Followers

Friday, October 15, 2010

Bajet 2011:RM untuk RM?


Bajet mesra rakyat?
Setelah menganalisis bajet yang dibentangkan oleh DS Najib Tun Razak,Bajet tahun ini lebih kurang sama seperti tahun lepas.Bagi saya apa yang baik untuk rakyat,kita perlu menerima tetapi dalam masa yang sama,bajet pada tahun ini lebih banyak mementingkan aspek pembangunan Infrastruktur daripada aspek pembaharuan untuk menarik pelabur dan sebagainya.Tidak hairanlah FDI negara jatuh merudum tahun ini jika bajet yang sama digunakan untuk tahun hadapan.Bagi DS Anwar Ibrahim,bajet itu tidak akan kemana jika obejektif utamanya iaitu untuk menangani defisit negara tidak tercapai.Bantuan khas RM 500 untuk kakitangan awam,tol lebuh raya tidak dinaikkan sehingga 5 tahun,pinjaman rumah 100% untuk golongan muda dan berbagai lagi amat enak didengar.Tetapi,siapa yang akan dapat akhirnya?

Untuk apa Menara Warisan Merdeka RM 5 billion?
Bajet pada hari ini juga mengambil perhatian saya tentang 1 lagi projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat merupakan bangunan pencakar langit terbaru di Kuala Lumpur.Saya berfikir sejenak,untuk apa kita bina bangunan setinggi ini? Untuk bermegah? Bukankah kita mempunyai menara berkembar dan Menara Kuala Lumpur.Apa salahnya RM 5 billion disalurkan kepada orang miskin yang memerlukan yang masih lagi merempat di negara sendiri.Ini merupakan suatu pembaziran.Wang rakyat mengalir begitu sahaja.Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak masih belum dibaiki,satu lagi bangunan dibina.Bagaimana pula penduduk Sabah dan Sarawak yang masih banyak jalan tidak berturap?

Ringgit Malaysia untuk Rosmah Mansor
Saya nampak,bajet kali ini terang-terangan untuk Rosmah Mansor.Pertama,duti import keatas 300 buah barangan pelancongan dan rakyat tempatan dihapuskan.Kita semua tahu siapa yang suka shopping di luar negara.Jawapanya RM! Kedua,peruntukan RM 111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh RM.Peruntukan ini jauh lebih tinggi dengan peruntukan yang diterima oleh Sekolah Agama Rakyat iaitu RM 95 juta.Bajet untuk isteri ini merupakan hadiah suami mithali kepada isterinya seperti Shah Jehan menghadiahkan Taj Mahal kepada isterinya Mumtaz.Hakikatnya,rakyat yang menjadi mangsa dengan kenaikan cukai perkhidmatan dari 5% hingga 6%.

PRU 13 sudah hampir?
Saya bukan ahli nujum untuk meramalkan bila tarikh pilhanraya umum akan datang.Kita membangkang jika ada kesalahan.Jika tiada,apa yang baik untuk rakyat kita alu-alukan.Jika bajet untuk kroni-kroni terdekat bagi memuaskan nafsu sesetengah manusia,untuk apa rakyat itu terus hidup.Di celah-celah hutan,masih ramai rakyat miskin menangis kelaparan sedangkan di bandar,yang kaya terus menjadi kaya.Ada yang mengatakan ini bajet gula-gula rakyat.Saya berpendapat,tidak kisah apa yang diberi termasuk gula-gula kepada rakyat jika itu memberi manfaat.Tanggungjawab kerajaan bukan terhad mamberi gula-gula tetapi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Big mama mahu jadi Perdana Menteri wanita pertama Malaysia!


Rosmah Mansor jadi First Lady Malaysia
Saya kagum melihat kesungguhan Datin Seri Rosmah Mansor yang secara terang-terangan mahu mengambil alih jawatan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.Lebih memalukan,beliau juga ingin mengambil alih gelaran 'First Lady Malaysia' dari Raja Permaisuri Agong,Tuanku Nur Zahirah.Wah, ingin jadi permaisuri ke Cik Rosmah? Rosmah bukan sesiapa dalam kerajaan mahupun kabinet.Buatlah macam-macam pun,beliau tetap isteri kepada Perdana Menteri.Diulangi sekali lagi,cuma isteri! Beliau tiada kuasa mengarah atau memberi arahan malah tidak pernah wujudpun kementerian untuk isteri perdana menteri.Apakah portfolio isteri Perdana Menteri sebenarnya?

