Followers

Friday, March 5, 2010

Aku Dibuli....

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul.Pagi tadi saya berpeluang untuk berceramah di SK Seremban 2a.Audiencenya 700 orang! Masing-masing mengenakan pakaian Baju Melayu dan baju Kurung pelbagai warna untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut.Dimulakan dengan perarakan sehinggalah ke hari kemuncak,segala-galanya seakan-akan lancar.Apabila saya memberi ceramah,saya terpaksa menghadapi 700 ragam manusia bernama kanak-kanak.Mereka berjaya membuat aku mati akal sehinggalah aku mengalah dan berundur.


Perbualan dengan Abg Mohamad memberikan aku idea untuk memberikan ceramah pada malam sebelum majlis berlangsung.Ketiadaan LCD meresahkan aku sehingga apabila aku memulakan ceramah,aku bertanya kepada diri,''bersediakah aku''? Permulaan ceramah pada awlnya memuaskan,tetapi apabila masa datang mmenjemput,ia menjadi tidak terkawal.Keadaan hingar bingar membuatkan aku mati akal dan tidak tahu untuk bercakap apa selepas itu.Aku tidak boleh mengalah!!!!!

Rupa-rupanya,Allah bg jalan keluar.....Modul.Itu sahaja yang dapat menarik perhatian mereka.Jika aku gagal,sudah semestinya aku mendapat malu lantaran rata-rata guru amat terkejut dengan kehadiranku yang amat muda dan belum berkahwin lagi.Inilah pengajaran yang amat berguna sekiranya aku ingin memberi ceramah kepada pelajar sekolah rendah.Esok sekali lagi aku akan ke sekolah rendah di Nilai untuk memberikan ceramah.Jika aku menyerah,aku akan gagal.Alang-alang melangkah,biar langkah itu gagah.Bersedialah kalian,akan aku buktikan anak muda ini pantang dicabar!!!


Mohd Izzuddin Nazaruddin
Pegawai Eksekutif AlFaliheen Management Islamic Training and Motivation

3 comments:

Anonymous said...

modul apa yg nta guna utk adik2 n.. syabas dan tahniah ana ucapkan atas kepantasan nta berfikir. tajuk post "Aku Dicabuli" ni xbleh tahan langsung.. tp menarik alhamdulillah.. teruskan perjuangan. TERBAIK insyaAllah

Anonymous said...

salam...
menarik perhatian kanak utk tempoh sejam memang sukar....

fokus mereka tak boleh bertahan lebih dari 20 minit. melainkan ada sesuatu yang berbeza2 dan berubah2 dari masa ke semasa

nawhki said...

salam..
modul apa..bleh kongsi??

Post a Comment