Followers

Saturday, May 14, 2011

13 MEI: Mimpi Ngeri Malaysia

Oleh:Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin

Allah menyebut dalam Al-Quran,dalam surah Al-Hujurat 13: Wahai umat manusia, sesungguhnya kami meciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih berketurunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu).


Masihkah kita ingat 42 tahun dahulu,negara mencatatkan sejarah hitam apabila berlakunya rusuhan dahsyat 13 Mei 1969.Bagi generasi muda,mereka mungkin tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dahulu.Walaupun isu ini ‘ditutup’ namun sejarah tetap sejarah dan ia sudah pun berlaku.Tujuan tulisan ini bukan bermaksud membakar kembali semangat 42 tahun dahulu tetapi tulisan ini hanya untuk memberi pengajaran agar perkara ini tidak timbul kembali.Hari ini,kita kembali membawa bibit-bibit lampu itu kembali.Kontrak sosial,hak keistimewaan orang melayu,agama Islam dan sebagainya antara isu yang saban hari menjengah masyarakat hari ini.

Sejarah mungkin berulang

Pada 10 Mei 1969,pilihanraya diisytiharkan di semenanjung Malaysia member keyakinan bahawa UMNO mengancam proses demokrasi yang subur dalam negara ini.Parti perikatan atau nama lainya Parti Kapal Layar mengharungi badai yang cukup dahsyat yang membawa kepada kegusaran parti UMNO itu sendiri dalam komposisi Parti Perikatan.Orang melayu sendiri merasakan telah berganjak daripada Parti Perikatan kepada Parti Pembangkang.Jika dilihat kepada keputusan pilihanraya tersebit,Parti Pembangkang memenangi 23 kerusi atau 1/5 lebih daripada kerusi Parlimen Malaysia.

Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.

Api disimbah minyak

Kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak ke seluruh negara. Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing.

Negeri Selangor merupakan sebuah negeri yang agak lama UMNO bertapak.Khabar-khabar angin yang dipolitikkan serta perarakan besar-besaran mencetuskan polemik bahawa Malaysia bakal diperintah Parti Pembangkang.Tetapi hakikatnya mustahil pembangkang dapat menubuhkan kerajaan kerana tidak mempunyai majoriti yang cukup.Mungkin akses maklumat yang terhad menyebabkan khabar angin boleh menjadi realiti.

Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung. Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Ops Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Ops Tenteram.

Majlis Gerakan Negara ditubuhkan

Situasi yang tidak tenteram menyebabkan Yang Dipertuan Agong mengishtiharkan darurat atas nasihat Perdana Menteri. Pengisytiharkan tersebut telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordnan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

Pengishtiharan tersebut membawa kepada Perlimen dibubarkan dan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu,Tun Abdul Razak menjadi Pengerusi Mageran.

Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem.

Kelantan Aman?

Ketika rusuhan antara kaum itu bermaharajalela terutamanya di Kuala Lumpur, apa terjadi di Kelantan? Walaupun bibit itu mula berlaku di Kelantan,Kerajaan negeri cepat-cepat memadamkan perkara tersebut.Tidak dinafikan kira-kira 50-60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.Akhirnya,Menteri Besar menghantar wakil memujuk untuk mereka ke kediaman Menteri Besar.

Pertemuan tersebut menjelaskan bahawa kerajaan negeri pada ketika itu berjuang berlandaskan Islam. Menteri Besar menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.Setelah kerajaan negeri member jaminan,barulah mereka hidup seperti biasa. Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, “bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan.


Pengajaran lampau jangan diulangi


“Bukan termasuk Ummatku orang yang mengajak kepada Ashabiyah (perkauman), dan bukan termasuk ummatku orang yang berperang atas dasar Ashabiyah, dan bukan termasuk ummatku orang yang mati atas dasar Ashabiyah.” ( Hadith Riwayat Abu Dawud).


13 Mei menunjukkan kepada kita bahawa perpecahan kaum yang menebal boleh membawa malapetaka yang besar kepada negara.Hari laungan 1 Malaysia acapkali diulang-ulang agar menjadi satu retorik yang begitu mengiurkan.Namun isu-isu perkauman dibangkitkan dengan begitu rancak sekali tidak lain hanya untuk menarik perhatian satu sisi kaum yang dominan.~Mahasiswa Hari Ini,Pemimpin Masa Hadapan~

0 comments:

Post a Comment