Serai keluar parti.Janganlah pisang berbuah dua kali....berubahlah...


Cuti yang lama ini mesti digunakan dengan sebaiknya.Minggu ni saya sibuk sedikit sebab ada program dan kerja yang agak padat.Hari jumaat ni,saya diminta memberi ceramah maulidur rasul di SK Seremban 2a jam 9 pagi.Audiencenya 700 orang. Masyallah! semoga Allah permudahkan untuk menghadapi adik-adik yang berbagai ragam.Sabtu dan ahad pula program di MRSM Muadzam Shah untuk para nuqaba' dan naqibat.Pelajar-pelajar excellence ini mungkin mudah berbanding sekolah rendah.Apapun,pengharapan kepada Allah itu perlu bagi segalanya berjalan lancar.Amin

LAWAN TETAP LAWAN!

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Pegawai tetap AlFaliheen Management