Centre Integrated Family Welfare (CIG)
Semasa mengiringi suaminya ke Belgium untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM),tugas utama jawatan isteri Perdana Menteri yang tiada dalam perlembagaan ialah melawat Centre Intergrated Family Welfare (CIG) bagi mendapatkan input bagi menangani masalah buang bayi.Pusat itu ditubuhkan bagi mendekatkan lagi perhubungan ibu dan anak di mana remaja yang tidak berkahwin diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.Tidakkah anda berasa malu bahawa Rosmah mengemis untuk mencari solusi sedangkan solusi ini sudah lama diberi beratus tahun dahulu? Mengapa Belgium dijadikan contoh,bukan negara Islam yang lain?

Wanita Pertama dalam Perlembagaan
Merujuk kepada Artikel 32,Perlembagaan Malaysia,gelaran wanita pertama sepatutnya diberikan kepada Raja Permaisuri Agong selaku isteri tertinggi pemimpin negara.Lebih daripada itu,New York Times menyiarkan ucapan tahniah kepada "Rosmah Wanita Pertama Malaysia" kerana di anugerahkan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.Kos iklan dua muka surat itu dianggar RM 10 juta.Menurut Bernama,kos tersebut ditanggung oleh keluarga dan sahabat di Amerika dan Malaysia.Berbanggakah rakyat Malaysia dengan berita ini? Kita perlu berbangga kerana kita '1 Malaysia'....Mengapa iklan di New York? Kenapa bukan Berita Harian dan Utusan Malaysia? Kerana Rosmah tahu,kedua-dua akhbar ini sudah jatuh ratingnya.Rosmah boleh menunjukkan kepada dunia bahawa beliaulah first lady yang hebat!!

Jangan guna gelaran demikian jika tidak berhak
Gelaran digunakan untuk memasyhurkan seseorang.Ia juga menunjukkan bahawa anda mempunyai banyak sumbangan yang diberikan.Soalnya,apa sumbangan yang anda berikan sehingga mampu mengambil alih gelaran daripada Raja Permaisuri Agong? Saya cadangkan selepas ini Rosmah bertanding pilihanraya dan jika menang,boleh berkira-kira menggantikan suaminya...

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Wednesday, October 13, 2010

Adam Lambert-Maruah kita dimana?


Siapa sebenarnya Adam Lambert?
14 Oktober 2010 merupakan hari malang negara kerana konsert Adam Lambert,artis yang dicop sebagai gay bakal membuat persembahan di tanah tumpah negara yang tercinta iaitu Malaysia.Nama sebenar 'beliau' ialah Adam Mitchel Lambert dilahirkan pada 29 Januari 1982 dan merupakan penyanyi Amerika dan pelakon dari Los Angeles,California.

Kenapa Adam Lambert?
Saya sampai hari ini berfikir kenapa Adam Lambert yang membuat persembahan.Kenapa tidak artis lain yang lebih baik dari segi adab dan tatasusilanya.Adam pernah mencetuskan kontroversi dengan melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.Ekoran itu,rancangan televisyen Good Morning Amerika terbitan ABC di Amerika Syarikat membatalkan penampilan penyayi itu kerana menolak budaya liar penyanyi itu.Anda boleh membuat kajian terperinci tentang siapa sebenarnya Adam Lambert ini dan gambar-gambarnya boleh diakses di Internet.Anda boleh lihat betapa jijiknya perbuatan manusia yang bernama Adam Lambert ini.

Ada yang menyokong? Adam Lambert vs Maher Zain
Apabila ramai yang memberi respons dalam facebook.Ramai yang membantah tetapi ada yang menyokong atas pertimbangan tertentu.Ada yang beranggapan jangan terlalu prejudis dalam melihat sesuatu perkara.Saya setuju.Kita kena raikan.Malah mereka juga mengatakan walaupun Maher Zain datang ke UIA,ada juga penonton terjerit-jerit khususnya wanita.Betul,saya tidak nafikan.Kita bercakap soal siapa sebenarnya berada di atas pentas,bukan bawah pentas.Tidak pasal-pasal Maher Zain pun terlibat dalam kontroversi ini.Saya tahu maksiat boleh berada di mana-mana tetapi mengapa orang sebegini yang dijemput.Apakah Malaysia ketandusan artis yang lebih bermoral? atapun dalam konteks yang lebih besar, dunia? Ibarat rumah anda dikunjungi tetamu.Anda semestinya tidak mahu tetamu anda itu tidak beradab,tidak sopan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi jika rumah anda dikunjungi oleh seorang gay dan dia melakukan perkara yang tidak sepatutnya di rumah anda.Apa respons anda?

