Followers

Wednesday, November 19, 2008

Majlis Fatwa.... Dimana kekuatanya?

Baru baru ini kita dikejutkan pula dengan masalah pengkid, yang melanda anak muda kita, dan apa yang ditakuti oleh kita, penyumbang yang banyak muda mudinya adalah bangsa kita........bangsa melayu. Namun gejala ini sudah lama berlaku cuma mereka tidak menyedari semakin seriusnya penyakit ini. Ini menjadi budaya di Malaysia ini, selagi perkara itu tidak menjadi serius, maka mereka menganggap tidaklah perkara itu membahaya, walhal jika mereka menyekat dan membenteras dalam peringkat awal, mungkin ianya dapat menyelamatkan lebih ramai anak mudak kita daripada terjerumus dalam masalah ini.Bila mana keadaan telah mendesak, maka kerajaan telah meminta fatwa daripada majlis fatwa berkenan hal ini, memandangkan tidak ada undang undang yang termaktub yang boleh digunapakai untuk menghukumnya, disinilah kelemahan yang boleh kita lihat terhadap undang undang ciptaan manusia, terpaksa jugalah meruju' kepada majlis fatwa, jika kita telah mengamalkan undang undang Islam, rasanya dengan mudah saja kita dapat menentukan hukum yang selari dengannya. Setelah itu berbincang, maka majlis fatwa telah mengeluarkan hukum bahwa ianya salah dan bertentangan dengan Islam. Persoalannyahukuman yang telah difatwakan itu, siapakah yang akan menjalankannya? apakah ianya dalam bidangkuasa polis atau majis agama? Disinilah kita melihat lagi satu kelemahan terhadapa fatwa yang dikeluarkan. Selain fatwa yang dikeluarkan, sepatutnya ada satu badan pula yang akan menjalankan kuasa diatasnya, kalau tidak ianya sekadar melepas batuk ditangga saja, tak hairanlah kalau keesokkan harinya selepas keluar majlis fatwa, terpapar di media masa bahwa pengkid ini tidak merasa gentar ataupun tetap meneruskan aktiviti mereka. Bagi mereka apa yang perlu digusarkan tentang fatwa tersebut, sebelum ini pun telah keluar fatwa tentang "jom heboh" dan juga tugu negara, tetapi ianya tetap diteruskan juga. Jadi macamana kita ingin mereka menghormati fatwa tersebut sekiranya sudah ada contoh yang boleh mereka ikuti dalam mempertikaikan setiap fatwa yang dikelurkan. Mahu tak mahu, suka tak suka kita perlu mengembalikan balik hukum Islam ditempatnya kembali, supaya perkara perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia ini dapat dibendung. Terlalu banyak sudah perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia ini sudah berada didalam masyarakat kita, apatah lagi gejala murtad yang menjadi api didalam sekam, perlu ada kekuatan yang lebih besar untuk menyekat wabaknya itu. Moga moga Allah memberikan hidayat dan petunjuk kepada semua umat Islam untuk kembali bersama menyanjung undang undang ini. Insya Allah."

0 comments:

Post a Comment