Followers

Sunday, February 7, 2010

Gambar biadap blogger UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum.Saya sangat terkejut dan marah dengan gambar biadap blogger UMNO yang mengeluarkan gambar Anwar ibrahim meliwat Tuan Guru Nik Aziz.Jelas perbuatan mengeluarkan gambar tersebut tindakan yang kurang ajar kepada seorang ulama' yang amat disegani di negara ini.Perbuatan ini layak dianggap sebagai perbuatan binatang yang jelas hanya mengikut hawa nafsu.Blog jeffrydamien09.blogspot.com yang saya baca jelas mempersendakan para ulama' dengan perbuatan-perbuatan yang mengaibkan.Sudah jelas blogger-blogger UMNO kini ketandusan isu untuk dimainkan demi mengejar kepuasan nafsu mereka.Disini saya sertakan laporan berkenaan isu ini.


Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan dirinya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis mengenai perlakuan tersebut sekiranya tiada orang berbuat demikian.

Namun beliau amat berterima kasih kepada pihak yang telah terlebih dahulu membuat laporan polis berhubung fitnah tersebut.

“Saya ucap terima kasihlah kepada pihak yang membuat laporan polis terhadap perkara itu,” katanya selepas majlis penyampaian cek Takaful Kifaalah kepada 2,040 wasi di Dewan Majlis Daerah Machang, di sini hari ini.

Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Anwar dengan aksi liwat.

Ekoran itu seorang bekas pegawai tentera membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu (IPD) di Pengkalan Chepa berhubung penghinaan tersebut.

Mejar (B) Mohamad Ibrahim, 57 yang juga Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan membuat laporan polis dan mendesak pihak polis menyiasat bloger terbabit serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau,” katanya dalam laporan berkenaan.

Beliau yang tinggal di Kampung Baung, Pengkalan Chepa membuat laporan polis itu kira-kira jam 11.30 pagi dengan ditemani ahli jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Hisham Fauzi berkata, blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.

“Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.

“Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan,” tegasnya.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Menurutnya juga bloger terbabit dikenal pasti berasal dari Johor dan merupakan salah seorang Cyber Troopers Umno memandangkan ada link dengan Unit Media Umno Wangsa Maju.

Selain itu kata beliau perbuatan bloger tersebut memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kelantan dan Anwar secara tidak langsung menyentuh mengenai perbicaraan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di mahkamah dan boleh dianggap subjudis.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan bloger terbabit sebenarnya turut mencemarkan imej negara kerana secara tidak langsung mereka mempamerkan identiti masyarakat di negara ini.

“Sampai begitu sekali rakyat Malaysia sehingga tidak tahu halal haram serta nilai murni dan moral begitu rendah sekali,” ujarnya.

Katanya kemudahan teknologi maklumat seharusnya digunakan untuk kebaikan dan bukannya memburuk imej seseorang.

Menurutnya, tindakan itu bukan sahaja merosakkan imej mereka di dunia sebaliknya akan mendapat balasan azab di akhirat kelak.

Ditanya kehadiran di mahkamah bagi mengikuti perbicaran kes dakwaan liwat terhadap Anwar baru-baru ini katanya, beliau hadir sebagai tanda simpati terhadap orang yang teraniaya.

“Saya pergi tanda simpati pada orang yang saya anggap telah dianiaya.

“Masalah tuduhan zina, liwat mana ada orang buat depan orang ramai, tentu buat dalam kelambu, nyamuk pun tak ada, jangankan manusia, tetapi tiba-tiba dituduh secara terbuka,” ujarnya.

4 comments:

Unknown said...

Salam

Rasanya tidak perlu marah kerana memang mereka diberikan Tuhan sifat-sifat yang buruk sesuai dengan ideologi anutan UMNO. Nak ditegur pun tak ada gunanya

Biarkan mereka membuat dosa berterusan sehingga tidak tertanggung!

Zahrah Az Zahrawi said...

salam.
Hm....mmg mnyakitkn hati tgk bnda mcm ni brlaku..
nak kata Allah tak kurniakan akal..
ada je akal pd setiap manusia..
tp sygnya..
yg mmbuatnya mgkin kurang akhlaq Islamiah pd dirinya...
smg yg mmbuat pic yg mnghinakn ini akn sedar sblm trlambat..
syukran..
ana bru tahu psl hal ni..
dah tiba msanya rakyat brusaha lebih gigih menentukan siapa yg layak memimpin negara sendiri..
yg menegakkan perintah Allah atau pemerintah yg mengutamakan hak dan keinginan sendri smata..

ღ.IZZAsensei.ღ said...

stupid!!!
mmg biadap giler!!!~

ashabuljihad said...

masha allah.........!!!!!
teringat kata2 cikgu TOK(theory of knowledge) pagi tadi...katanya,"i hope i am wrong..but in what i see happening right now, with the great power of america, in 100 years from now, Palestine would never exist in this world..." ana rasa kenyataan yg dikeluarkan cikgu ana ni sgt x ber'iman'...how great america is??lupakah ada kuasa yg maha great??? tp memandangkan dia stil cikgu ana, maka adab sebagai sorang murid masih perlu dijaga....sabar2..!!

Post a Comment