Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
Liwat.....Liwat.....Liwat....Permainan lapok UMNO kini kembali.Selepas 1998 yang disebut sebagai Tahun Reformasi berlalu dengan pelbagai tuduhan,kini isu ini kembali.Sepanjang pengamatan saya,UMNO kembali memainkan isu ini selepas berjaya mencampakkan Anwar ke dalam penjara pada tahun tersebut.Selepas keluar dari penjara dan berjaya membentuk Pakatan Rakyat,UMNO merasakan Anwar perlu kembali di 'sumbatkan' ke dalam penjara.Pengaruh Anwar yang masih besar di samping Projek 16 September menjadi satu masalah bagi UMNO untuk terus menguasai Malaysia.Mematikan karier Anwar mungkin mematikan kuasa pembangkang yang semakin berkobar-kobar menawan Putrajaya.Disini saya buktikan mengapa saya berkata sedemikian.
1)Pilihan Raya Umum 2004 dan 2008.
Semasa Pilihanraya Umum 2004,ketika Anwar di dalam penjara,UMNO mudah memenangi pilihanraya pada tahun tersebut dengan majoriti yang amat besar sehingga kembali menawan Terengganu dan hampir menawan Kelantan.Ketiadaan Anwar pada ketika itu memudahkan kerja UMNO memusnahkan pengaruh pembangkang ketika itu.Pada Pilihanraya Umum 2008,selepas Anwar dibebaskan dari penjara,Anwar berkempen ke seluruh negara untuk memenangkan calon-calon pembangkang.Hasilnya,parti-parti pembangkang menang besar dan menawan beberapa negeri yang tidak disangka-sangka,Selangor,Perak,Pulau Pinang,Kedah dan mengekalkan Kelantan mengejutkan rakyat di seluruh Malaysia.
2)Penubuhan Pakatan Rakyat
Anwar merupakan watak penting penubuhan Pakatan Rakyat dan berjaya menyatukan kembali PAS dan DAP yang berlainan ideologi dalam isu negara Islam.Peranan Anwar yang kembali menyatukan parti-parti tersebut selepas berkuburnya Barisan Alternatif dijangka menggugat penguasaan Barisan Nasional.Ramai yang tidak menjangka parti-parti yang berbeza pendapat dan ideologi ini mampu disatukan.Walaupun beberapa percubaan menyatukan parti-parti ini berakhir dengan kegagalan,namun Anwar kembali menyalakan harapan baru bahawa parti-parti ini mampu merubah Malaysia.
Banyak bukti yang boleh kita dapat yang menyebabkan UMNO mahu mengusir Anwar keluar dari arena politik.Anwar yang banyak pengalaman mengenai kerajaan dan pernah memegang beberapa jawatan menteri dan timbalan perdana menteri menggusarkan pimpinan BN.Meletakkan Anwar di dalam kandang orang yang bersalah mampu melemahkan pengaruhnya mengikut perkiraan UMNO-BN.Tetapi harus diingat,bukan hanya Anwar sahaja menggerakkan Pakatan Rakyat bahkan ramai lagi yang menunggu...
LAWAN TETAP LAWAN!!!!!
1 comments:
Mainan? Siapa yg tgh bermain? Siapa dan Kenapa nk tangguh2 perbicaraan? Siapa xberani sumpah dpn Quran?
Post a Comment