Followers

Tuesday, October 12, 2010

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60an?




Public lecture Fahmi Reza
Siapa Fahmi Reza? Pensyarah? Penyanyi? Politician? Hanya budak biasa yang di 'gam' dari UM dan UITM.Kenapa? Kerena memberi public lecturer bertajuk STUDENT POWER.Tidak perlu dijelaskan secara lebih lanjut siapa dia dan dari mana dia datang serta apa agenda dia.Anda boleh tanya dia sendiri.Setelah dua kali percubaan untuk memasuki UITM dan UITM gagal,UIAM nampaknya tidak gagal.Saya sendiri membaca laporan di Malaysia kini tentang kegagalan Fahmi untuk memberi public lecture di UITM.Tidak mengapa,hal yang sudah berlalu buat apa diungkit kembali.Colliseum Engin menjadi bukti berjayanya public lecturer ini dijalankan.Kesempatan menjadi pengerusi majlis tidak disia-siakan.=)

Student Power?
Student power merupakan lecture tentang sejarah kebangkitan Mahasiswa Universiti Malaya 60 an oleh golongan mahasiswa sejak mula penubuhan UM hingga akhir tahun 60 an.Fahmi kembali menyelusuri sejarah kembali dengan kewujudan UMSU,Speakers Corner dan lain-lain.Juga dua orang yang yang yang menjadi 'dalang' kepada wujudnya Student Power ini iaitu Hamid iaitu Khong Kim Hong dan Syed Hamid Ali.Menarik untuk kita dengar tentang 2 orang ini.Siri demonstarsi berterusan membantah polisi-polisi kerajaan dan universiti pada ketika itu serta kebebasan suara yang luas memberi gambaran bahawa mereka mempu menguasai negara pada ketika itu.Juga penglibatan dalam politik untuk menyertai PRU 1969 dan bagaimana mereka berkempen seluruh Malaysia.Speaker Corner merupakan tempat berdiskusi dan merupakan bilik kuliah kedua mahasiswa ketika itu.Tidak seperti Expressive corner di UIA yang menjadi besi dan kayu tunggul di UIA ibarat hidup segan mati tak mahu.Banyak lagi saya ingin katakan dan kalu nak tahu kena dengar sendiri.

Mahasiswa dahulu dan kini serta Mahasiswa 'boring'
Selesai public lecture tersebut,dibuka untuk soalan dan pertanyaan.Ada yang bertanya,pendekatan radikal dan agresif dahulu tidak sesuai dengan sekarang.Ada juga yang bertanya bagaimana kita ingin jadi seperti dahulu.Fahmi tidak menafikan mungkin pendekatan dahulu yang dilakukan terlalu radikal dan tidak sesuai dengan sekarang.Juga yang menghangatkan,mahasiswa hari ini menggunakan tindakan yang boring seperti demonstrasi,menghantar memorandom dan sebagainya.Mahasiwa diluar langsung tidak mengetahui dan tidak bersama dengan mereka.Ini yang dikatakan'boring' tersebut.Boringkah? Jawapan ditangan anda.Perbezaan pendapat itu sangat digalakkan dan akan mencambahkan idea dan ilmu seseorang.

Sudut pandang sisi saya
Semasa program sedang berlangsung ada yang berbisik di telinga saya,bagaimana ingin menjadi seperti dahulu? Saya menjawab kita boleh menjadi seperti dahulu tapi ada kuncinya.Saya tidak menjawab apa kuncinya.Anda boleh fikir sendiri apa kuncinya.Persoalan boring yang dibangkitkan,saya beranggapan tidak sebenarnya.Pendekatan yang ada hari ini lebih kurang sama sebenarnya.Cuma yang membezakan ialah dahulu jika ada sesuatu demo ataupun protes kehadiranya mungkin ribuan.Kini,nak capai 100 pun sakit kepala.Saya juga bersetuju mahasiswa kini,tidak boleh radikal seperti dahulu.Sebab apa? Mahasiswa kini sudah tiada solidariti untuk menegakkan kuasa mereka iaitu Student Power.Mereka sendiri pun tidak tahu jika mereka mempunyai hak-hak sedemikian.

