Assalamualaikum...Pilihanraya kampus 2010 bolehlah saya kira panas dengan isu e-voting.Namun yang menjadi tumpuan pastinya Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia yang menjadi medan pertempuran pro-mahasiswa dan pro-aspirasi dengan pelnagai isu yang menjadi warna-warni perjuangan kampus.Sekali lagi isu e-voting hangat diperdebatkan dan hasilnya,sudah tentu dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan dalam kampus.Bagi saya pilihanraya kampus di UM memang dijangkakan paling panas dalam Malaysia.Kesungguhan mereka berarak dan sanggup berdepan dengan naib canselor amat saya kagumi.Natijahnya,pihak pentadbiran terpaksa menggantung keputusan pilihanraya tersebut.Tahniah pejuang UM!!!!!.Gerakan kebangkitan bukan terhenti di UM malah ke bandar pendidikan iaitu Bangi yang menjadi saksi detik kebangkitan anak muda di UKM.Saya tidak menyangka mereka juga begitu agresif memperjuangkan hak demokrasi mereka di kampus.Bermula dengan melebelkan GMUKM sebagai pro israel hingga ke tangkapan menghisasi rencah perjuangan di UKM.Walaupun sebelum ini 'sunyi' dengan gelombang perjuangan mahasiswa,namun saya yakin selepas ini UKM bakal menjadi lakaran gelanggang kebangkitan mahasiswa di Malaysia.Walaupun 'tewas' namun bagi saya mereka sebenarnya sudah mengecapi kemenangan yang amat besar.Mereka bukan sahaja membuka mata warga UKM namun warga Malaysia amnya.Kita mahukan mahasiswa yang berani dan sedia berdepan dengan pelbagai mehnah yang bakal menggoncang jiwa dan nurani mereka.Ingatlah,kita masih mempunyai banyak kerja yang belum dilangsaikan.Kampus-kampus yang masih diam dengan perjuangan,kita perlu suntik dengan bara kebangkitan.Saya percaya dan yakin,suatu masa nanti gelombang ini bakal membadai negara.Jika pihak aspirasi selesa dengan kemenangan mereka,mereka sebenarnya lupa bahawa askar-askar kami hampir siap dalam pembikinan......
Followers
Tuesday, February 2, 2010
Teruskan kebangkitan para mahasiswa!!!!
Posted by Mohd Izzuddin Nazaruddin at Tuesday, February 02, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam.Selamat berjuang.
teruskan~
Post a Comment