Followers

Wednesday, November 19, 2008

Sajak Kematian: Mengapa Jadikan Isu?

SAJAK KEMATIAN: MENGAPA JADIKAN ISU? SEPATUTNYA DI PROMOSIKAN SECARA MELUAS ATAU DI TAYANGKAN SETIAP HARI MACAM FILEM HANTU DAN SEGALA MACAM TAHYUL. ATAU ‘HANTU BETUL’ SEPERTI DI SALURAN HBO, CINEMAX, STAR MOVIE, HALLMARK DSB.
Mati adalah permulaan manusia ke alam Akhirat, ia merupakan Rukun Iman yang kelima, yang wajib diyakini sepenuhnya. Tidak sah iman seseorang sekiranya ragu atau syak atau waham atau zan terhadap akhirat. Setiap yang bernafas pasti mati. Bila dan bagaimana seseorang itu megalami mati tiada siapa yang tahu.
Mengalami kematian bermula dengan nazak, amatlah dahsyat yang tidak dapat di gambarkan, atau difikirkan atau dikhayalkan. Alam barzakh atau kubur pula lebih dahsyat lagi. Kematian yang memutuskan segala kelazatan dunia yang menyebabkan Para Nabi dan Rasul cepat beruban kerana kegerunan dan kengerian dalam menghadapinya. Kalau orang beriman itu memahami hakikat kematian, maka ianya sudah cukup menjadi juru penasihat yang sangat berkesan. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda bermaksud, ‘Cukuplah mati sebagai penasihat.’
Orang kafir apabila memasuki kubur akan menggelupur seperti ayam kena sembelih dan hancur berkecai. Bagi orang yang derhaka pula, akan memasuki kubur dengan kemurkaan Allah SWT, disambut dengan himpitan tanah kubur hingga berselisih tulang rusuk hingga rapat antara kiri dan kanan. Itu belum lagi seksaan pukulan Malaikat Mungkar dan Nangkir apabila gagal menjawab soalan dalam kubur tersebut. Seksaan demikian tidak berhenti hingga hari Kebangkitan di Mahsyar. Hanya orang Mukmin yang memasuki kubur dengan rahmat Tuhan mereka umpama malam pengantin.
Kita disuruh zikrulmaut atau mengingati mati. Ianya adalah sunnah Rasululah SAW yang mana Baginda melakukannya tujuh puluh kali dalam sehari. Dan itu juga merupakan amalan para Sahabat hasil didikan Rasulullah SAW. Tiada sebarang kesan negatif hasil banyaknya dalam mengingati mati. Buktinya, mereka yakni salafussoleh yang sangat mengingati mati bahkan sangat cenderung kepada mati telah berjaya membangunkan empayar, menguasai hingga tiga suku dunia dalam tempoh yang lama, iaitu tujuh ratus tahun. Ini bererti sebaliknya, mengingati mati membawa kesan yang sangat positif dalam merangsang mengamalkan perintah Allah SWT. Salah satu perintah Allah ialah menguasai dunia ini agar bersih daripada kekufuran dalam aspek apa pun. Tuntutan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya bakal di persoalkan secara terperinci diakhirat kelak. Inilah maksud suruhan zikrulmaut. Terlalu amat banyak hikmah dan kebaikan kesan daripada banyaknya mengingati mati.
Apa ada pada Sajak Kematian? Ianya adalah sebuah Video Clip sajak yang disertakan dengan gambaran peristiwa kematian. Hanya kaedah terkini dalam menambah kesan untuk zikrulmaut. Video Clip itu mereka bukan cipta keadaan dalam kubur sebenar. Jauh sekali dengan keadaan dalam kubur sebenar. Sedangkan kematian yang hakiki tidak dapat digambarkan betapa dahsyatnya. Ramai yang menerima dan memberi respon positif. Kalau terdapat adanya kes negatif, maka itu bukan menjadi pengukur bahawa Video Clip itu yang negatif. Kalaulah sesuatu itu asal saja ada kesan negatif maka dianggap salah, mari kita sama-sama hitungkan satu persatu kesan negatif dari sistem yang ujud hari ini. Dan kalau kita mengambil kaedah itu, maka apa saja sistem yang ada kesan negatif ianya hendaklah di haramkan. Apa akan jadi? Berfikirlah secara rasional! Apa yang menjadi persoalan, mengapa ulama sendiri turut mempertikaikannya. Apabila ada pihak yang menganggap ada dikalangan ulama bersifat jumud, beku dan ketinggalan zaman maka mereka akan melenting mempertahankan diri. Termasuk dengan mengatakan intitusi ulama tidak boleh dipertikaikan.
Orang awam sudah di kepung oleh dinding kepompong ulama tidak boleh di persoalkan. Bila ada kerja-kerja kebaikan yang ulama tidak buat dan ulama tidak memahaminya secara terperinci, maka dengan mudah dikatakan khurafat. Sedangkan ulama sendiri tidak pula benar-benar memainkan peranan mengadakan pendekatan memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kematian. Tidak hairan kalau antara ulama dengan masyarakat sentiasa ada jurang pemisah. Yang menjadi tanda tanya dan dianggap aneh ialah ada ulama amat berlapang dada terhadap khurafat demokrasi Amerika. Memuja dan memuji serta menganjurkan meniru demokrasi Amerika, sedangkan ianya adalah ciptaan yahudi yang sangat dikutuk Tuhan.

0 comments:

Post a Comment