Belajar dari Al-Quran
Lupakah mereka tentang azab yang Allah turunkan kepada Kaun Luth dahulu? Oh,Melayu mudah lupa tetapi Islam tidak pernah lupa.Allah membinasakan mereka dengan jeritan yang kuat apabila terbitnya matahari dan menimpakan mereka dengan batu bertalu-talu.Inilah pengajaran yang perlu diambil jika kita benar-benar beriman kepada Allah.Islam itu bukan hanya pada kata-kata tetapi pelaksanaan.Dimana maruah kita sebenarnya?

(Demikian juga) kaum Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan) oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam – Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu
(Surah Al-Qamar: 33 -36)


~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Merungkai sebahagian soalan untuk masa hadapan

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60an?
Tujuan post ini ditulis bukan untuk mengeruhkan keadaan.Saya sudah agak ramai yang akan mengecam saya jika saya mengeluarkan post itu semalam.Sebab itu saya kata dari awal,saya mengharapkan komen dan cadangan.Terima Kasih kepada yang memberi komen tersebut.Ingin saya tegaskan sekali lagi,saya amat terbuka kepada sesiapa yang ingin mengkritik saya dan menghentam saya.Tajuk yang saya berikan mungkin nampak tidak sesuai sebahagian penyokong Fahmi sebenarnya.Tapi tajuk saya itu berbentuk soalan,bukan untuk memperlekehkan Student Power.Sama sekali tidak! Apabila anda datang ke program ceramah atau seminar,apa yang anda bawa pulang terpulang kepada apa yang anda fikir sendiri.Saya bersetuju dengan apa yang Fahmi cakap bahawa jawapan itu kembali kepada kita kerana kita mahasiswa kini.Tentang ideologi yang saya katakan,saya tidak tuduh anda sosialis dan sebagainya.Cuma saya tidak bersetuju tentang pandangan anda tentang politik termasuk politik kampus.Saya tidak bersetuju dengan non partian anda termasuk pro-m dan pro-a.Itu cuma pandangan saya dan terpulang kepada anda untuk menerima atau tidak.Saya juga tidak bersetuju bahawa pemimpin hari ini boring dalam pengucapan mereka seperti Anwar Ibrahim dan lain-lain.Bagi saya Anwar Ibrahim merupakan pemidato yang hebat yang ada pada hari ini.Beliau mampu memrubah landskap politik negara pada tahun 2008.Itu pandangan saya dan bukan bererti saya fanatik Anwar Ibrahim.

Perlu belajar dengan mereka
Saya katakan sekali lagi,saya bersetuju dengan Fahmi tentang apa yang dibawa untuk mengimbau kembali sejarah yang digelapkan.Saya amat berterima kasih! Bukan sahaja sejarah gerakan mahasiswa tetapi sejarah Malaysia sebenarnya.Saya merasakan saya telah ditipu oleh matapelajaran yang dinamakan sejarah itu di sekolah rendah dan menengah.Perlu ada golongan yang kembali memperjuangkan kebenaran sejarah.Keberanian itu perlu diteladani.Kita perlu belajar dengan sejarah dan itu guru yang terbaik untuk kita.Kita juga perlu belajar bagaimana mereka mampu mempengaruhi massa bersama dengan mereka.Tetapi zaman sudah berubah dan kita perlu menguasai perimeter zaman tersebut.

