Followers

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011:RM untuk RM?


Bajet mesra rakyat?
Setelah menganalisis bajet yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak,Bajet tahun ini lebih kurang sama seperti tahun lepas.Bagi saya apa yang baik untuk rakyat,kita perlu menerima tetapi dalam masa yang sama,bajet pada tahun ini lebih banyak mementingkan aspek pembangunan Infrastruktur daripada aspek pembaharuan untuk menarik pelabur dan sebagainya.Tidak hairanlah FDI negara jatuh merudum tahun ini jika bajet yang sama digunakan untuk tahun hadapan.Bagi DS Anwar Ibrahim,bajet itu tidak akan kemana jika obejektif utamanya iaitu untuk menangani defisit negara tidak tercapai.Bantuan khas RM 500 untuk kakitangan awam,tol lebuh raya tidak dinaikkan sehingga 5 tahun,pinjaman rumah 100% untuk golongan muda dan berbagai lagi amat enak didengar.Tetapi,siapa yang akan dapat akhirnya?

Untuk apa Menara Warisan Merdeka RM 5 billion?
Bajet pada hari ini juga mengambil perhatian saya tentang 1 lagi projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat merupakan bangunan pencakar langit terbaru di Kuala Lumpur.Saya berfikir sejenak,untuk apa kita bina bangunan setinggi ini? Untuk bermegah? Bukankah kita mempunyai menara berkembar dan Menara Kuala Lumpur.Apa salahnya RM 5 billion disalurkan kepada orang miskin yang memerlukan yang masih lagi merempat di negara sendiri.Ini merupakan suatu pembaziran.Wang rakyat mengalir begitu sahaja.Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak masih belum dibaiki,satu lagi bangunan dibina.Bagaimana pula penduduk Sabah dan Sarawak yang masih banyak jalan tidak berturap?

Ringgit Malaysia untuk Rosmah Mansor
Saya nampak,bajet kali ini terang-terangan untuk Rosmah Mansor.Pertama,duti import keatas 300 buah barangan pelancongan dan rakyat tempatan dihapuskan.Kita semua tahu siapa yang suka shopping di luar negara.Jawapanya RM! Kedua,peruntukan RM 111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh RM.Peruntukan ini jauh lebih tinggi dengan peruntukan yang diterima oleh Sekolah Agama Rakyat iaitu RM 95 juta.Bajet untuk isteri ini merupakan hadiah suami mithali kepada isterinya seperti Shah Jehan menghadiahkan Taj Mahal kepada isterinya Mumtaz.Hakikatnya,rakyat yang menjadi mangsa dengan kenaikan cukai perkhidmatan dari 5% hingga 6%.

PRU 13 sudah hampir?
Saya bukan ahli nujum untuk meramalkan bila tarikh pilhanraya umum akan datang.Kita membangkang jika ada kesalahan.Jika tiada,apa yang baik untuk rakyat kita alu-alukan.Jika bajet untuk kroni-kroni terdekat bagi memuaskan nafsu sesetengah manusia,untuk apa rakyat itu terus hidup.Di celah-celah hutan,masih ramai rakyat miskin menangis kelaparan sedangkan di bandar,yang kaya terus menjadi kaya.Ada yang mengatakan ini bajet gula-gula rakyat.Saya berpendapat,tidak kisah apa yang diberi termasuk gula-gula kepada rakyat jika itu memberi manfaat.Tanggungjawab kerajaan bukan terhad mamberi gula-gula tetapi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

1 comments:

tasya said...

tiada bajet juga utk kami, UMK.. tpksa cari duit sndiri nk bina kampus

Post a Comment