Bersetuju dengan ideologi Fahmi Reza?
Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ideologi Fahmi Reza sebenarnya.Dari segi yang lain seperti perjuangan menegakkan hak mahasiswa sepeti yang dikatakanya,saya bersetuju.Cuma pendekatan pada hari ini yang sesuai kita kena fikirkan bersama.Kesimpulanya,untuk kembali dengan STUDENT POWER,tidak mustahil,tetapi mengambil masa yang cukup lama.Solusi yang saya boleh bawa,perjuangan sebernarnya perlu di atas dasar ketaqwaan kepada Allah.

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60-an? Jawapanya hanya manusia yang hidup dalam masa tersebut mengetahuinya....

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

8 comments:

Anonymous said...

tajuk kau tu biasa sopan sikit

Fahmi Reza said...

Kau kata secara peribadi kau tak setuju dengan "ideologi" aku? Aku curious nak tahu, "ideologi" apa yang aku pegangi yang kamu tak setuju ni? Seingat aku tak pernah ada apa2 perbualan tentang "ideologi" aku pun semalam? Tolong share persepsi kamu. Thanks.

Anonymous said...

Adakah perlu untuk mengembalikan sejarah dahulu kala untuk zaman kini? apa kolerasinya?

1. adakah apabila mengingatkan peljar that they have student power, kita boleh membangunkan modal insan yang cemerlang?

2. Student Power seolah-olah membawa satu justifikasi untuk menyeru mahasiswa ke depan dan bertindak. Itu BUKAN kapasiti mahasiswa. Di harvard seumpamanya, takde piket ke apa. they are very profesional, buat seminar, talk dsbg.

Kalau nak tgk y berpiket, berdemontrasi pergilah tengok di Indonesia. That why they are good of human capital resources. Human capital mereka "terbaik" bukan?

Anonymous said...

fahmi redza > ideology is derived from idea. once you talked, you r trying to convey your idea. so, it is we called as ideology. Ideology didnt need specific clarification, "my ideology is .... bla bla.." Nah!

AiMaN said...

bagus post kau ni..buat aku berfikir..hebat ke mahasiswa zaman 60'an??..aku xtahu sejauh mana kehebatannya sebab masa tu aku x wujud lagi..tp bila aku hayati buku MAHASISWA MENGGUGAT..terasa bahang perjuangan..meremang bulu roma...
macam mana kau nk berjuang kalau ko x tnjk kan bahawa ko pejuang?? seolah2 seorang yang mendakwa dirinya pendekar hebat, tapi bila bertempur lari....yg pntng kesedaran mahasiswa dahulu..lepas tu bertempur biar cara anak jantan kalu ko jantan...jgn pulak bila org ugut dgn ISA ko jd KATAK..

nawhki said...

salam..
masih x faham kenapa di ruangan2 seperti ni,masih diselitkan bibit2 pertengkaran??bleh bangun ke mahasiswa dgn berbahas secara emosional?dan yg paling penting,bleh bangun ker islam macam ni??sangat mengecewakan~~
"tajuk kau tu biasa sopan sikit"..bagi ana,komen ni terlalu emosional...tajuk tu pada ana, hanya sebagai "pencetus" atau "pembakar minat" atau "sekadar mengkontroversikan" untuk menarik minat pembaca...masha Allah, takkan tajuk camtu pon perlu dipertikaikan??too emotional on dat i think=)

Anonymous said...

shalom aleichem,

aku rasa blogger ni yang sebeenarnya ada sikit emosi, sebab aku perasan malam tu fahmi ada tegur tentang cara & penyampaian mahasiswa kini yang ni agak skematik / boring, dan terlalu nak imitate idola pujaan mereka i.e gaya ucapan ala anwar, azmin dll. mungkin di situ blogger ni terasa hatinya lantas discrediting all of fahmi reza's work that night.

(saya adalah salah seorang peserta program malam tu)

Ikhwan Komunist said...

bagi aku,sejarah mengajar kita untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama, juga sejarah turut memberi inspirasi kepada kita. aku setuju sangat jika kita ambil balik tentang sejarah student power tahun 60an dahulu. ambil sebagai inspirasi.

cuma ideologi kita masing-masing berbeza dan pengaplikasian juga berbeza. so? be open and smart.

Post a Comment