Berlapang dada dalam menerima pandagan orang itu wajar!
Kadang-kadang,ada juga manusia yang tidak boleh menerima pendapat orang lain.Pendapat dia sahaja betul.Dalam berdiskusi anda kadang-kadang perlu anda perlu menganggap bahawa semua pendapat itu betul.Ilmu yang ada di dunia ini luas,dan perbezaan pendapat itu mencambahkan ilmu yang lain sebenarnya.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya hari ini,tetapi kita perlu faham kita bukan sesiapa.Saya tidak pernah langsung berkata semua pendapat saya adalah terbaik dan betul.Kadang-kadang kita juga melakukan kesilapan.Saya mengharapkan perbincangan itu sihat tetapi lain pula yang jadi.Saya sudah agak dan saya sudah fikirkan apa yang terjadi.Kita perlu matang dalam menerima pendapat orang lain.Saya pun tidak pernah mengkritik apa yang Fahmi pakai dan sebagainya.Itu hak masing-masing.Don't judge a book by its cover..

Student Power
Syabas dan credit kepada Fahmi Reza yang berani memberi public lecture ini.Pada pandangan saya,budaya ini perlu diteruskan dalam memberi pandangan.Saya mendoakan anda mampu kembali ke UM dan UITM untuk memberi public lecture ini.Anda boleh abaikan pendapat saya jika ia merupakan satu liabiliti kepada anda.Setiap manusia berlainan pandangan dan pendapat.Kita raikan bersama.Saya dahagakan perbincangan yang sihat dan terbuka.Walaupun ada yang saya tidak bersetuju tetapi kita tidak boleh menutup telinga bagi mendengar apa yang diperkatakan oleh pihak yang kita tidak setuju itu.Saya meminta maaf jika tulisan ini gagal mengeruhkan keadaan.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Tuesday, October 12, 2010

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60an?




Public lecture Fahmi Reza
Siapa Fahmi Reza? Pensyarah? Penyanyi? Politician? Hanya budak biasa yang di 'gam' dari UM dan UITM.Kenapa? Kerena memberi public lecturer bertajuk STUDENT POWER.Tidak perlu dijelaskan secara lebih lanjut siapa dia dan dari mana dia datang serta apa agenda dia.Anda boleh tanya dia sendiri.Setelah dua kali percubaan untuk memasuki UITM dan UITM gagal,UIAM nampaknya tidak gagal.Saya sendiri membaca laporan di Malaysia kini tentang kegagalan Fahmi untuk memberi public lecture di UITM.Tidak mengapa,hal yang sudah berlalu buat apa diungkit kembali.Colliseum Engin menjadi bukti berjayanya public lecturer ini dijalankan.Kesempatan menjadi pengerusi majlis tidak disia-siakan.=)

Student Power?
Student power merupakan lecture tentang sejarah kebangkitan Mahasiswa Universiti Malaya 60 an oleh golongan mahasiswa sejak mula penubuhan UM hingga akhir tahun 60 an.Fahmi kembali menyelusuri sejarah kembali dengan kewujudan UMSU,Speakers Corner dan lain-lain.Juga dua orang yang yang yang menjadi 'dalang' kepada wujudnya Student Power ini iaitu Hamid iaitu Khong Kim Hong dan Syed Hamid Ali.Menarik untuk kita dengar tentang 2 orang ini.Siri demonstarsi berterusan membantah polisi-polisi kerajaan dan universiti pada ketika itu serta kebebasan suara yang luas memberi gambaran bahawa mereka mempu menguasai negara pada ketika itu.Juga penglibatan dalam politik untuk menyertai PRU 1969 dan bagaimana mereka berkempen seluruh Malaysia.Speaker Corner merupakan tempat berdiskusi dan merupakan bilik kuliah kedua mahasiswa ketika itu.Tidak seperti Expressive corner di UIA yang menjadi besi dan kayu tunggul di UIA ibarat hidup segan mati tak mahu.Banyak lagi saya ingin katakan dan kalu nak tahu kena dengar sendiri.

Mahasiswa dahulu dan kini serta Mahasiswa 'boring'
Selesai public lecture tersebut,dibuka untuk soalan dan pertanyaan.Ada yang bertanya,pendekatan radikal dan agresif dahulu tidak sesuai dengan sekarang.Ada juga yang bertanya bagaimana kita ingin jadi seperti dahulu.Fahmi tidak menafikan mungkin pendekatan dahulu yang dilakukan terlalu radikal dan tidak sesuai dengan sekarang.Juga yang menghangatkan,mahasiswa hari ini menggunakan tindakan yang boring seperti demonstrasi,menghantar memorandom dan sebagainya.Mahasiwa diluar langsung tidak mengetahui dan tidak bersama dengan mereka.Ini yang dikatakan'boring' tersebut.Boringkah? Jawapan ditangan anda.Perbezaan pendapat itu sangat digalakkan dan akan mencambahkan idea dan ilmu seseorang.

Sudut pandang sisi saya
Semasa program sedang berlangsung ada yang berbisik di telinga saya,bagaimana ingin menjadi seperti dahulu? Saya menjawab kita boleh menjadi seperti dahulu tapi ada kuncinya.Saya tidak menjawab apa kuncinya.Anda boleh fikir sendiri apa kuncinya.Persoalan boring yang dibangkitkan,saya beranggapan tidak sebenarnya.Pendekatan yang ada hari ini lebih kurang sama sebenarnya.Cuma yang membezakan ialah dahulu jika ada sesuatu demo ataupun protes kehadiranya mungkin ribuan.Kini,nak capai 100 pun sakit kepala.Saya juga bersetuju mahasiswa kini,tidak boleh radikal seperti dahulu.Sebab apa? Mahasiswa kini sudah tiada solidariti untuk menegakkan kuasa mereka iaitu Student Power.Mereka sendiri pun tidak tahu jika mereka mempunyai hak-hak sedemikian.

Bersetuju dengan ideologi Fahmi Reza?
Saya secara peribadi tidak bersetuju dengan ideologi Fahmi Reza sebenarnya.Dari segi yang lain seperti perjuangan menegakkan hak mahasiswa sepeti yang dikatakanya,saya bersetuju.Cuma pendekatan pada hari ini yang sesuai kita kena fikirkan bersama.Kesimpulanya,untuk kembali dengan STUDENT POWER,tidak mustahil,tetapi mengambil masa yang cukup lama.Solusi yang saya boleh bawa,perjuangan sebernarnya perlu di atas dasar ketaqwaan kepada Allah.

Hebat sangatkah STUDENT POWER 60-an? Jawapanya hanya manusia yang hidup dalam masa tersebut mengetahuinya....

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~

Sunday, October 10, 2010

Mempertahan kemenangan vs mencari kemenangan?

Menang itu susah,kalah itu mudah.
Ada orang kata,mempertahan kemenangan jauh lebih sukar daripada mengisi kemenangan.Ada juga orang kata apabila menang,ada yang gagal mengisi kemenangan tersebut.Semuanya merupakan persepsi yang mana anda boleh fikir apa jawapanya.Apa makna kemenangan sebenarnya? Manusia secara fitrahnya suka kepada kemenangan tetapi jijik dengan kekalahan.Itu fitrah.Anda boleh tanya sesiapa sahaja tentang perkara ini.Sebagai manusia,kita juga sebenarnya memerlukan kekalahan untuk mengajar kita agar tidak lalai dan alpa.Contoh mudah,perang Uhud yang menyebabkan tentera Islam tewas kerana gagal mengikuti arahan.Sama juga jika kita ambil contoh yang lebih moden sedikit,musnahnya pelabuhan Pearl Harbour milik tentera Amerika pada 7 Disember 1941 oleh tentera Jepun dengan semagat Kamikaze pada waktu tersebut akibat kelalaian sendiri.Kekalahan bakal melonjak pihak yang kalah menjadi cemerlang.Anda boleh lihat pelbagai sejarah tamadun dunia yang mengalami suka dan duka.Mereka mampu menjadi kuasa dunia disebabkan kegagalan yang mereka lalui.

Dalam konteks pilihanraya menang dan kalah itu adat.Tidak kira pilihanraya manapun yang anda masuk,sebelum bertanding,anda ada 50% peluang untuk menang dan 50% peluang untuk kalah.Semasa ia berlansung, peratus peluang menang dan kalah akan meningkat dan menurun.Anda boleh buat apa sahaja untuk menang jika anda terdesak untuk menang.Tipu,rasuah dan sebagainya anda boleh lakukan.Tiada masalah.Cuma,anda sebenarnya mengkhianati pengundi jika melakukan perkara tersebut.Mudahkan untuk menang? Jika kita tinjau sirah Nabi S.A.W sepanjang perperangan hanya perang Khandak yang berlaku di Madinah.Kenapa? Kerana memepertahankan lebih sukar daripada mencari kemenangan.Bila-bila masa sahaja Madinah ketika itu boleh tumbang di tangan orang kafir jika silap strategi.

Strategi faktor penting kemenangan
Dalam mana-mana pertempuran,strategi cukup penting dalam menjadi asas kemenangan pihak yang bertanding.Merencana strategi bukan mudah,melaksanakanya pun pasti sukar.Bukan semua strategi menjadi dan buka semua taktik berhasil.Pada pemerhatian saya,sekecil-kecil perkara yang kita lakukan pun perlu berstategi.Walaupun anda ingin membeli nasi di kafe,startegi anda perlu betul.Pukul berapa? Jalan mana? Berapa lama? Orang yang tidak mempunyai strategi ibarat orang yang tidak ada sistem.Permainan bola sepak sebagai contoh,jurulatih akan merencana taktik dan strategi untuk menang.Anda boleh tanya kepada jurulatih terhebat di dunia jika mereka tiada strategi, mana mungkin Barcelona dan Machester United boleh menjadi kelab terhebat.

Dalam pilihan raya saya lihat serangan peribadi lebih banyak digunakan berbanding mengurus strategi.Ini tidak betul dan inilah sebenarnya faktor kekalahan PAS di Bagan Pinang.Saya minta maaf jika PAS terasa tetapi itu hakikatnya.6 tahun saya duduk di Bagan Pinang,memahami sosio budaya masyarakat dan serangan peribadi bukan cara yang bijak untuk meraih undi simpati daripada rakyat.Pilihanraya Permatang Pauh dan Permatang Pasir di Pulau Pinang juga menunjukkan kecenderungan yang sama.Walaupun PAS mempertahankan Permatang Pasir,tetapi majoriti berkurangan.Saya lihat ini sebabnya.Sudut pandang sisi saya ini mungkin boleh dipertikaikan jika ada yang mahu.Maklumlah,saya bukan penganalisis politik yang handal cuma budak hingusan yang baru belajar.

Belajar dari kesilapan
Jangan malu untuk belajar dari kesilapan.Sesungguhnya,kesilapan itu merupakan guru yang terbaik bagi mengajar manusia yang keras hati tidak menerima kenyataan.Muhasabah dan bedah siasat itu perlu dalam mana-mana organisasi jika ingin berjaya.Jika anda menerima,anda akan berja,jika tidak anda berduka.Jangan takut mengaku kesalahan dan sedia membetulkan kembali kesalahan tersebut.Manusia itu tidak lari dari kesilapan dan siapalah kita sbagai manusia.

~Mahasiswa hari ini,pemimpin masa hadapan~



Thursday, March 11, 2010

Tahniah dan Syabas kepada Calon SPM 2010

Saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan calon-calon SPM 2010 diatas kejayaan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia.Teruskan usaha untuk mencapai cita-cita anda...


alhambra-online.blogspot.com

Jangan hantar peluru kepada musuh!!

Assalamualaikum dan salam firaun kecil.Hari ini orang bukan sekadar bermain dengan pistol,peluru atau barang-barang berbahaya yang lain tetapi vcd pun dijadikan senjata membunuh kredibeliti lawan.Isu-isu yang menjadi bahan bualan dan perbincangan hari ini menjadi satu titik tolak arah tuju Malaysia seterusnya.Kadang-kadang,kita tidak sedar bahawa kita asyik mempertahankan diri daripada musuh padahal kita sebenarnya menghantar peluru kepada mereka.Contohnya isu keluar parti, Zulkiflli Nordin yang ingin menyertai PAS.Pelbagai kenyataan yang dikeluarkan bagi menghalang usaha tersebut.Akhirnya,Zulkifli menggelar mereka 'badut hingusan' yang tidak semena-mena melenting walhal beliau masih belum memohon untuk menyertai PAS.Ini adalah sebenarnya contoh-contoh yang perlu di elakkan agar ia tidak menjadi polemik yang bakal meresahkan ahli.Biarkan Zulkifli dengan labu-labunya.Sama ada beliau ingin menyertai atau tidak itu hak beliau yeng penting kita harus terus bekerja demi memastikan kemenangan yang gemilang kelak.Jangan disebabkan isu tersebut merencatkan gerak kerja kita.Ingat,sebagai pejuang Islam kita ada akhlak dan adab.Itulah yang membezakan kita dengan orang lain.ALLAH matlamat kita,Rasul ikutan kita,Al-Quran panduan kita,Jihad jalan kita dan Mati Syahid cita-cita kita.Ayuh! Jangan dibuai leka...


LAWAN TETAP LAWAN!!

Friday, March 5, 2010

Aku Dibuli....

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul.Pagi tadi saya berpeluang untuk berceramah di SK Seremban 2a.Audiencenya 700 orang! Masing-masing mengenakan pakaian Baju Melayu dan baju Kurung pelbagai warna untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut.Dimulakan dengan perarakan sehinggalah ke hari kemuncak,segala-galanya seakan-akan lancar.Apabila saya memberi ceramah,saya terpaksa menghadapi 700 ragam manusia bernama kanak-kanak.Mereka berjaya membuat aku mati akal sehinggalah aku mengalah dan berundur.


Perbualan dengan Abg Mohamad memberikan aku idea untuk memberikan ceramah pada malam sebelum majlis berlangsung.Ketiadaan LCD meresahkan aku sehingga apabila aku memulakan ceramah,aku bertanya kepada diri,''bersediakah aku''? Permulaan ceramah pada awlnya memuaskan,tetapi apabila masa datang mmenjemput,ia menjadi tidak terkawal.Keadaan hingar bingar membuatkan aku mati akal dan tidak tahu untuk bercakap apa selepas itu.Aku tidak boleh mengalah!!!!!

Rupa-rupanya,Allah bg jalan keluar.....Modul.Itu sahaja yang dapat menarik perhatian mereka.Jika aku gagal,sudah semestinya aku mendapat malu lantaran rata-rata guru amat terkejut dengan kehadiranku yang amat muda dan belum berkahwin lagi.Inilah pengajaran yang amat berguna sekiranya aku ingin memberi ceramah kepada pelajar sekolah rendah.Esok sekali lagi aku akan ke sekolah rendah di Nilai untuk memberikan ceramah.Jika aku menyerah,aku akan gagal.Alang-alang melangkah,biar langkah itu gagah.Bersedialah kalian,akan aku buktikan anak muda ini pantang dicabar!!!


Mohd Izzuddin Nazaruddin
Pegawai Eksekutif AlFaliheen Management Islamic Training and Motivation

Wednesday, March 3, 2010

Tiba masa cuti ini.......

Assalamualaikum dan salam perpaduan.Sudah lama agaknya tak update blog ini.Maklumlah,sibuk sangat kebelakangan ini sehinggakan tiada masa untuk mengulas isu-isu semasa yang melanda negara kini.Isu Lompat parti yang melanda negara khusunya parti PKR perlu diambil perhatian khususnya parti PKR sendiri.Cari punca dan bertindaklah.Jangan hanya pandai berkata pengkhianat rakyat kepada UMNO tetapi wakil rakyat sendiri mengkhianati parti.Jangan salahkan rakyat jika mereka menghukum anda pada PRU ke 13 disebabkan kesilapan memilih pemimpin.Ingat! Kepada pemimpin yang masih ingin melompat parti,jawatan kita itu hanya sementara.Esok atau lusa mungkin tahun depan ia akan hilang.Kali ini,kita dikejutkan dengan ahli parlimen Bagan Serai keluar parti.Janganlah pisang berbuah dua kali....berubahlah...


Cuti yang lama ini mesti digunakan dengan sebaiknya.Minggu ni saya sibuk sedikit sebab ada program dan kerja yang agak padat.Hari jumaat ni,saya diminta memberi ceramah maulidur rasul di SK Seremban 2a jam 9 pagi.Audiencenya 700 orang. Masyallah! semoga Allah permudahkan untuk menghadapi adik-adik yang berbagai ragam.Sabtu dan ahad pula program di MRSM Muadzam Shah untuk para nuqaba' dan naqibat.Pelajar-pelajar excellence ini mungkin mudah berbanding sekolah rendah.Apapun,pengharapan kepada Allah itu perlu bagi segalanya berjalan lancar.Amin

LAWAN TETAP LAWAN!

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Pegawai tetap AlFaliheen Management